RESEPI MEE UDANG

7/08/2013 damiaamna 0 Comments

Mee Udang



Hmmm ramai antara kita yang suka makan mee udang kan...mee udang yang agak terkenal, mee udang Kuala Sepetang kat Taiping nun , Mee Udang Kampung Pulau Sayak kat Kuala Muda, sungai Petani .....macam susah nak pi nooooo

kalau saya memang la takde masalah nak pi makan mee udang Kampung Pulau Sayak sebab dekat kampong saya je ha ha.....takpe jangan gundah gulana kerana saya akan kongsikan resepi mee udang dari mak saya kat sini ye tuan-tuan he he



Bahan-bahan mee udang:

500 gm mee kuning
2 sudu minyak untuk menumis
15 biji cili kering (dikisar halus ye )
3 biji keledek direbus dan dilecek (agak-agak la saiz Nye...jangan banyak sangat...nanti pekat)
segenggam kacang Tanah goreng (ditumbuk)
1/2 cawan tomato puree (beli yang tin kecik je)
100 gm daging dicincang halus dan direbus
1 kilo udang besar (seeloknya udang laut ye....baru manis)
200 gm sawi
2000 ml air (ikut kesesuaian...boleh tambah kalau suka)
3 sudu gula
garam secukup rasa


Cara memasak kuah mee udang:

  • panaskan minyak dan tumis cili kering sehingga masak
  • masukkan daging bersama air rebusan tadi  dan kemudian tambah air..
  • masukkan tomato puree dan semua bahan lain kecuali udang dan sawi dan biarkan ia mendidih
  • setelah mendidih kecikkan api dan masukkan udang, sawi, gula dan garam......biarkan sekejap dan boleh hiding dengan mee yang telah dicelur...

Bahan hiasan untuk hidang

100 gm taugeh dicelur
cili merah/ cili padi dipotong kecil
bawang goreng
kentang direbus dan dipotong nipis
Buah tomato dipotong nipis
limau nipis/limau kasturi

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah