KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ANGGUR MUSCADINE YANG PATUT KITA KETAHUI

2/21/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ANGGUR MUSCADINE YANG PATUT KITA KETAHUI






Anggur adalah sejenis tumbuhan hebat dan istimewa. Malah di dalam al-Quran ada disebut 6 kali tentang buah anggur. Anggur dikatakan antara buah yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh.

Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan anggur paling istimewa.

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).

Kini kita dapat nikmati kebaikan anggur muscadine atau muscat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan – VIVIX 



10 fakta tentang anggur muscadine


 1. Tumbuh di kawasan PANAS & LEMBAP

Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.

2. SAIZ SEBESAR BOLA GOLF

Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF! Saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.

3. MEMPUNYAI KULIT YANG BESAR & KERAS

Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .

4. BOLEH MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAKTERIA & KULAT

Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
Hal ini kerana anggur ini mengandungi resveraterol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.

5. MEMPUNYAI 20 PASANG KROMOSOM

Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.

 6. TIDAK MEMERLUKAN SEMBURAN RACUN PEROSAK

Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak

 

7. MEMPUNYAI ORAC PALING TINGGI

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIEs

8. KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

9. MENGANDUNGI RESVERATEROL 6X LEBIH TINGGI

Ia mempunyai kadar RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah.

 10. ANTIKANSER & ANTIRADANG

Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

2/19/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI DENGAN CEPAT DAN SELAMAT



Assalamualaikum.

Pernah alami sakit gigi? Hanya yang pernah alami yang faham macam mana rasanya kan. Mami antara orang yang kerap alami sakit gigi satu ketika dulu, apatah lagi dalam tempoh mengandung. Sebelum tu mami tak tahu macam mana nak atasi masalah sakit gigi ni, seebabnya mami sendiri tak pasti punca masalahnya kan. Tapi mami nak kongsikan tips macam mana mami hilangkan sakit gigi. 


Cuba bayangkan kita baru nak lelapkan mata dan tiba-tiba sakit gigi menyerang. Sesiapa pernah alami sakit gigi mesti tahu bertapa menderita kerana apabila sakit gigi menyerang, secara automatik akan terasa sakit kepala yang amat sangat kerana saraf gigi berkait.

Jom tonton video perkongsian mami.




Fahami dulu apa itu sakit gigi?


Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Ia sering merupakan penyebab utama mengapa seseorang itu berjumpa doktor gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tidur, ketidakhadiran dari sekolah atau kerja dan mengganggu kegiatan sehariannya.

Apakah yang menyebabkan sakit gigi?


•Sebab utama sakit gigi adalah kerosakan (karies) gigi
•Selain dari kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh :
•Penyakit gusi (penyakit periodontium)
•Gigi sensitif
•Gigi retak
•Sakit sendi rahang
•Sakit gigi boleh disebabkan oleh masalah yang tidak berasal dari gigi atau rahang seperti:
•Sinus tersumbat
•Sakit telinga

Baca juga :TIPS TURUNKAN PARAS KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN SELAMAT


Kaedah Tradisional hilangkan sakit gigi

1. Hilangkan plak

kaedah menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. Minyak gamat

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. Gigit bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. Kumur dengan air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. Kapur sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

 6. Kumur air rebusan sirih

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. Lidah buaya

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

 8. Habbatus Sauda

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. Daun serai

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. Tomato muda

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. Gambir


Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. Kumur garam, air dan limau nipis

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. Asam jawa

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. Bawang putih

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT MUDAH DAN SIHAT

2/18/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT MUDAH DAN SIHAT

Assalamualaikum semua,

Suka tak makan ikan cencaru sumbat dan dibakar. Bagi kawan-kawan yang tengah mencari menu ketika menjalankan program penurunan berat badan, apa kata cuba resepi ni. oleh cuba ubah suai apa yang patut supaya menepati piawaian proram penurunan berat he he.






Bahan bahan:

2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar (kalau taka da gantikan 7 tangkai cili kering)
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:

Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

Kredit to : Azie Kitchen


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI HOTCAKE ALA MC DONALD

2/18/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

RESEPI HOTCAKE ALA MC DONALD

Siapa suka makan set breakfast Mc Donald mesti familiar kan dengan hidangan ni. Susah ke nak buat pancake a.k.a hotcake ni. meh tengok video ni.



Resepi pancake atau hotcake ala Mc Donald


Bahan-bahannya :


1 1/4 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan mentega cair
1 1/2 cawan tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat


Cara membuatnya:-


1. Campurkan semua bahan tadi dalam mangkuk besar dan kacau sebati.
2. Pastikan tiada ketulan tepung.
3. Panaskan kuali Non stick.
4. Tuangkan adunan keatas kuali menggunakan senduk sederhana dan biarkan seketika.
5. Apabila nampak buih dan permukaan sedikit kering, terbalikkan ia.
6. biarkan bahagian bawah masak seketika, dan boleh angkat.
7. Siap pancake atau hotcake kita dan sedia dimakan bersama madu, jem atau sebagainya yang anda gemari.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TIPS TURUNKAN PARAS KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

2/18/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

TIPS TURUNKAN PARAS KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

set kolestrol shaklee
Result darah 
Assalamualaikum semua. 


Siapa sini ada masalah kolestrol. Yang kat atas tu result terkini ujian darah papa. Boleh nampak kan paras kolestrol jahat dah melebihi had yang sibenarkan. Jom tonton video ni untuk ketahui tips ringkas turunkan paras kolestrol.


jantung sihat shaklee


Pengambilan Supplemen Phytocol-ST Mencegah Penyerapan Kolestrol ‘Jahat’
turunkan kolestrol shaklee

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita.

Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Namun adakah kita mampu dan cukup berdisiplin untuk mengambil jumlah yang diperlukan tubuh seperti dalam ilustrasi di bawah?

Omegaguard Adalah Sebagai Langkah Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’

Minyak ikan yang terkandung dalam Omegaguard Shaklee diperlukan untuk kesihatan jantung:
minyak ikan untuk kolestrol


•Mempertingkat paras kolestrol ‘baik’ dalam pembuluh darah
•Menyahkan kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan
•Menurunkan paras kolestrol ‘jahat’
•Melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul

Kuatkan kesihatan jantung dengan CoqTrol

kolestrol shaklee

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

Menguatkan otot-otot jantung.
Menyokong fungsi jantung yang sihat.
Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.

Statins Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10 sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI KUIH CARA MANIS YANG MUDAH DAN CEPAT

2/18/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

RESEPI KUIH CARA MANIS YANG MUDAH DAN CEPAT

Siapa pernah makan kuih cara manis ni. tahu tak, bertapa mudahnya nak menyediakan kuih tradisioanl ni. Mami memang gemar makan kuih ni sejak kecil lagi. Selalunya mak dah bancuhkan siap-siap, mami tingggal tuang dalam acuan je. Sebab mak-mak kita memang bancuh atau masak tak pakai sukatan pun he he. jom mami kongsikan cara mudah buat kuih ni guna sukatan cawan je.


Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan (mami takde daun pandan jadi gantikan dengan pandan paste)
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti :
Gula secukupnya

Cara cara :


~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis. (kalau takde gunakan perasa pandan je la ye)

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .( mami malas keluarkan blender jadi kacau je guna hand wrisk)

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Kredit to : Azie Kitchen

Selamat mencuba semua

Siti Aminah

SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBERI PELUANG PERNIAGAAN KEPADA RAMAI ORANG

2/15/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBERI PELUANG PERNIAGAAN KEPADA RAMAI ORANG


kenapa pilih shaklee

Assalamualaikum semua...

Nama mami Siti Aminah Binti Abd Halim yang berkhidmat sebagai pendidik di salah sebuah IPTA. Tidak terbayang untuk berbisnes walau[un pernah ada angan-angan untuk menjadi bisnesswomen he he.


Produk Shaklee Sebagai Inspirasi dan Peransang


Nak tahu, apa yang menjadi turning point mami dengan buat bisnes dengan Shaklee (kisah cinta ni)? Mami bermula dengan pengalaman menggunakan produk Shaklee

Mami bermula dengan Ostematrix sebab selalu ada masalah sakit gigi nak-nak bila waktu mengandung. Memang selalu ada masalah sakit gigi. Jadi sejak tu memang tak pernah tinggalkan ostematrix.

Selepas tertarik dan percaya pada kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk Shaklee, saya berani berkongsi manfaat kepada orang lain.

Pengalaman menggunakan produk Shaklee inilah yang membuatkan mami semangat untuk berkongsi kepada orang.

Kesannya mami rasai, bukan semata-mata untuk menjual, tapi berkongsi dengan orang tentang apa yang kita lalui.

Produk yang baik, kajian pun dijalankan pada produk. Ia bukan produk sembarangan
Marketing planning shaklee yang adil menjadikan saya lebih yakin untuk berkongsi manfaat produk dan sama2 berniaga.


pilih shaklee

Motto utama Shaklee BERKUALITI , SELAMAT dan BERKESAN.

Sebab Kenapa Mami pilih Shaklee sebagai bisnes?

Apa yang best dalam Shaklee? Kenapa mami pilih Shaklee sebagai medium berbisnes?

Shaklee bantu orang bina kesedaran tentang ilmu kesihatan
Seperti yang saya ceritakan di atas, saya bermula dengan Shaklee melalui kesedaran tentang kesihatan. Malah melalui Shaklee terlampau banyak kelas, seminar, sharing tentang kesihatan. Yang datang bagi talk bukan calang-calang orang, Pakar Nutrisi tau.


8 Sebab Kenapa Pilih Shaklee

1. Bebas Daripada Bahan Tercemar Berbahaya

Shaklee menyaring lebih daripada 350 jenis bahan tercemar, pestisid dan ketidaktulenan bahan dalam setiap sumber ramuan botanikal terbaru.

Proses penyaringan ini termasuk mengasingkan bahan pencemar lain seperti logam berat (terutamanya arsenik, kadmium dan plumbum), sisa pelarut, radiasi dan mikrob penyebab pencemaran makanan.

2. Bebas Pestisid

Lebih daripada 250 ujian kandungan pestisid dilakukan dan memenuhi piawaian United States Pharmacopia (USP). 

Setiap produk suplemen yang dihasilkan oleh Shaklee melepasi piawaian standard USP yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada bahan tercemar berbahaya.

3. Sentiasa Selamat dan Berkesan

Shaklee melakukan lebih daripada 100 000 ujian kualiti setiap tahun. Proses ujian kualiti ini dijalankan sepanjang tahun dan berterusan bagi memastikan setiap produk adalah selamat untuk diambil oleh anda dan keluarga anda.

4. Produk Shaklee Tulen dan Asli

Tiada Perasa tiruan, pemanis dan bahan pengawet.

BACA JUGA MERAWAT CHICKENPOX BABY SECARA SEMULA JADI


5. Bebas Gluten


Berita baik bagi mereka yang sensitif, alah atau tidak boleh mengambil sumber gluten dalam makanan. Ia baik untuk perut yang ceria dan saluran penghadaman yang sihat.

Produk Shaklee bebas gluten iaitu sejenis protein gluten, menjadi alternatif dan sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah penyakit Celiac.

6. Non-GMO

Produk shaklee adalah bebas GMO dan mempunyai pengesahan piawaian melalui IPP (Identity Preserved Program).

IPP adalah satu badan yang sangat dipercayai memastikan sumber utama bahan yang digunakan kekal sebagai Non-GMO daripada peringkat biji benih sehingga ke peringkat pemprosesannya menjadi bahan dalam suplemen.

7. Biodegradasi

Berpegang kepada prinsip sentiasa selamat, sangat berkesan, hijau dan bijak; set produk penjagaan rumah Get Clean adalah terdiri daripada bahan mudah terbiodegradasi atau diuraikan semula dalam bentuk yang selamat untuk dikembalikan kepada alam sekitar.

Tidak mengandungi bahaya fosfat, nitrat dan borate. Ia adalah satu bentuk tanggungjawab Shaklee untuk memastikan persekitaran bumi kekal bersih, sihat dan selamat untuk manusia hari ini dan generasi akan datang.

 8. Tiada Ujian Terhadap Haiwan

Polisi Shaklee bertentangan dengan konsep ujian terhadap haiwan. Tiada sebarang ujian terhadap haiwan yang dilakukan dalam sebarang setiap bentuk ujian makmal produk Shaklee.
Landmark Study adalah salah satu bentuk ujian yang dilakukan oleh pihak ketiga yang membuktikan produk nutrisi kesihatan Shaklee adalah yang terbaik, selamat dan berkesan.

Kredit to : Kak Ita
landmark study


Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TIPS MEMILIH BABY CARRIER YANG SELAMAT DAN BERSESUAIAN

2/06/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

TIPS MEMILIH BABY CARRIER YANG SELAMAT DAN BERSESUAIAN


tips pilih baby carrier

Baby carrier adalah merupakan gajet penting masa kini buat ibu-ibu bagi memudahkan ibu membawa bayi dan menurangkan rasa terbeban. Bagi mami sendiri yang sentiasa membawa bayi kemana saja sekiranya bukan waktu kerja sebab malas nak tinggalkan lama-lama atas faktor bayi menyusu badan juga. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah bagaimana memilih baby carrier yang betul-betul selamat dan bersesuaian dengan bayi kita serta menepati bajet ibu bapa juga.

Namun, bukan harga yang menjadi ukuran sebenarnya. Carrier yang betul adalah kriteria yang paling penting dalam pemilihan. Di sini saya ingin berkongsi tips macam mana nak pilih baby carrier yang betul!!

1)TICKS : pilih carrier yang mematuhi prinsip TICKS ini.

tips pilih babywearing

T = Tight : Maksudnye anak mesti erat dalam dakapan ibu/ayah/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.
I = In view at all times : Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
C = Close enough to kiss : Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Penandanya, kita dapat cium dahi/kepala anak (Untuk front carry). Kalau tak sampai nak cium tu maknanya kedudukan anak terlalu rendah. Tapi jangan jugak terlalu tinggi hingga menghalang penglihatan pembawa. Kang tak pasal2 langgar tiang.. hehehe..
K = Keep chin off the chest : pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan @ tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
S = Supported back : bahagian belakang badan anak disokong dan berada dalam keadaan semula jadi. Penting bagi bayi yang berusia 4 bulan ke bawah untuk berada dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat. Memaksa mereka duduk dikhuatiri akan mencederakan @ mengganggu tumbesaran tulang belakang mereka.

tips pilih baby carrier

2) Selesa, ergonomic dan selamat


Penting untuk pembawa dan anak berada dalam keadaan yang selesa.


tips selamat

tips keselamatan

tips pilih yang betul
Bayangkan keadaan bayi kita semasa membawa simanja berjalan sepanjang masa, alangkah terseksanya!!!


tips pilih yang betul


tips pilih yang selamat

Bag sling adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan bayi lemas. Di US produk ini tidak lagi boleh dijual kerana telah berlaku kes bayi mati lemas.


Hipseat tidak bersesuaian dan tidak ergonomik kerana jenis ini meletak bayi untuk duduk dan sekiranya mereka belum boleh duduk dengan sendirinya, maka ianya menyebabkan bebanan pada tulang belakang bayi.

3) Beli yang original

Dipasaran banyak baby carrier yang tiruan. Hati-hati dalam membeli. Produk tiruan merbahaya kerana tidak menjalani QC dan mempunyai kualiti yang rendah. Jangan kerana sayangkan duit, anda meletakkan nyawa anak anda dalam bahaya.
Macam mana nak tau yang original dan tiruan? Biasanya yang tiruan dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding original (bagi saya tetap mahal untuk barang tiruan)(untuk ssc original brand local boleh dapat around 230++, brand international macam Boba atau Ergobaby harga bermula dari 380++)(wrap/ring sling 150++)(kalau murah lagi dari tu lebih baik selidik dulu). Namun jangan ingat yang mahal itu semua ori.
Untuk elakkan dari anda terbeli yang tiruan, belilah dari pengedar / penjual yang sah. Nak tau macam mana nak cari pengedar sah? Teruskan membaca.

4) Pilih ikut kesesuaian

Dipasaran ni banyak jenis baby carrier yang dijual. Ada wrap, soft structure carrier (ssc), ring sling dan macam-macam lagi. Pilih ikut kesesuaian umur bayi anda. Rujuk gambar dibawah untuk panduan.


Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai cara-cara nak carry baby atau dipanggil baby wearing, anda boleh join group facebook Malaysian Babywearers. Banyak info yang boleh didapati dan dipelajari. Mereka juga sering anjurkan perjumpaan untuk ibu bapa mencuba pelbagai jenis carrier yang TICKS.

Nak beli tapi harga terlalu mahal? Memang tak dinafikan harga carrier yang disenaraikan di atas agak mahal tapi berbaloi sebenarnya.
Bagi mereka yang belum ada bajet, boleh mulakan dengan menggunakan kain batik lepas. Tapi pastikan kain masih baru dan kukuh.
Anda juga boleh beli 2nd hand @ used baby carrier dari penjual yang dipercayai. Macam mana caranya? Join group facebook Malaysian Babywearers FSOT and Rental.



Bagi mummies yang dah terbeli carrier yang tak ergonomic macam crotch carrier tu jangan bimbang. Anda tak perlu buang (sayang jugakkan harga nya pun mahal especially brand bjorn). Anda boleh ubah kan jadi ergonomic carrier seperti dalam gambar di bawah. Boleh gunakan shawl yang tebal tu.

tips keselamatan

Macam mana nak beli baby carrier dari penjual yang sah?
Di Malaysia ni ramai jugak penjual ergonomic carrier. Antaranya Snuggbaby, Fabulous Mom, Anak Ibu Shop, Yammie, Baby Vibes dan Big Eye Shop. Anda boleh rujuk file 'approved vendor' di dalam group Malaysian Babywearers untuk maklumat lanjut.
Bagi ssc brand Ergobaby, anda boleh rujuk di laman web mereka senarai penjual yang sah di serata dunia.

Kedit to :momofprecious
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah