PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN

7/31/2013 damiaamna 0 Comments

SHAKLEE
 
 
 
  1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa ayng kita ambil, tubuh aka terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolism tubuh menjadi rendah. Bila ada tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolism tubuh masih lago rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
 
 
2. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
 
 
Air mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
 
 
3. ELAKKAN MINUM MINUMAN BERGAS
 
 Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan.
 
 
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
 
 Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat disebabkan air.
 
 
5. AMBIL SARAPAN PAGI
 
Anda juga boleh menurunkan berat dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
 
Pengambilan sarapan pagi boleh menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolima juga meningkat untuk membakar kalori.
 
 
6. MAKANLAN DENGAN PERLAHAN
 
Nikmati makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
 
 
7. MAKAN SIKIT TAPI KERAP
 
Makanlan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap...supaya perut sentiasa berisi. Tetapi cuba elakkan makanan ringan atau snek. Makanan ringan atau snek ini kadang-kadang tinggi kandungan lemak dan garam.
 
 
 
 
PETUA TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT
 
 
1. Minum air limau nipis, kerana kandungannya mampu membakar lemak.
 
caranya: Sediakan 2 biji limau nipis/kasturi dan perah dalam air sejuk (boleh simpan dalam peti sejuk). Amalkan minum selepas makan berat (cuba amalkan selama sebulan).
 
 
2. Rendamkan 3 sudu serbuk teh cina dan campurkan dengan perahan air limau nipis. cuba amalkan 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
 
3. Susah nak cari limau nipis atau teh cina, boleh cuba air asam jawa yang juga mampu mengurangkan kadar lemak dalam badan.
 
 
PETUA KEMPISKAN PERUT
 
Petua mudah ialah dengan air limau nipis dan dicampur dengan kapur sirih. Sapukan campuran tadi ke perut anda setiap malam, lagi baik kalau dapat barut laaa....itupun kalau ada kerajinan.....
 
 


Shaklee

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah