SYOKNYA MELAWAT ALOR SETAR

3/21/2015 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Mai oh mai cheq mai
Kita ke negeri Kedah 
Mai oh ghamai ghamai
Kita pekena nasi kawah

Haa tu dia...kalau dengaq radio Kedah FM ...mesti ada lagu ni... Banyak tempat sebenaqnya nak melawat Aloq Setaq ni..... Tak tau nak pi mana.... Mai cheq nak habaq....



Mula mula sampai pekan Aloq Setaq ni...kita caghi laa mercu tanda dia dulu.... Exit highway pun dah nampak kan...tak susah pun....GPS kan adaaaa


 Ni gambar menara ALOR SETAR waktu malam....kalu naik malam, boleh tengok lampu laaa... Kalu nasib baik, nampak lampu pulau Langkawi sama....betui kaaa??? ... Mana tau, cheq pun tak besa naik waktu malam he he.

Bergaya depan replika dia....nak ambil gambar menara betul....jenuh kena duk jauh la pulak
Jom kita teropong.... Nampak apa ya.....

Muzium padi ni terletak luar sikit dari pekan Aloq Setaq.....dalam 8 KM dari pekan lebih kurang.....satu-satunya muzium padi kat Malaysia he he....duk dekat gunung keriang...
Gambar depan muzium padi berlatar belakangkan gunung keriang....
Ada rupa petani dakkk ????

Ini la rupa bangunan muzium padi....unik kan?

Kat sebelah muzium padi ni sebenarnya ada pusat sains...cheq pun baru tau jaaa.... Nama ja anak Kedah, tak pernah sedar pun sebelum ni hu hu.... Malu gak sebenarnya ...tak dan nak masuk pun sebab dah pukul 5 petang... Kecewa juga anak2... Insyaallah akan sampai lagi lepas ni...

Ni pula balai Nobat....berdepan ja dengan masjid zahir.... Dekat balai nobat ni ada Galeri diraja....boleh la nak tengok koleksi Sultan Kedah....
Ni pula pekan Rabu... Buat sementara waktu ni, pekan Rabu beroperasi di bangunan Ukir Mall.... Bagi yang suka shoping boleh la singgah di sini.


Muzium negeri Kedah, masih lagi dalam pekan Aloq Setaq , cuma dalam 4 KM dari menara tadi rasanya...


Dah sampai pekan Aloq Setaq ni, singgah la solat kat masjid zahir ni... Masjid yang kubahnya warna hitam.... Cantik..
Si kenit ni tak kira dalam masjid pun dia nak main cak cak.....he he....












0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT KENTANG

3/12/2015 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Resepi udang

Resepi udang goreng kunyit dengan kentang adalah hidangan yang mudah dan digemari oleh anak-anak. Ianya menjadi menu yang paling aku suka sediakan sebab mudah dan sedap he he....

Mudah dan cepat untuk aku sediakan. Paling lama pun 15 minit je he he...

Bahan bahan

10 ekor udang saiz L digaul garam kunyit.
1 biji kentang dipotong nipis
Selabu bawang besar dipotong nipis
4 biji cili api
1 biji cili merah besar
Minyak untuk goreng 

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan goreng kentang dengan minyak agak lebih sikit dari minyak menumis...tapi janganlah sampai macam goreng keropok Pulak ye..
2. Setelah kentang lembut sikit, masukkan udang yang telah digaul garam dan kunyit tadi.
3. Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan bawang dan cili dan kacau sehingga bawang tadi layu sikit.
4. Dah siap hidangan udang goreng ni....boleh la dihidang bersama nasi panas-panas.... Tak ada lauk lain pun tak pe dah.

Selamat menjamu selera

Shaklee distributor
COD area Ipoh 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah