RESEPI ASAM PEDAS KELADI

7/23/2013 Siti Aminah Abd Halim 2 Comments

Asam Pedas Keladi


Ini adalah hidangan favberet saya.....dari dulu lagi...kalau kat kampong agak mudah untuk mendapatkan keladi ni.....kalau kat Bandar kena la cari kat pasar Tani atau market la ye.....


mungkin ada yang selalu tengok dan makan tetapi tak pernah masak sendiri....he he senang sangat nak masak ni....jom kita cuba


Bahan-bahan :)

keladi (kalau amek dari pokok 3 batang/akar)kalau beli dah siap pek
2 ekor ikan kembung rebus dan diambil isinya
10 tangkai cili kering dikisar
5 ulas bawang merah dikisar
1 labu bawang besar dikisar
 2 cm belacan
5-10 keeping asam gelugur (asam keping)
2 st lada hitam ditumbuk
2 tangkai Bunga kantan
Daun kesum


Cara membuatnya :)

  1. Keladi yang dah siap dicuci perlu dicelur dahulu dan toskan (supaya lembut dan hilangkan miang)
  2. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dan didihkan sekejap supaya cili tu masak (kalau cili tak masak seisi rumah akan sakit perut ye) dan masukkan asam keeping.
  3. setelah cili masak boleh la tambah air ( 2 @ 3 cawan sebagai kuah) dan masukkan isi ikan kembung tadi.
  4. kemudian masukkan keladi yang telah dicelur tadi serta bunga kantan dan daun kesum.
  5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa....biarkan mendidih sekejap
  6. Dah masak...boleh la dihidang bersama nasi.
 
SELAMAT MENCUBA YE

*Noted : resepi yang sama digunakan untuk masak asam pedas rebus...untuk ikan ye....sedap masak ikan duri, ikan kembung dan juga ikan pari....guna cara yang sama cuma gantikan ikan dengan keladi (ini adalah resepi ikan masak asam pedas utara) tak perlu tumis ye......

2 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah