RESEPI KUIH SAGU

7/16/2013 Siti Aminah Abd Halim 2 Comments




Kuih Sagu

 Mmmm ini adalah masakan kegemaran semua peringkat umur.......salah satu hidangan yang selalu ada masa bulan puasa kan.....kalau bukan bulan puasa macam kurang mendapat perhatian sangat mungkin ianya adalah sejenis manisan bagi sesetengah orang kan.......kalau tak suka manis, cuba ikut sukatan ni betul2......he he saya pun tak suka manis sangat sebenarnya...jom cuba

 
Bahan-bahan (4-5 orang)

 1 cawan sagu

 2 cawan air

 1/2 cawan gula

 Kelapa parut dan sedikit garam – digaul

 Sedikit pewarna merah (warna lain pun boleh)
Sehelai daun pandan untuk menaikkan bau yang enak

 
kuih sagu


Cara-cara

  1. Bersihkan sagu dan toskan
  2. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
  3. Apabila mendidih masukkan sagu
  4. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
  5. Kuih Sagu
  6. Angkat, tuangkan dalam acuan yg telah digris dgn minyak
  7. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
  8. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..

2 comments:

  1. Kak, my feberet! Lg best kalau makan ngan santan..yummy! Ops puasa la

    ReplyDelete
  2. he he...memamg pun..tapi anak-anak tak suka kalau dengan santan......buat ni pun sibuk anak dara tu nak tolong he he

    ReplyDelete

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah