PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN

7/31/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

SHAKLEE
 
 
 
  1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa ayng kita ambil, tubuh aka terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolism tubuh menjadi rendah. Bila ada tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolism tubuh masih lago rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
 
 
2. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
 
 
Air mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
 
 
3. ELAKKAN MINUM MINUMAN BERGAS
 
 Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan.
 
 
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
 
 Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat disebabkan air.
 
 
5. AMBIL SARAPAN PAGI
 
Anda juga boleh menurunkan berat dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
 
Pengambilan sarapan pagi boleh menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolima juga meningkat untuk membakar kalori.
 
 
6. MAKANLAN DENGAN PERLAHAN
 
Nikmati makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
 
 
7. MAKAN SIKIT TAPI KERAP
 
Makanlan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap...supaya perut sentiasa berisi. Tetapi cuba elakkan makanan ringan atau snek. Makanan ringan atau snek ini kadang-kadang tinggi kandungan lemak dan garam.
 
 
 
 
PETUA TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT
 
 
1. Minum air limau nipis, kerana kandungannya mampu membakar lemak.
 
caranya: Sediakan 2 biji limau nipis/kasturi dan perah dalam air sejuk (boleh simpan dalam peti sejuk). Amalkan minum selepas makan berat (cuba amalkan selama sebulan).
 
 
2. Rendamkan 3 sudu serbuk teh cina dan campurkan dengan perahan air limau nipis. cuba amalkan 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
 
3. Susah nak cari limau nipis atau teh cina, boleh cuba air asam jawa yang juga mampu mengurangkan kadar lemak dalam badan.
 
 
PETUA KEMPISKAN PERUT
 
Petua mudah ialah dengan air limau nipis dan dicampur dengan kapur sirih. Sapukan campuran tadi ke perut anda setiap malam, lagi baik kalau dapat barut laaa....itupun kalau ada kerajinan.....
 
 


Shaklee

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TIP ASAS MENGURUSKAN BAYI BARU LAHIR

7/29/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


TIP ASAS MENGURUSKAN BAYI BARU LAHIR


Bayi

 
 Jika anda tidak menghabiskan banyak masa dengan bayi anda yang baru lahir, dikhuatiri boleh mendatangkan sifat ketakutan kepada anda untuk menguruskan bayi anda akibat tidak biasa dengan bayi anda. Oleh sebab itu ada beberapa perkara yang anda perlu anda ingat semasa menguruskan bayi anda:

 

 1. JAGA KEBERSIHAN


 Cuci tangan anda (atau menggunakan sanitizer tangan) sebelum menguruskan bayi anda yang baru lahir. Bayi yang baru lahir tidak dapat membina sistem imun yang kuat semasa waktu ini, jadi mereka mudah terdedah kepada jangkitan. Pastikan juga bahawa semua orang yang ingin memegang bayi anda juga perlu mencuci tangan terlebih dulu.

 

 2. CERMAT KETIKA MEMEGANG KEPALA BAYI

 Berhati-hati semasa menampung kepala dan leher bayi anda. Anda perlu menampung kepala bayi anda apabila membawa atau mendukungnya dan juga perlu menyokong kepala bayi anda apabila mendukung bayi anda secara tegak atau apabila anda meletakkan dia ke bawah. Leher bayi amat lembut dan kecil jadi perlu berhati-hati semasa mendukungnya.

 

 3. BERHATI-HATI SEMASA MENGENDALIKAN BAYI


 Berhati-hati supaya tidak menggoncangkan bayi anda. Harus diingat, gegaran yang kuat boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak dan juga kematian. Jika anda perlu mengejutkan bayi anda dari tidur, jangan melakukannya dengan menggoncang badannya. Sebaliknya, geletek kaki bayi anda atau tiup perlahan-lahan pipi bayi anda.

 

 4. GUNAKAN PERALATAN YANG DILULUSKAN UNTUK KESELAMATAN BAYI

  Pastikan bayi anda diletakkan di dalam carrier, stroller atau carseat dengan betul dan selamat. Kemudian elakkan daripada aktiviti yang kasar atau perkara yang boleh mengundang bahaya.

 

 5. BERMAIN DENGAN LEMBUT DENGAN BAYI


 Ingat bahawa bayi anda belum bersedia lagi untuk bermain secara lasak lagi kerana tubuh badan bayi yang baru lahir amat lembut disebabkan itu juga ada di antara ibu dan bapa yang takut-takut untuk memegang bayi mereka yang baru lahir.

 Diharapkan sedikit sebanyak tips ini dapat membantu mereka yang ada rasa ragu-ragu dan ketakutan untuk menguruskan bayi anda yang baru lahir, maklumlah bayi yang masih lagi kecil dan lembut tubuh badannya. Jika kita tidak berhati-hati semasa menguruskannya kemungkinan akan berlaku perkara yang merbahaya atau tidak diingini.
 
kredit to :Melastik bintang

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BACAAN DOA KETIKA HENDAK BERSALIN

7/25/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments



Walaupun saya dah nak masuk kali keempat bersalin, perasaaan cemas tetap akan ada. Pengalaman melahirkan anak adalah berbeza-beza, begitu juga dengan pengalaman alahan mengandung, tidak sama untuk setiap anak. Mari kita tengok apa yang patut dilakukan dan menjadi amalan ibu Mithali....


BACAAN DOA KETIKA BERSALIN


Disunatkan bagi sesiapa yang melawat perempuan yang sedang sakit hendak bersalin membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu untuk memudahkan bersalin, antaranya:

 
1.  SURAH AL-IKHLAS
 

Maksud Firman Allah Ta’ala:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
 
 
2. SURAH AL-FALAQ


 Maksud Firman Allah Ta’ala:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
 
3. SURAH AN-NAS
 

Maksud Firman Allah Ta’ala:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

 
4- Surah At-Tariq

 (Sila Rujuk Dalam Al-Quran Al-Karim)

 
5- Surah Maryam

 (Sila Rujuk Dalam Al-Quran Al-Karim)

 
6- Surah Yassin

 (Sila Rujuk Dalam Al-Quran Al-Karim)


 7. AYAT KURSI
 

Maksud Firman Allah Ta’ala:

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
 

*[161]. Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.

 
 
Amalan Ayat-Ayat Beserta Doa-Doa Diatas

Ayat-ayat beserta doa-doa diatas boleh juga dibaca dan dihembuskan kedalam segelas air untuk diberi minum kepada perempuan yang hendak bersalin (Semasa mengandung sembilan bulan) atau dibaca pada minyak zaitun untuk disapu pada perut dan diminum satu sudu besar setiap hari. Amalkan selalu, InsyaAllah dipermudahkan bersalin dengan kuasa Allah swt.



*Kalau tak mampu nak sediakan sendiri, mohon suami lakukan bagi pihak.....soalah-olah menyediakan air selusuh untuk kita. Kita hanya mampu berdoa, tetapi Allah jua yang menentukan.

Kredit to :HASNUL HADI AHMAD

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI MASAK LEMAK UDANG

7/24/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Masak lemak udang


Baru balik dari kampung, tinggal di perkampungan nelayan so mudahla nak dapatkan sea food......so minta ayah belikan udang dari nelayan yang balik, udang gred A kalau beli kat pasar RM60++ sekilo , tapi beli terus dari nelayan dalam RM50 je sekilo....dan yang bestnya, nelayan ni main agak je....bukan timbang pun....so ada laa dalam sekilo lebih RM50... hari ni malas nak fikir masak apa...ada kelapa so kita masak lemak je laa ye



Bahan-bahan :)

10 ekor udang saiz besar
2 cawan santan
1 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
10 biji cili padi ditumbuk
2 st jintan manis ditumbuk
2 batang serai dititik
Daun limau purut @ daun kunyit untuk bau (dipotong halus)
Garam secukup rasa
Kacang buncis dipotong


Cara membuat :)
  1. Masukkan 2 cawan santan bersama bahan yang ditumbuk tadi dengan api yang sederhana dan biarkan didih sekejap.
  2. Masukkan udang, kacang buncis dan biarkan sekejap, masukkan serai dan daun kunyit @ limau purut.
  3. Masukkan santan pekat dan garam, kacau untuk elakkan santan pecah minyak. gunakan api yang kecil sahaja.
  4. Setelah masak , boleh la dihidang dengan nasi.....senang je kan....
 
SELAMAT MENJAMU SELERA

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI KASTARD JAGUNG

7/24/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Kastard Jagung
 
 
Ini adalah dessert yang sedap dan mudah disediakan cuma kena rajin sikit je untuk membuatnya...kena kaca selalu........budak pun suka....
 
 
Bahan-bahan :)
1 1/2cawan tepung kastad
1 tin jagung manis
1 cawan gula
3 cawan air
1 tin susu cair
 
2 sudu tepung jagung(option) 
 

 



Kastard Jagung



Cara membuatnya. :)
 
  1. Campurkan semua bahan diatas dan masak dengan api yang sederhana.
  2. Sentiasa kacau bahan diatas supaya tidak berketul dan masak adunan sehingga berkilat....kalau tak berkilat tu tandanya tak masak lagi laaa.....
  3. Apabila dah masak, masukkan adunan ke dalam Loyang atau bekas lain untuk disejukkan.
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru potong ye........








0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI ASAM PEDAS KELADI

7/23/2013 Siti Aminah Abd Halim 2 Comments

Asam Pedas Keladi


Ini adalah hidangan favberet saya.....dari dulu lagi...kalau kat kampong agak mudah untuk mendapatkan keladi ni.....kalau kat Bandar kena la cari kat pasar Tani atau market la ye.....


mungkin ada yang selalu tengok dan makan tetapi tak pernah masak sendiri....he he senang sangat nak masak ni....jom kita cuba


Bahan-bahan :)

keladi (kalau amek dari pokok 3 batang/akar)kalau beli dah siap pek
2 ekor ikan kembung rebus dan diambil isinya
10 tangkai cili kering dikisar
5 ulas bawang merah dikisar
1 labu bawang besar dikisar
 2 cm belacan
5-10 keeping asam gelugur (asam keping)
2 st lada hitam ditumbuk
2 tangkai Bunga kantan
Daun kesum


Cara membuatnya :)

  1. Keladi yang dah siap dicuci perlu dicelur dahulu dan toskan (supaya lembut dan hilangkan miang)
  2. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dan didihkan sekejap supaya cili tu masak (kalau cili tak masak seisi rumah akan sakit perut ye) dan masukkan asam keeping.
  3. setelah cili masak boleh la tambah air ( 2 @ 3 cawan sebagai kuah) dan masukkan isi ikan kembung tadi.
  4. kemudian masukkan keladi yang telah dicelur tadi serta bunga kantan dan daun kesum.
  5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa....biarkan mendidih sekejap
  6. Dah masak...boleh la dihidang bersama nasi.
 
SELAMAT MENCUBA YE

*Noted : resepi yang sama digunakan untuk masak asam pedas rebus...untuk ikan ye....sedap masak ikan duri, ikan kembung dan juga ikan pari....guna cara yang sama cuma gantikan ikan dengan keladi (ini adalah resepi ikan masak asam pedas utara) tak perlu tumis ye......

2 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI CORNFLAKES COKLAT YANG MUDAH

7/22/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

CORNFLAKES COKLAT
 
 Saya suka buat sendiri biskut raya sebab saya terdiri daripada ahli keluarga yang besar....sebelah saya ada 8 orang adik beradik, sebelah suami terdiri daripada 9 orang adik beradik...jadi beli berkumpul pada hari Raya.......tak cukup kalau nak beli sejenis kuih yang hanya ada 50 biji tu....so saya pun akan buat kuih yang mudah dan disukai oleh anak-anak......jom cuba resepi yang ringkas niiiii
 
 
 
Bahan-bahan
 
1 kg cornflakes
1 kg coklat masakan
4 senduk peanut butter
4 senduk minyak Mazola
coklat rice berwarna warni
cawan kertas
 
 
Cara membuat:
  1. Caranya mudah sahaja, leburkan coklat masakan dalam kuali bersama peanut butter dan minyak Mazola.... kemudian masukkan cornflakes yang telah diramas....gaul sebati.
  2. Angkat kuali dan letakkan atas bekas yang berisi air panas ( untuk elakkan coklat terus beku ).
  3. Gunakan sudu untuk masukkan cornflakes coklat ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat rice untuk hiasan.
  4. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.....bila dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara..
  5. dah siap kuih raya kita he he ....senang je kan

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI KARI IKAN SIAKAP

7/22/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Kari Ikan Siakap

Sebagai anak jati Kedah...ini adalah menu wajid bagi kitorang....so walau suka atau tak, kena la belajar juga kan......dulu tak pandai sangat masak kari ni sebab kurang gemar....tapi bila dah berumahtangga kena la mantapkan juga sebab encik suami pula suka makan kari ...ayooooo

Kari Ikan siakap

Kari ikan siakap

Bahan-bahan

4 sb minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang merah dipotong slices
3 ulas bawang putih dipotong slices
1 sb halba campur
4 tangkai daun kari
1 paket rempah kari ( saya suka cap O sebab pedas )
1/2 cawan air asam jawa
1/2 biji kelapa (4 cawan santan )
5 potong ikan siakap
garam secukup rasa

Bahan tambahan (jika suka )
10 biji bendi
2 biji tamato muda
3 biji cili besar hijau

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. bancuh sebuk kari bersama air asam jawa dan masukkan dalam periuk tadi dan biarkan sehingga pecah minyak ( kalau tak kari anda akan berbau rempah ye...itu tandanya rempah tak cukup masak)
  3. masukkan 2 cawan santan dan biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan ikan dan masukkan santan selebihnya dan tunggu mendidih.
  4. akhir sekali masukkan bahan tambahan dan garam secukup rasa.
  5. dah pun siap kari kita.....
*Nota : sekiranya anda ingin masak kari kepala ikan atau ikan yang agak keras isinya, sila masukkan selepas rempah masak iaitu sebelum masukkan santan ye......supaya ikan tadi lembut atau empuk....

SELAMAT MENJAMU SELERA

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI CUCUR DURIAN SEDAPPPP

7/18/2013 Siti Aminah Abd Halim 2 Comments

Cucur durian


Saya ni memang penggemar durian, jarang juga dapat makan cucur durian ni masa kecik-kecik dulu sebab durian mahal + adik beradik ramai,....tak cukup pun nak buat cucur, tapi sejak berumahtangga saya dapat keluarga mertua yang ada tanaman durian, Alhamdulillah walaupun tak la mewah sangat, masih untung sebab tak perlu beli kat pasar......jadi bila dah banyak sangat isi durian, maka timbulla berbagai resepi kan....tapi resepi mudah untuk minum petang je la..

Bahan-bahan

10-20 ulas durian yang diambil isinya sahaja
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb gula
secubit garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

caranya sangatlah mudah cuma campurkan semua bahan diaatas.....gaulkan dengan tangan, agak-agakla supaya tak terlalu lembik (sama macam adunan jemput pisang tu (cokodok saya pangggil he he))...
panas minyak dalam kuali dan bolehla menggoreng....jemput guna tangan la ye baru dapat bulat dan cantik he he
dah siap boleh la hiding

selamat menjamu selera.....

2 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

7/18/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Disamping berusaha dengan kaedah perubatan moden dan alternative.....Jangan kita lupa untuk berdoa kepada pencipta kerana sesungguhnya setiap dugaan itu datang dariNya
 
berdoa
 
 
 
DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
...

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser.

InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra\'d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa\' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu\'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

👉doa : ustaz azhar idrus.

Kalau dapat kita amal kan sebelum mendapat Cancer. In shaa Allah

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TIPS CUKUPKAN AIR DI BULAN PUASA

7/17/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

minum air



Tips mudah utk habiskan 2-3-4 liter air semasa berpuasa Ramadhan nanti.

1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam.

Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, sem
akin kuranglah anda meminum air kosong

2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam between rakaat.

3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda...teguklah apabila terjaga malam.

4. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih.

5. Minumlah air kosong dengan tertib.

Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib?

Ahaaa!! Jika tidak tertib...anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas sahur tau!

*teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. BErnafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...

*jangan minum berdiri


Rasa berat nak cukupkan jumlah air tu....Jom cuba minuman ni.....In Shaa Allah membantu...
Minuman ape ni....ini adalah Shaklee Performance Drink .....perisa oren....sedapppp
boleh minum waktu sahur dan ia akan membantu mengekalkan cecair dalam badang seharian berpuasa....
 
Apa kelebihannya....
TIADA BAHAN PENGAWET
TIADA BAHAN PERISA TIRUAN
TIADA BAHAN PEWARNA TIRUAN

TIADA GAS- BUKAN MINUMAN BERKARBONAT!


 
minum air
 
 
Kredit to : Nor Ramli

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN BEST

7/17/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Agar-agar santan

Agar-agar santan
 
Satu lagi resepi yang mudah dan ringkas yang menjadi satu kewajipan di bulan Puasa......kalau dulu aku selalu rasa teruja dan taksub bila tengok agar-agar ni jadi 2 layer.....pelik pun ade...selalu Tanya mak kenapa jadi macam tu....bila dah besar, jawapan tu dating sendiri ha ha....jom masak ni untuk santapan keluarga ketika minum petang atau sebagai juadah pencuci mulut untuk Iftar.....
 
 
 
Bahan-bahan :)-
•1 paket agar-agar 20 gm
•1500 ml air (6 cawan)
•3/4 cawan gula pasir
•2 cawan santan pekat
•2 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
•Secubit garam
•1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose (boleh guna warna lain kalau suka....biasanya saya buat hijau...tapi kali ni kehabisan pewarna hijau he he )
•2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
 
 
Cara-cara:)-
  1. Masak agar-agar bersama 1500 ml air, masak sehingga agar-agar betul-betul hancur/larut.
  2. Setelah agar-agar larut, masukkan gula pasir dan kacau sampai larut dan biarkan mendidih sekejap.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI KUIH SAGU

7/16/2013 Siti Aminah Abd Halim 2 Comments




Kuih Sagu

 Mmmm ini adalah masakan kegemaran semua peringkat umur.......salah satu hidangan yang selalu ada masa bulan puasa kan.....kalau bukan bulan puasa macam kurang mendapat perhatian sangat mungkin ianya adalah sejenis manisan bagi sesetengah orang kan.......kalau tak suka manis, cuba ikut sukatan ni betul2......he he saya pun tak suka manis sangat sebenarnya...jom cuba

 
Bahan-bahan (4-5 orang)

 1 cawan sagu

 2 cawan air

 1/2 cawan gula

 Kelapa parut dan sedikit garam – digaul

 Sedikit pewarna merah (warna lain pun boleh)
Sehelai daun pandan untuk menaikkan bau yang enak

 
kuih sagu


Cara-cara

  1. Bersihkan sagu dan toskan
  2. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
  3. Apabila mendidih masukkan sagu
  4. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
  5. Kuih Sagu
  6. Angkat, tuangkan dalam acuan yg telah digris dgn minyak
  7. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
  8. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..

2 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI KUIH CARA MUDAH DAN SEDAP

7/16/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Kuih Cara


Ini adalah kuih kegemaran saya masa kecik-kecik dulu....selalu mak buat waktu makan pagi sbb dulu2 santan kelapa memang senang dapat kan....bahan memang sedia ada je kan....mak bancuh saya tukang masaknye je.....best sangat ...rasa macam main masak2 je hu hu

part yang paling seronok adalah masa nak letak gula tu...kadang2 siap gilir2 dengan adik sebab seronok he he
 
 
BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung gandum

3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)

2 biji telur

3 helai daun pandan

Beberapa titik pewarna hijau (kalau suka ye….daun pandan pun dah cukup sebenarnya)

Gula pasir secukupnya, sebagai inti (saya guna ½ sudu teh untuk satu acuan)

Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)

Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

Kredit to :Mat Gebu

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH

7/10/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Puding Karamel

Puding Karamel

Bahan-bahan

7 biji telur (gred A)
Satu tin susu cair (400 ml)
Satu tin air
2 sudu tepung jagung (option)
1 sudu the esen vanilla

Karamel

1 cawan gula pasir
1/2 cawan air


Cara membuatnya :

  1. Masak gula dalam kuali @ periuk sehingga warna keperangan....kemudian masukkan air dan kacau supaya tak berketul....setelah masak, masukkan dalam Loyang
  2. Dalam bekas lain pecahkan semua telur dan kacau perlahan( jangan pukul ye), kemudian campurkan semu bahan lain spt air, susu, tepung dan esen vanilla
  3. Panaskan periuk pengukus dan biarkan Loyang  pengukus dalam periuk pengukus sekejap
  4. Tuangkan semua bahan yang dicampur tadi ke dalam Loyang yang berisi caramel tadi dan kukus selama 45 minit.
  5. setelah masak, biarkan sejuk....sejukkan dalam peti sejuk...dan boleh dihidang....sedap makan ketika sejuk.


selamat mencuba ye kawan-kawan sempena Ramadhan ni......

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

PERKARA SUNAT, MAKRUH DAN YANG MEMBATALKAN PUASA

7/09/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Jom kita ingatkan balik perkara penting sempena menyambut 1 Ramadhan esok.....

Niat Puasa


 Perkara-perkara sunat puasa:

 a)      membanyakkan membaca al-Quran

b)      mandi junub sebelum fajar

c)      melewatkan sahur waktu imsak 

d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis

e)      membanyakkan sedekah

 f)        solat terawih

g)      segera berbuka bila masuk waktu

 

 Perkara-perkara makruh puasa

a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan

b)      merasa makanan dengan lidah

c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji

d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk

e)      gosok gigi setelah gelincir matahari

 f)        mencium isteri 

g)      menderma darah
 

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)      makan dan minum dengan sengaja

b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja

c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)

d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

e)      melakukan persetubuhan

f)        gila walaupun sebentar

g)      murtad

h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Perkara yang tidak membatalkan puasa:


a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.

b)      Bersuntik

c)      Tidur walaupun sepanjang hari

d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga

e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


Hari-hari sunat puasa:

a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)

b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a)

c)      pada 10 Muharram (hari Asyura)

d)      6 hari pada bulan Syawal

e)      Hari Isnin dan Khamis

 

 Hari-hari diharamkan puasa:

 a)      Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)


b)      Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)

  )      Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah