4 Vitamin Yang Mampu Mengurangkan Nafsu Makan Secara Semulajadi

11/11/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

diet sihat shaklee
Vitamin kawal nafsu makan

Assalamualaikum

Ada kah makanan atau vitamin yang membantu mengurangkan selera makan???
Jom kita tengok!!

Selain pengambilan diet harian seperti protein, karbohidrat, dan lemak, kita juga perlu mengambil makanan tambahan lain seperti vitamin dan mineral. Vitamin punya peranan penting dalam menyokong agar tubuh kita berfungsi sebagaimana mestinya. Kurangnya pengambilan vitamin tertentu memberi kesan terhadap tubuh kita, bahkan memicu beberapa masalah kesihatan .
Selain peranan pentingnya, vitamin tertentu sebenarnya mempunyai keupayaan untuk menyokong diet anda. Antara lain dengan cara mengurangkan nafsu makan, meningkatkan metabolisme, untuk memainkan peranan dalam mengurangkan tahap lemak badan.

Vitamin Ini Bukan Hanya Membantu Fungsi Tubuh Anda. Mereka juga mampu mengurangkan nafsu makan secara semulajadi!

Jadi, vitamin apakah yang memberi kesan dalam diet harian kita?

1. Asid Lemak Omega-3 bukan sekadar baik untuk jantung, malah membantu mengurangkan nafsu makan.
Omega guard shaklee mengandungi omega 3 dan DHA

Salmon yang kaya Omega-3 
Makan makanan kaya Omega-3 dapat membantu mengurangkan selera makan anda dengan ketara. Anda juga tidak mudah lapar.
Bukan hanya itu, Omega-3 juga baik untuk menyokong kesihatan sistem kardiovaskular dan saraf, meningkatkan mood dan fungsi kognitif, dan menjadikan kulit anda lebih segar, mendapatkan asid lemak Omega-3 dari ikan laut seperti sardin, tuna dan salmon.

Asid lemak omega 3 boleh juga diambil dengan suplemen Omega Guard Shaklee.

2. Vitamin B kompleks bagus dalam mendapatkan berat badan ideal.

Vitamin B complex


Mendengar nama vitamin B kompleks “eh vitamin apakah ni? Penting ke?”. Tak ramai yang perasan bahawa vitamin B kompleks merupakan satu kepentingan dalam diet seharian. Vitamin B seperti B1, B3, B5, dan B6 mampu mengubah rasa menggoda terhadap makanan supaya diabaikan.
Vitamin B3 menjadi komponen dalam mengatur toleransi glukosa dan menstabilkan kadar gula dalam darah, seterusnya dapat mengawal nafsu makan. Vitamin B5 memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga dan fungsi adrenal untuk meningkatkan kesan penurunan berat badan dalam diet.
Sementara itu, vitamin B6 menyumbang kepada pengeluaran serotonin yang membantu mengawal kelaparan. Pastikan anda mendapat cukup vitamin B dengan memakan daging, bijirin penuh, dan kacang.


3. Vitamin C bukan sekadar mencantikkan kulit, malah bantu mengurangkan nafsu makan dan mencegah ketagihan makanan.

vitamin cantik shaklee
vitamin C sustained release


Seperti vitamin B6, vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran serotonin yang mengawal kelaparan. Malah suplemen vitamin C yang juga mengandungi kalsium dan magnesium boleh membantu mencegah ketagihan makanan. 
Vitamins C boleh didapati setiap hari dengan memakan buah-buahan seperti limau, limau gedang, kiwi, dan sayur-sayuran seperti cili, brokoli, bayam, tomato, dan kekacang.

Anda juga boleh cukupkan keperluan vitamin C dengan menambah Vitamin C shaklee dalam diet harian yang bersifat sustained release dimana ia boleh bertahan dalam badan selama 5 jam dengan kandungan 500mg satu tablet.


4. Kekurangan pengambilan vitamin D juga mempengaruhi rasa lapar.

vitamin D shaklee
vitamin D


Nak dapatkan vitamin D dengan berjemur, perlu berjemur sebelum jam 10 pagi tau.
Menurut kajian, kekurangan vitamin D membuatkan kita cepat rasa lapar. Tahap vitamin D yang rendah dikaitkan dengan tahap leptin yang tinggi, hormon yang dapat menahan rasa lapar. 
Tahap leptin yang terlalu tinggi sebenarnya boleh menyebabkan tubuh kita tahan terhadap hormon ini, yang menyebabkan makanan kita menjadi terkawal.
Maka dengan itu, pastikan kita memperoleh pengambilan vitamin D yang mencukupi dari susu dan yogurt yang telah diperkaya, kuning telur, dan ikan lemak seperti salmon. Tambahan, rajin-rajinlah berjemur setiap pagi!


Sekiranya rasa susah nak dapatkan keperluan vitamin D, boleh dapatkan dengan pengambilan ostematrix shaklee yang lengkap dengan vitamin D.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

Pengalaman pertama menderma darah.

11/10/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

pengalaman derma darah
Pengalaman derma darah 


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saja je nak coretkan kenangan sendiri apabila pertama kali menderma darah. 

Masa zaman belajar dulu tak lepas nak derma darah sebab masalah berat badan tak mencukupi. Selepas tu pulak tak pernah ada kekuatan untuk menderma. Macam-macam ada dalam fikiran. Tak pasti pula apa yang ditakutkan.

Pada tanggal 12 oktober 2018, ada event pameran kerjaya zon Sabah di politeknik Kota Kinabalu, tempat kerja sekarang la. Ada program derma darah sekali. Ada kawan nak derma darah. Datang keluatan untuk ikut serta juga.

Macam biasa la, kena isi borang. Kemudian ada sesi interview untuk pastikan maklumat yang kita isi tu betul, petugas juga nak pastikan keadaan kesihatan penderma. Seterusnya pemeriksaan paras Hb dalam darah dan juga jenis darah.

Alhamdulillah lepas untuk menderma he he. Dan nak di jadikan cerita sebagai pengalaman dan pengajaran juga buat diri sendiri!!!

Sepatutnya tidak digalakkan atau tidak boleh menderma bagi mereka yang baru hari pertama hingga hari ke-4 didatangi haid. Tapi menyangkakan bukan haid atai sekadar spots je sebab memang wanita yang menggunakan implanon sebagai perancang keluarga mengalami masalah haid yang tidak teratur. 


Mami berkeras nak derma juga. Maka keesokannya mami pening dan loya dan lebih memburukkan keadaan apabila gastric turut menyerang selepas muntah. Memang pengalaman betul lah ni ha ha.

Padan muka mami kan sebab tak ambil endah kriteria untuk menderma. Tapi pengalaman ini bukan la membuatkan mami serik nak menderma. Insyaallah sebagai pengajaran saja di masa akan datang dan buat kaum hawa lain yang nak menderma darah juga he he.


Kriteria Penderma Darah Dan Aferesis

Sebelum layak mendaftar diri sebagai seorang penderma,darah, seseorang bakal penderma perlulah memenuhi beberapa kriteria asas berikut:

Penderma Darah Penuh ( Whole Blood ):

  • Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  • Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  • Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)

Bagi penderma aferesis, selain kriteria di atas, terdapat beberapa kriteria tambahan iaitu:
  • Berumur tidak melebihi 55 tahun
  • Berat badan 55 kg dan ke atas.
  • Telah menderma darah penuh     sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.
  • Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)

Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan atau Jururawat yang bertugas. Seseorang bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan penderma dan darah yang didermakan juga tidak akan memudaratkan pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Pihak tabung darah menjalankan prosedur yang ketat dalam pemilihan penderma bagi menjamin kualiti darah. Selain tahap kesihatan yang baik, penderma daripada kalangan mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko tinggi adalah DILARANG sama sekali untuk menderma darah. Ini termasuklah penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, mereka yang terlibat dalam kegiatan pelacuran atau melanggani pelacur, dan mereka yang mengamalkan perhubungan seks sejenis atau bertukar-tukar pasangan seks.

Pendermaan darah perlu dibuat dengan rasa tanggungjawab untuk membantu para pesakit. Oleh itu, semua bakal penderma hendaklah jujur semasa menjalani sesi kaunseling sebelum menderma. Keengganan berbuat demikian hanya akan menambahkan risiko kepada pesakit yang berkemungkinan menerima darah yang tercemar.


Proses Pendermaan Darah

  • Penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.
  • Menimbang berat badan
  • Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.
  • Menjalani sessi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.
  • Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.
  • Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 – 15 minit.
  • Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun.
  • Penderma akan dihidangkan dengan makanan / minuman ringan

Nasihat Kepada Penderma Selepas Menderma

pengalaman derma darah
Debaran masa nak masuk jarum je ha ha
  • Selepas menderma,penderma dinasihatkan berehat di katil menderma darah selama sekurang-kurangnya 10 minit. Selepas itu, bolehlah bangun daripada katil sekiranya tiada apa-apa masalah seperti loya, pening, kepucatan atau rasa hendak pitam.
  • Penderma juga digalakkan mengambil minuman dan makanan yang telah disediakan selepas menderma.
  • Dinasihatkan meminum banyak air selepas dalam tempoh 12 jam selepas menderma menderma Ini adalah untuk mengembalikan cecair yang hilang semasa pendermaan darah.
  • Jangan mengambil minuman beralkohol untuk beberapa jam selepas menderma.
  • Jangan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti berat seperti payung terjun, menyelam, berenang mendaki gunung serta sukan lasak dalam tempoh 24 jam selepas menderma

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

CARA JOIN VIRTUAL RUN

11/09/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

CARA JOIN VIRTUAL RUN 🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️

Medal pertama yang sampai 


Sebelum ni asyik tengok kawan-kawan dalam Facebook je duk update virtual run. Dalam hati dah berkata “bestnya berlari, bila la aku nak mula berlari?”. 😂

Tapi bila nampak rakan update medal cantik, terus teruja nak mendaftar juga. Maka sibuk la baca sharing kawan-kawan yang dah join larian ni. 

Eh! Kejap, apa benda virtual run ni. Biasa kita dengar larian kena daftar dan berlari dekat tempat tertentu kan. Virtual pula, kita berlari tapi ikut masa dan tempat kita suka. Ha! Macam mana tu???



Cara dan Tips join VIRTUAL run :-


1. Install Apps 42Race atau daftar di website https://web.42race.com/races. 


2. Install GPS running apps untuk track larian. 

Mami pakai strava tapi ada yang perfer NRC sebab untuk indoor dia memang best. Untuk guna NRC dia boleh trace indoor ataupun outdoor.

Tapi kalau ada treadmills kat rumah, pun boleh juga untuk track larian kita tu. Snap je gambar larian dan hantar je la.

3. Untuk join VR yang ada medal lawa2 yang dipos terus ke alamat kita, kita kena bayar dalam RM29.99 (RM30 la tu) untuk setiap VR. Semuanya “Order dan Register” melalui apps tadi. Payment pun online.

Kalau mau VR yang free pun ada. Nanti settle larian akan dapat E-Badge (e-medal la gitu). 

Cemana mau tau VR tu berBayar ka Free? Nanti tengok dalam poster keh. 

4. Setiap VR ada kategori dia, 3km-5km-etc. Time register pilihlah yang ngam di kaki. Biasanya kena Complete in ONE run. Nda bole stop stop sambung besok lusa pula.

5. Kalau VR yang baru open, biasanya siap boleh Engrave Nama (tulis nama di medal). Ni kalau tak silap dalam tempoh 2 minggu selepas VR open, lepas tu tutup. Once sudah tutup, kita dapat medal biasa ja la. 

6. Selepas register VR, kena lari ikut syarat dan date yang ditetapkan. Sila baca syarat ya, karang disqualified pula. Rugi!

7. Wajib START running apps ketika berlari, barulah larian kita tu “dicatat”. Nanti summary larian tu yang akan kita submit (upload) ke 42Race ikut due date yang ditetapkan. (Tengok contoh dalam gambar)



8. Lastly, bila sudah submit (upload), nanti pihak 42Race akan verify approve ka tidak, kalau approve, mu tunggu abang posto datang bawakan medal lip lap bling bling keh, pastu bole gambar gigit medal suda, bukan gigit hp ja lagi 🤣🤣

So, begitulah sedikit sebanyak cara untuk join Virtual Run ni.

Senang ja kan? 😋

Haaaa, so cemana pula mau join 4 Seasons Series Autumn Run ni? Hari tu masih ada di 42race, tapi sekarang tiada dah. 

Tapi masih boleh join melalui website dia di https://spreenapp.com/web/event/autumn-run-2018?register_event=success

Yang ni bayaran RM35. Open untuk Oktober sahaja kalau tak silap. Apa2pun check di website ya. Manatau masih sempat register 😁

Cara submit sama ja macam dalam 42Run, cuma submit di website spreen tu la. 

Boleh difahami setakat ni?

So, kalau ada soalan, sila letak di komen. Nanti Mami jawab kalau tau ya. 



Last but not least, kalau rasa info ni best, tolong share kepada kawan2 lain supaya sama2 kita sihat sambil kejar medal cute-cute. 





Selamat ber-VR!



0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TIPS MERANCANG PERCUTIAN KE SABAH DENGAN MENARIK

7/23/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Assalamualaikum..


Ramai yang merancang untuk bercuti ke Sabah, akan tetapi masih berkira-kira untuk ambil pakej pelancongan atau rancang perjalanan sendiri.


Oleh kerana ramai yang mesej dan bertanyakan hal ini memandangkan mami dan keluarga dan bertukar ke Kota Kinabalu sejak tahun lepas.

Pekan Cowboy, Tuaran

Oleh kerana ramai mesej bertanya berapa lama untuk bercuti di Sabah dan berapa bajet diperlukan. Ok lah mami cuba bantu setakat yang mami tahu ok. Walaupun sebelum ni mami ada kongsi mengenai 10 tempat menarik dikunjungi di Kota Kinabalu. bagi yang bertanyakan tempoh melawat Sabah, ianya terpulang kepada diri berapa lama dan berapa tempat yang ingin dilawati.



Anda boleh juga lawati sini MENARIK DI KUDAT

Kereta Sewa

Hari pertama biasanya selepas turun je di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan digalakkan ambil penerbangan waktu pagi kemudian pengunjung akan terus buat temujanji dengan pemilik kereta sewa. Boleh dapatkan harga yang murah juga dan bergantung kepada jenis kereta. Pilih kereta yang bersesuaian dengan bilangan ahli pengunjung kerana keadaan jalan di Sabah tidak la seperti di semenanjung yang ada lebuhraya dan juga jarak perjalanan pun agak lama dari satu desnitasi ke destinasi yang lain. Oleh itu anda dinasihatkan untuk tidak terlalu berkira bab kereta, takut anda penat kerana tak selesa dalam kereta he he.

Kota Kinabalu ke Kundasang.


Kebiasaanya pengunjung akan terus ke Kundasang pada hari pertama. Dalam perjalanan ke Kundasang anda boleh melawat beberapa tempat dalam perjalanan ke Kundasang.

Upside down atau Rumah terbalik. dan 3D Wonder Museum


Rumah terbalik, Tamparuli
 Perjalanan ke Kundasang akan melalui Tuaran. Tetapi rumah terbalik terletak di Tamparuli dan tidak jauh dari pekan Tuaran. Boleh juga melalui jalan ini untuk ke Kundasang, hanya gunakan aplikasi Waze dalam telefon bimbit masing-masing je. Bersebelahan dengan Rumah terbalik juga terdapat  3D wonder Museum. Dibuka setiap hari bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Harga Tiket

 Rumah Terbalik:         RM12.70 (dewasa), RM5.30 (kanak-kanak)
3D Wonder Museum : RM24.40 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)
Combo ticket :             RM31.80 (dewasa), RM19.10 (kanak-kanak)

Jambatan Tamparuli


Jambatan Tamparuli, jambatan gantung
Jambatan Tamparuli ni tak perlu yuran apa-apa la. Cuma boleh bergambar di jambatan gantung yang banyak cerita rakyatnya. Kalau anda pergi Hari Rabu ada tamu(pasar pagi) di sini sehingga jam 1.00 tengah hari. Mungkin susah sikit nak cari kawasan tempat letak kereta. Tapi anda dapat jalan di tamu sini yang banyak hasil kampung atau hutan.

Pekan Nabalu


Pekan Nabalu terletak betul-betul tepi jalan dalam perjalanan menuju ke Pekan Kundasang. Cuma pilihan terletak di tangan anda samada untuk berhenti atau tidak. Kebiasaanya pelancang berhenti untuk mengambil gambar. Tetapi sekiranya cuaca tidak mengizinkan, tak dapat la pemandangan gunung. Tak kurang juga yang ingin membeli barangan kraftangan. Kat sini memang tempat persinggahan sekejap sebelum ke Kundasang.

Pasar Kraftangan pekan Nabalu

Kawasan bergambar menghadap Gunung

Kinabalu Park.

Kinabalu Park adalah tempat dimana pendaki akan mulan pendakian. Pemandangan untuk bergambar di sini pun cantik. Tapi gambar kami ni cuma di pintu luar sahaja. Kalau nak masuk sehingga ke kawasan permulaan pendakian perlu la bayar tiket masuk. Boleh bawa kereta ke kawasan tersebut. Kalau bergambar kat luar ni pun kira dah ok sebenarnya he he. Jimat duit dan masa sebab banyak tempat nak tuju lagi.

Bayaran masuk : RM3 seorang

Kinabalu Park

Gambar dari atas 

Pekan Kudasang


Kalau dah sampai tempat ni, maksudnya kena fikirkan tempat tidur dan makan la. Boleh la cari hotel yang berkenan. Ada yang suka macam homestay yang lengkap dengan dapur (itu kami la he he). Ada juga yang suka hotel yang memang menawarkan pakej breakfast. Memang banyak sangat pilihan hotel, tak kurang juga yang memang mencari hotel degan menghadap pemandangan gunung.

Nak makan di Pekan Kundasan ni tidak la menjadi masalah sangat. Ada restoran KFC di sini. kalau jemu makan KFC boleh cuba nasi ayam. Restoran nasi ayam kat sini, Kedai berdekatan dengan tandas awam pekan Kudasang he he. Kebiasaannya orang nak cari Kepak ayam madu. Cuba la rasa sendiri. 

Kundasang War Memorial

Terletak betul-betul dalam Pekan Kundasang. Belakang kawasan kedai dan bersebelahan tandas awam pekan Kundasang. Tinggalan kubu perang rasanya, tapi dah dijaga seperti Garden yang sangat cantik.
Kundasang War Memorial
Bayaran masuk Kundasang War Memorial : RM2 seorang

Desa Dairy Farm (Ladang Lembu)



Macam kat New Zealand kan
Setiap orang yang datang melancong ke Sabah menjadikan tempat ini sebagai destinasi wajib. Ini kerana keindahan dan permandangan seolah-olah berada di luar negara. Waktu dicadangkan untuk masuk ke ladang lembu adalah awal pagi. Ini kerana waktu awal pagi selaluny kita boleh ambil gambar dengan view penuh puncak Gunung Kinabalu tanpa diliputi oleh awan. Selepas jam 8.30 macam tu, angin dah mula bertiup kuat dan awan akan meliputi puncak gunung. Maka sebaiknya bermalam la di Kundasang supaya dapat masuk ke ladang lembu awal pagi.  Selain itu, anda tak perlu meletak kenderaan jauh dari tempat untuk melawat. penat tau berjalan dalam ladang lembu ni sebab macam mendaki je rasa...ha ha.



Aroma lembu menusuk hidung he he

Ais krim sedap, wajib beli ye!!
Waktu Operasi
8 pg – 5 ptg

Waktu memerah/memproses susu
Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg
Tiket : RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Arnab Village

Arnab Village
 Perkampungan arnab terletak selepas Pekan Kundasang. Akan tetapi sekiranya anda mengejar masa, boleh la abaikan untuk ke Arnab Village ni. Ini kerana keadaan jalan masuk ke Anab Village ini kurang memuaskan. Buat masa ini masih belum berturap sepenuhnya dan sangat mencabar untuk kenderaan biasa. Sekiranya anda menyewa kenderaan jenis pacuan 4 roda boleh la ke sana dengan senang hati. Bagi anak-anak mesti seronok dapat main dengan arnab kat sini. Sangat jinak.

Bayaran masuk : RM3
Seronok main dengan arnab

sangat jinak



Sabah Tea


Sabah Tea

Sabah Tea terletak selepas pekan Ranau, jarak perjalanan ke Sabah Tea dari pekan Kundasang ada dalah 30 ke minit. Jarak tidak la jauh, cuma keadaan jalan dan juga bergantung juga keadaan trafik masa tu. Sperti juga kita ke Cameron Highland, tempat wajib kita kunjungi ialah ladang teh kan. 

Nikmati pemandangan yang indah sambil menghirup udara yang nyaman di sini. Anda boleh lepak di Sabah Tea Restoran & Tea Shop di sini. Sambil tu boleh juga ilut lawatan ke kilang memperoses teh, tetapi ada bayaran dikenakan.


Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti atau Fish Spa


Tagal, Sungai Moroli
Menjadi satu kewajipan apabila melancong ke Sabah untuk merasai sendiri Spa ikan kelah ni. Jarak dari Pekan Kundasang ke sini lebih kurang 30km je, tapi jarak masa perjalanan bergantung kepada keadaan lalulintas masa tu. Mungkin boleh sampai dalam masa 30 minit sehingga 1 jam perjalanan.
Pastikan cuaca cerah untuk ke sini, kalau anda pergi pagi, perlu pastikan juga bahawa malam sebelum tu bukan hujan lebat. Anda perlu faham keadaan air sungai selepas cuaca hujan, sepertimana anda berkelah kawasan ari terjun juga la.

Keseronokan untuk merasa gigitan ikan yang dikatakan mengigit sel kulit mati dari tubuh manusia. Tak kurang juga ada yang geli he he. Kawasan tagal sungai Moroli ni juga terdapat jambatan gantung, jadi pengunjung dapat merasai pengalaman menggunakan jambatan gantung di sini tanpa apa-apa bayaran.

Spa ikan


Waktu Operasi :
Buka setiap hari (08:30 AM - 05:00 PM)

Yuran Masuk Pengunjung :
Dewasa & Pakej Rendam Kaki - RM 5.00 (30 minit)
Kanak-kanak & Pakej Rendam Kaki - RM 2.00 (30 minit)
Pakej Mandi bersama Ikan - RM 10.00

Poring Hot Spring Ranau

Poring Hot Spring Ranau

Lokasi seterusnya yang terletak hanya 35 kilometer dari Luanti dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di Kolam Air Panas Poring, Ranau. Terkenal dengan kolam air panas semula jadi yang mengandungi kandungan galian sulfur sesuai untuk menyegarkan badan


Kolam mandi umum

kolam individu

Lagi tempat menarik dalam  kawasan hotspring
 Diharapkan dengan perkongsian saya serba sedikit dapat mebantu anda untuk merangcang percutian yang menarik di Sabah ini. 

Insyaallah saya akan Sambung entri berkaitan percutian di Sabah dari semasa ke semasa

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

NIKMATI PERJALANAN MENARIK KE KUDAT

5/11/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Sabah
Mercu tanda Tips of Borneo

Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun bermastautin di kepulauan Borneo, kini baru berkesempatan untuk menjelajah ke Tips Of Borneo. Tanjung Simpang mengayau terletak dalam Daerah Kudat memerlukan perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit sehingga 3 jam dan bergantung kepada kenderaan dan juga keadaan lalulintas.

Dalam kesibukan orang lain untuk pulang mengundi di tempat masing-masing, kami sekeluarga tiak berpeluang untuk menjalankan tanggungjawab itu pada kali ini. Jadi kami menggunakan cuti sebelum hari mengundi untuk menikmati keindahan Tanjung Simpang mengayau.

Rancang perjalanan.


Oleh kerana perjalanan ke kudat memakan masa 2 jam lebih sehingga 3 jam, maka perancangan perlu dilakukan. Ini kerana kami perlu mengambil kira masalah hentian rehat yang tiada seperti dalam lebuhraya di semenanjung dan juga masalah untuk berhenti makan minum.

Kami merancang untuk pergi dan balik hari saja, maka perjalanan mestilah bermula seawal yang mungkin. Jarak perjalanan dari Sepanggar ke Tanjung Simpang mengayau adalah sejauh 169 km. Bagi mami sekeluarga yang ada anak kecil, berbagai perkara perlu difikirkan. Dari Sepanggar perlu menuju ke Tuaran, kemudian ke Kots Belud dan Melalui Kota Marudu sebelum sampai ke Tanjung Simpang Mengayau. Akan jumpa simpang ke Tanjung Simpang Mengayau dulu sebelum pekan Kudat.


Bekalan Makanan.


Oleh kerana jarak perjalanan yang agak jauh dan kurang kemudahan hentian rehat dan rawat seperti di lebuhraya semenanjung, maka makanan perlu disediakan sebelum bertolak. Terdapat satu hentian, iaitu hentian Ulu Kukut di Kota Belut, tapi tak ramai yang berhenti kecuali pelancong luar.

Oleh kerana kawasan yang dituju agak kurang restoran, maka mami merancang memasak bekalan dan berkelah di kawasan yang nak dituju. Mami masak bekalan nasi dan ayam merah serta telur dadar sebagai bekalan makanan tengah hari.

Untuk sarapan pula, mami hanya membeli bekalan roti dan juga kuih bahulu dari stesen minyak sebelum memulakan perjalanan. Untuk anak-anak, sediakan juga jajan yang mengenyangkan supaya tak begitu bosan.


Kudat, Sabah
gambar kenangan

Tips Of Borneo
Sayup mata memandang

Perjalanan yang panjang


Perjalanan ini akan terasa sangat lama dengan pemandangan kiri kanan adalah kawasan sawah padi apabila melalui daerah Kota Belud. Kemudian pemandangan kawasan kelapa sawit apabila memasuki kawasan Kota Marudu dan juga Kudat. Nikmati perjalanan seperti menaik dan turun bukit itu. Jalan agak lurus dan terasa sayup mata yang memandang.


Perjalanan kami ke Kudat menggunakan Aplikasi Waze dan pada asalnya mami arahkan ke KFC Kudat. Kononya sampai ke pekan dulu, kemudian baru la cari arah ke Tanjung Simpang Mengayau. Oleh kerana telefon digunakan untuk memandu arah, maka tiada rakaman perjalanan buat kami. Hanya terakam di minda sahaja he he.

Tanjung Simpang Mengayau dulu sebelum Pekan Kudat.


Apabila kami memasuki daerah Kudat dan aplikasi waze menunjukkan bahawa lagi 17 km lagi untuksampai ke KFC Kudat apabila kami menemui simpang memasuki Tips Of Borneo. Maka kami menukar haluan untuk ke Tips Of Borneo dahulu kerana jam sudah menunjukkan 10.00 pagi. Dari Jalan utama untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau 

Kudat
satu keluarga

Sampai sahaja kawasan destinasi, terus cari mercu tanda untuk bergambar. Subhanallah, terlalu cantik mata memandang dengan kebiruan air lautnya. Luas mata memandang dan tidak jemu walaupun matahari mula terpacak di atas kepala. Jam menunjukkan 10.30 pagi tapi waktu di Sabah 1 jam awal dari semenanjung. Maka boleh dikatakan lebih kuram jam 11.30 pagi waktu semenanjung la.

Sabah
Laut Sulu dan laut Cina selatan

Sabah
penunjuk arah



Sabah
Hujung tanduk





 Berkelah di Pantai Kalampunian


Setelah puas melihat pemandangan dan merakamkan gambar, kami turun mencari kawasan untuk berkelah di tepi pantai. Makan tengah hari dengan bekalan yang telah siap dimasak dari rumah. Hidangan mudah dan ringkas iaitu nasi putih, ayam sambal dan telur dadar ha ha. Keindahan pantai dengan pasir yang memutih begitu memikat hati. Sebenarnya terdapat juga beberapa pantai lain di Kudat ni, tetapi tidaklah diberi perhatian sangat kerana pengunjung biasanya datang ke Tanjung Simpang Mengayau untuk bergambar dan balik he he.


Sabah
Pantai Kalampunian

Teruja nak mandi pantai.


Anak-anak terlalu teruja untuk terjun pantai. kawasan pantai Kalampunian ni terdapat beberapa chalet atau resort untuk disewa. Terdapat juga tandas awam dan surau di kawasan pantai ini. Jadi memang boleh je kalau nak mandi manda di sini. Tetapi suami kurang berminat salah satu sebabnya ialah kekurangan pengunjung. Mungkin juga kami pergi bukan hari minggu atau cuti umum. Adalah juga yang mandi, tetapi rasanya pelancong luar atau nelayan tempatan. Sempat la juga cecahkan kaki di gigi air, sangat jernih airnya. Memang kita akan rasa nak berendam je ha ha.

Sabah
Tamu Kudat

Tamu Kudat.


Selepas berkelah dan menikmati keindahan pantai, barulah kami bergerak menuju ke pekan Kudat. Memang letakkan KFC,Kudat sebagai next location sebab tak tahu nak tuju ke mana. Dalam mata melilau mencari bangunan KFC, ternampak pula 'tamu' atau pasar mingguan di pekan Kudat ini. Apa lagi, terus je cari tempat letak kereta dan menjelajah kawasan tamu je lah. Bagi mami sekeluarga, tamu di sini lebih kurang sama juga lah dengan tamu di tempat lain yang pernah kami pergi iaitu tamu di Telipok dan juga Tuaran. Satu keseronokan berkunjung ke tamu ialah boleh mencari barang dagangan masyarakat tempatan. Biasanya berbeza hasil tani mengikut kawsan setempat la,



Kota Marudu sebagai persinggahan terakhir.

Selepas berjalan sekitar tamu pekan Kudat, kami bertolak balik ke sepanggar. Oleh kerana baru je menikmati makanan semasa berkelah, maka kami sekeluarga membuat keputusan untuk singgah KFC, Kota Marudu pula. Sambil itu dapat melihat sendiri pekan Kota Marudu kerana perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat tidak melalui pekan atau bandar Kota Marudu mahupun Kota Belud. Mengalas perut di  KFC dan kemudian singgah bersolat di Masjid Kota Marudu sebelum bertolak balik.

Alhamdulillah, walaupun perjalanan terasa jauh tapi berbaloi.

Bagi yang belum pernah datang ke Sabah, jangan lupa masukkan Kudat sebagai salah satu destinasi korang tau.....


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah