AMALAN KHUSUS UNTUK: Rezeki Yang Tidak Putus-Putus

3/25/2016 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

AMALAN KHUSUS UNTUK: Rezeki Yang Tidak Putus-Putus

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Amalkan Surah as-Saad ayat ke-54 sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet.(baca sekali sahaja)

Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an bermaksud: 

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis." (As-Saad: 54)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.

Kita solat kerana Allah perintahkan solat. Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.

Kepada yang belum ada amalan khusus (menjemput rezeki), bolehlah kita mulakan amalan ini pada hari Jumaat yang mulia ini. Amalkan setiap kali lepas solat pada setiap hari dan lihatlah hasilnya pada hari Jumaat akan datang.

Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah. Dia tidak akan sesekali hampakan kita.

Salam Sayang,
Vitamin Cergas Semulajadi
www.instagram.com/_DamiaAmna
www.cergasemulajadi.com

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

🌷MERANCANG UNTUK MENGANDUNG?? CUBA KAEDAH INI🌷

3/25/2016 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

🌷MERANCANG UNTUK MENGANDUNG?? CUBA KAEDAH INI🌷

🌷SENANGNYA MENGANDUNG BILA TAHU WAKTU SUBUR🌷


Banyak pasangan yang lewat mendapat zuriat kerana tidak memahami kitaran haid & waktu subur wanita.

Ingat.... ovum dilepaskan pada waktu subur sahaja dan hidup dalam 12-48jam sahaja.

Sama2 baca & hadam waktu subur wanita. Tak faham, tanya..

All the best

--Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Dan hari pertama mengandung dikira daripada hari pertama haid.

--Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon yang mencetus pertumbuhan folikel (FSH) akan meningkat & folikel2 yang mengandungi telur akan membesar. FSH juga mencetuskan penghasilan estrogen yang mengumpulkan darah di dinding rahim dan menebal untuk persediaan jika berlaku persenyawaan. Di dalam ovari pula, telur yang berada di dalam kantungnya akan membesar & matang.

--Hari 14
Waktu inilah satu proses pembebasan telur yang dipanggil ovulasi berlaku akibat peningkatan mendadak hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). 

Waktu inilah dikira waktu subur wanita. Telur wanita hanya hidup selama 24 jam. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim. Jika tidak, telur tersebut akan mati.

--Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal & menunggu zigot (produk persenyawaan) menempel.

Jika tiada persenyawaan, hormon progestrone akan berkurang, maka dinding yang dibina daripada darah akan runtuh.

Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1, iaitu dinding yang runtuh tadi keluar sebagai darah haid.

🌷Bilakah waktu subur?


Kalau faham kitaran haid di atas, waktu subur seorang ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? 

Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau sebelum fasa luteal bermula.

**INGAT YE : Kira2 14 hari sebelum haid seterusnya, bukan haid sebelumnya.


Ini adalah kerana tempoh fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. 

**Waktu subur adalah anggaran, mungkin awal atau lewat 1-2 hari daripada hari ke-14.


Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda - hari subur sekitar hari ke-14 dalam kitar haid. Begitu juga kalau period anda tetap 30 hari atau 35 hari. Dengan menanda di kalendar, anda akan nampak paten period anda & boleh mengagak waktu subur.

Masalah timbul jika period tak tetap. Tapi mungkin dengan menanda di kalendar, anda boleh melihat paten period & mengagak waktu subur. Ataupun dapatkan nasihat doktor untuk mengesan kenapa period anda tak tetap.

🌷Menganggar waktu bersama.


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang,
iaitu dalam 12-24 jam selepas ovulasi atau ada yang mengatakan 24-48 jam selepas ovulasi. Bagaimanapun peluang harus direbut dalam tempoh yang singkat.

Namun, ciptaan Allah sangat adil kerana sperma diciptakan dengan jangka hayat yang lama & berjuta2 sperma dibebaskan setiap kali ejakulasi.

Untuk pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak, dinasihatkan untuk bersama dalam 3 hari sebelum & 3 hari selepas waktu subur. Kerana walaupun ovulasi dikatakan berlaku pada hari ke-14, itu juga adalah anggaran sahaja.

Jadi, sama ada ovum keluar lebih awal atau lebih lewat daripada hari ke-14, sperma dah tunggu ovum untuk disenyawakan.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

APAKAH HUKUM "EXTENDED BREASTFEEDING" DALAM ISLAM?

3/23/2016 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

APAKAH HUKUM "EXTENDED BREASTFEEDING" DALAM ISLAM?

الأصل في الأشياء الإباحة
Hukumnya adalam MUBAH/BOLEH

Jika tidak ada dalil yang melarang maka hukum asalnya adalah MUBAH/BOLEH

Demikian juga perkataan para ahli tafsir mengenai ayat,

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” (QS. Al-Baqarah: 233).

Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

” والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين ” انتهى .

“Menambah lebih dari dua tahun atau menguranginya, jika tidak menimbulkan bahaya bagi bayi dan kedua orang tua redha (setuju).”

Syaikul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,

“وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ ” انتهى.

“Firman Allah “selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”, menunjukkan inilah sempurnanya persusuan. Adapun setelah dua tahun maka sama saja seperti makanan biasa.”

Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah ditanya,

ما حكم زيادة الرضاعة عن الحولين؟ وهل صحيح أن الابن الذي يرضع أكثر من الحولين يأتي عاصياً؟

Apa hukum menambah masa meyusui lebih dari dua tahun? Apakah benar bahwa anak yang menyusui lebih dari dua tahun akan menjadi nakal?

Beliau menjawab,

الواجب إرضاع الطفل حولين، إلا أن يتفق والداه على فطمه قبل تمامها؛ لقول الله عز وجل: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَة، إلى أن قال سبحانه: فإن أرادا يعني الوالدين: فصالاً يعني فطامه: عن تراض منهما وتشاور فلا جناح عليهما.

وتجوز الزيادة إذا دعت إليها الحاجة، أما ما يقال: إن الراضع بعد الحولين يأتي عاصياً، فلا أعلم له أصلاً، بل هو من كذب بعض الناس. والله ولي التوفيق.

Yang menjadi keharusan adalah menyusui bayi selama dua tahun , kecuali jika kedua orang tua bersepakat untuk menyapihnya sebelum sempurna dua tahun. Sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla, “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. Maksud kata “jika ingin” yaitu kedua orang tua adalah jikia ingin menyapih (wean off), dengan redha dan persetujuan keduanya, maka hal ini tidak mengapa.

Boleh menambah (waktu menyusui lebih dua tahun) jika ada keperluan yang menuntut. Adapun perkataan: menyusui lebih dari dua tahun anak akan menjadi nakal, maka saya tidak mengetahui asalnya bahkan itu merupakan kedustaan sebagian orang.

Di kesempatan lain beliau menjelaskan,

، أما الزيادة على الحولين فإذا دعت إليه الحاجة فلا بأس، كأن يكون لا يشتهي الطعام، أو لأسباب أخرى المقصود أنه إذا دعت الحاجة فلا بأس.

“Adapun menambah menyusui lebih dari dua tahun jika ada keperluan yang menuntut maka tidak mengapa. Misalnya anak tidak berselera makan, atau sebab yang lain. Jika ada keperluan yang menuntut maka tidak mengapa.”

Memang ada riwayat dari seorang tabi’in (murid sahabat) larangan hal ini, Al-Imam Ibnu Abi Syaibah dalam Mushonnaf-nya meriwayatkan

عن إبراهيم أن علقمة مر بامرأة وهي ترضع صبيا لها بعد الحولين فقال لا ترضعيه بعد ذلك

Dari Ibrahim, bahwa Alqamah berjalan melewati seorang wanita yang sedang menyusui bayinya setelah 2 tahun, maka ia berkata: “Jangan kamu susui ia setelah itu”.

Larangan beliau di sini bukanlah pengharaman akan tetapi menyusui 2 tahun lebih utama karena itulah nash dari Al-Quran.

SUDUT PANDANGAN PERUBATAN

Terdapat perselisihan pendapat mengenai EXTENDED BREASTFEEDING. Pendapat negatif mengatakan anak akan menjadi manja dan terlalu bergantung pd ibu. Pendapat positif pula
 mengatakan ianya memberikan banyak manfaat pada anak dan ibu. Contohnya:
 1. Anak lebih jarang sakit,
 2. Mengurangi risiko alergi,
 3. Anak menjadi lebih pintar
 4. Mengurangkan risiko kanser rahim.

SARANAN WHO

Setiap ibu digalakkan untuk menyusui anaknya secara exclusive selama enam bulan, dan dilanjutkan sampai satu tahun, dua tahun, atau selama yang boleh.

# Catatan penting:

Secara peribadinya, sy harap semua ibu memberi tumpuan penuh untuk melengkapkan penyusuan exclusive selama 6 bln dan menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu sehingga 24 bulan terlebih dahulu..Jika anda bercadang untuk meneruskan penyusuan ianya bergantung pd MATLAMAT anda sendiri sebagai seorg ibu..

Sy meneruskan penyusuan kerana :-
 1. Suami masih memberi keizinan untuk sy melakukan sedemikian
 2. Anak dan saya masih tidak bersedia untuk putus susu.
 3. Sy menyusukannya hanya kerana untuk memenuhi nalurinya sahaja bukan bertujuan untuk menjadikan susu sy sebagai sumber kalsium utama untuknya kerana sy tahu anak sy sudah makan semua makanan org dewasa.
 4. Bonding yg terjalin di antara kami sukar dimengertikan untuk org luar..hanya ibu yg melaluinya sahaja yang faham.

"EXTENDED BREASTFEEDING" hanya sekadar PILIHAN bukan PAKSAAN!!!

Im 3 years old now..

#nenenator
#extendedbreastfedboy
#mamaBREASTfriend

FB :Noorfazila Binti Abdul Rahman

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

🌷KENAPA SAYA TAK ADA SUSU SELEPAS BERSALIN?🌷

3/19/2016 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

🌷KENAPA SAYA TAK ADA SUSU SELEPAS BERSALIN?🌷

Selepas saya up pasal penghasilan susu badan & sepatutnya semua mak yang mengandung akan menghasilkan susu badan selepas bersalin,

saya terima pertanyaan,

"Kenapa ada je mak yang tak ada susu pun selepas bersalin?"

Keadaan ini dipanggil 'delayed lactogenesis' - penghasilan susu yang lambat, jarak antara penghasilan kolostrum & susu yang banyak lebih panjang (Ramai mak tak kenal kolostrum sehingga mereka sangka itu bukan susu)

Apa yang saya jelaskan dalam post yang pertama tadi adalah dalam keadaan normal tapi harus diingat, hormon2 dalam badan manusia saling berkait rapat antara 1 sama lain. 

Penghasilan susu bukan sahaja dikawal oleh hormon prolaktin, tetapi hormon pembiakan : estrogen, progesteron, human placenta lactogen dan hormon metabolik : insulin, tiroid, glukokortikoid & hormon pertumbuhan.

Contoh : Insulin diperlukan untuk mengangkut nutrient ke dalam kelenjar mammary untuk penghasilan susu. 

Hormon tiroid pula diperlukan untuk penghasilan susu.

🌷Keadaan yang boleh melambatkan penghasilan susu badan atau mungkin tak ada langsung:

--Melahirkan anak pertama

--Tekanan daripada persekitaran / mak dalam kesakitan

--Mak obese

--Mak ada kencing manis

--Mak ada darah tinggi

--Stress semasa melahirkan anak

--Susu badan lambat diberi selepas baby dilahirkan

--Pembedahan czer kecemasan

--Pembedahan / kecederaan pada payudara

--Sisa uri terlekat

--Merokok

--Penyakit hipotiroid / hipo paratiroid

--Kelenjar mammary tidak
mencukupi

--PCOS

--Tumpah darah selepas bersalin dengan sindrom Sheehan's

Jika mak mempunyai masalah di atas, kemungkinan besar penghasilan susu akan terganggu. Namun, kebanyakan penyebabnya masih boleh dikawal.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

Anak kerap terhantuk kepala : bahayakah?

3/19/2016 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Anak kerap terhantuk kepala : bahayakah?

Question: Hi docs, anak saya baru berusia 2 tahun . Dalam tempoh pembesaran dia sehingga hari ini , dia telah mengalami hentakan yang agak kuat di kepala .dia pernah beberapa kali tergelincir , terjatuh ,tersembam dan sebagainya. Sehingga ada benjol di kepala . apa yang saya laku kan ialah dengan tuam kepala anak saya dengan tuala panas atau bantal panas . Apa yang merisau kan saya apakah kesan daripada hantukan yang kuat di masa akan dtg? Sekarang anak saya sihat dan membesar seperti kanak kanak lain malah semakin cerdik. Adakah di masa akan datang kesannya boleh menyebab kan darah beku ke jika tidak mengaambil tindakan ?

Saya tunggu jawapan doktor , Terima kasih doktor .
(Nur Zulyka)

Answer: Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Untuk menjawab persoalam Puan saya perlu menerangkan sedikit mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius dapat difahami dan langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

Apabila anak terjatuh dan mengalami hentakan di kepala, saya rasa semua ibu bapa akan menjadi risau kerana takutkan pendarahan di dalam kepala tetapi tidak semua hentakan mesti disusuli dengan pendarahan. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak (‘skull’) dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.

head1
‘Scalp’ = Kulit Kepala ‘Periosteum’ dan ‘Skull bone’ = Tengkorak ‘Dura mater’, ‘Subdural space’, ‘Subarachnoid space’ dan ‘Brain’ =
sebahagian dari struktur-struktur Otak

Kesan kepada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak serius tetapi secara visualnya ia boleh membimbangkan ibubapa. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius. Usaha perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.

head10

Selain dari luka ada juga kecederaan kepada kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol tersebut boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ini bermaknanya ianya pendarahan tersebut di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.

Walaupun begitu apabila ada benjol ianya tidak bermaksud pendarahan hanya berlaku di luar otak dan tiada pendarahan berlaku dalaman otak. Mangsa masih perlu diberi perhatian jika dia menunjukkan simptom-simptom yang menandakan pendarahan dalaman otak, mangsa perlu dibawa untuk rawatan segera yang akan saya terangkan nanti. Benjol di kepala yg disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu untuk hilang sepenuhnya.

Mangsa mungkin akan merasa sakit di tempat benjolan tersebut dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang. ‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.

head11

Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecedaraan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit. Ini bermakna jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan ianya tidak bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak. Kesan hentakan kepada tengkorak yang serius adalah keretakan kepada tengkorak. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ianya bermaksud hentakan yang sangat kuat dan ada risiko kesan serius kepada saraf dan otak. Ianya juga akan menyebabkan otak terdedah kepada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.

Selain daripada keretakan tengkorak, kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak. Bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana di dalam otak. Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak adalah :-

Pengsan selepas trauma
Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua badan tidak boleh bergerak
Amnesia/Hilang ingatan
Keliru
Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya
Sawan
Muntah lebih dari sekali
Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah
Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga
‘Pupils’ atau mata hitam tidak sama saiz
Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa mangsa ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas. Selain dari itu ibubapa juga dinasihatkan untuk

Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
Memberi makanan yang mudah dihadam seperti bubur dan buah-buahan.
Membenarkan anak membuat atau bermain aktiviti-aktiviti yang ringan. Aktiviti berat dan ‘contact sports’ harus dielakkan dahulu. Aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan hentakan kepala harus dielakkan juga
Mengelakkan dahulu aktiviti-aktiviti yang memerlukan konsentrasi seperti membaca dan membuat kerja sekolah
Membenarkan anak untuk tidur apabila kembali daripada hospital. Bagaimanapun anak hendaklah perlu diperiksa dan dikejutkan secara lembut setiap 2-3 jam. Jangan dibiarkan anak tanpa perhatian dalam tempoh 24 jam pertama.
Apabila dikejutkan cuba bertanya soalan-soalan mudah seperti nama mereka
Cuba lihat mata hitam mereka (‘pupils’) jika saiznya sama. Jika berbeza hendaklah dibawa terus kepada doktor. (Anda mungkin tidak dapat memastikan ini, maka sekiranya musykil, dapatkan pemeriksaan doktor)
head7

Jika mangsa tiada simptom-simptom seperti yang dinyatakan sebelum ini, keberangkalian pendarahan dalaman otak adalah tipis tetapi untuk mangsa pulih sepenuhnya daripada hentakan tersebut boleh mengambil masa berminggu malah ada yang hingga berbulan untuk pulih sepenuhnya. Bagaimanapun kebanyakan kes yang tiada tanda pendarahan dalaman otak, mereka akan pulih sepenuhnya tanpa ada apa-apa kesan jangka masa panjang walaupun tempoh untuk pulih mengambil masa yang lama.

Jika anak Puan membesar dengan sihat dan semakin cerdik, Puan tidak perlu risau akan darah beku atau kesan hantukan tersebut jika ada sekali pun darah beku ianya sudah diserap ke tisu sekeliling tempat hentakan tersebut seperti saya nyatakan sebelum ini.

‘Beringat Sebelum Terkena’.

Kita sering nampak ayat ini di kain pemidang di jalanraya mahu pun di televisyen. Pencegahan adalah lebih baik dari mengubat. Walaupun tiada kanak-kanak yang tidak pernah jatuh langsung seumur hidup mereka tetapi ada langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko anak mengalami hentakan atau jatuh di rumah. Antaranya

Memasang ‘grill/window guard’ kepada semua tingkap yang boleh dibuka di rumah
Memasang pagar keselamatan pada tangga rumah jika ada
Memastikan tiada barang-barang atau mainan pada tangga yang boleh menyebabkan anak terpijak dan jatuh
Memastikan anak tidak bermain-main di tangga atau pun melompat-lompat antara perabot
Jangan membiarkan bayi/anak kecil di tempat tinggi seperti atas katil atau sofa
Memastikan palang katil/’cot’ sentiasa diangkat apabila anak di dalam ‘cot’
Jika boleh tidak membeli permainan ‘trampoline’ untuk digunakan di rumah
Jika berbasikal, bermain papan roda (‘skateboard’) atau kasut roda hendaklah memastikan topi keledar dipakai
Menggunakan ‘car seat’ khusus untuk anak (bergantung pada umur) apabila menaiki kereta

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

AIS KRIM MALAYSIA YOGURT DAN BUAH SIHAT

3/19/2016 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Aiskrim Sihat
============

Susu segar
Air yogurt tanpa perisa, gula dan pewarna tiruan
Mangga
Epal merah
.
Isi dalam plastik ais krim malaysia
.
Atau acuan aiskrim
.
Atau bekas tupperware
.
Siap!!
.
Bekukan
.
Dah beku... boleh makan!!!
Dengan tanpa rasa bersalah😉😉😉

#eatclean 
#eatcleanmalaysia



0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah