RESEPI KUIH CARA MUDAH DAN SEDAP

7/16/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Kuih Cara


Ini adalah kuih kegemaran saya masa kecik-kecik dulu....selalu mak buat waktu makan pagi sbb dulu2 santan kelapa memang senang dapat kan....bahan memang sedia ada je kan....mak bancuh saya tukang masaknye je.....best sangat ...rasa macam main masak2 je hu hu

part yang paling seronok adalah masa nak letak gula tu...kadang2 siap gilir2 dengan adik sebab seronok he he
 
 
BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung gandum

3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)

2 biji telur

3 helai daun pandan

Beberapa titik pewarna hijau (kalau suka ye….daun pandan pun dah cukup sebenarnya)

Gula pasir secukupnya, sebagai inti (saya guna ½ sudu teh untuk satu acuan)

Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)

Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

Kredit to :Mat Gebu

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah