RESEPI CORNFLAKES COKLAT YANG MUDAH

7/22/2013 damiaamna 0 Comments

CORNFLAKES COKLAT
 
 Saya suka buat sendiri biskut raya sebab saya terdiri daripada ahli keluarga yang besar....sebelah saya ada 8 orang adik beradik, sebelah suami terdiri daripada 9 orang adik beradik...jadi beli berkumpul pada hari Raya.......tak cukup kalau nak beli sejenis kuih yang hanya ada 50 biji tu....so saya pun akan buat kuih yang mudah dan disukai oleh anak-anak......jom cuba resepi yang ringkas niiiii
 
 
 
Bahan-bahan
 
1 kg cornflakes
1 kg coklat masakan
4 senduk peanut butter
4 senduk minyak Mazola
coklat rice berwarna warni
cawan kertas
 
 
Cara membuat:
  1. Caranya mudah sahaja, leburkan coklat masakan dalam kuali bersama peanut butter dan minyak Mazola.... kemudian masukkan cornflakes yang telah diramas....gaul sebati.
  2. Angkat kuali dan letakkan atas bekas yang berisi air panas ( untuk elakkan coklat terus beku ).
  3. Gunakan sudu untuk masukkan cornflakes coklat ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat rice untuk hiasan.
  4. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.....bila dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara..
  5. dah siap kuih raya kita he he ....senang je kan

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah