RESEPI ROTI SOSEJ MINI KESUKAAN ANAK-ANAK

12/12/2012 damiaamna 0 Comments

ROTI SOSEJ

Roti sosej ni adalah makanan kegemaran anak-anak saya....saya akan buatkan kalau diorang ada akviti sekolah...so boleh dijadikan bekalan....walaupun boleh beli je dari bakery....lagi puas rasanya kalau dapat buat sendiri....jom kita buat ni untuk gembirakan anak-anak

BAHAN-BAHAN :

250 gm tepung gandum
140 ml fresh milk ( aku guna susu dutch lady low fat je)
2 sudu besar majerin
2 1/2 sudu besar gula
1 /12 - 2 sudu kecil dry yeast ( 1 sudu pun boleh )
1/2 sudu kecil garam halus (jgn lupa ye.....nanti kureng rasa dia)

BAHAN ASAS

12 batang sosej direbus dan ditoskan dan dipotong 2 (24 la hasilnye ye)
majerin untuk sapu atas roti (aku tak buat sebab malas nak sapu)


CARA-CARANYE:

  1. Masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli doh menjadi licin elastik dan TIDAK MELEKAT ditangan atau selama 15 minit.
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling/wrapping atau kain lembap.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang 2 kali ganda lebih kurang 30-45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan udara di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 24 bahagian, bulat-bulatkan.
  6. Ambil satu bahagian, uli panjang dan kemudian lilit pada sosej. Selitkan kedua-dua hujung ke dalam dengan kemas supaya tak terbuka semasa doh mengembang. Tinggalkan sedikit ruang dihujung sosej dengan tidak berbalut dengan doh supaya bila doh mengembang doh tidak terkeluar dari sosej.
  7. Ulang langkah diatas sehingga selesai.
  8. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 30 minit.
  9. Bakar dengan suhu 180 darjah sehingga masak selama 12-18 minit bergantung pada jenis oven.
  10. Sapu majering di permukaan roti untuk mengilatkannya.(aku malas buat)

TIPS
  • Elak dari mencampurkan dry yeast sekali dengan garam kerana garam boleh mengurangkan keaktifan dry yeast Yeast tak nak kembang laaa
  • Simpan roti yang disejukkan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan dari menjadi keras.
  • Menggunakan resepi yang sama boleh juga buat roti kacang merah....cuma tukar isi dalam sahaja......senang kan


 
Menggunakan resepi yang sama...boleh buat roti kacang merah juga...
 
terpulanglah pada kreativiti masing-masing he he

Kredit to Dapur Mas

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah