BUANG 10KG DALAM MASA 10 MINGGU

8/11/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


BUANG 10KG DALAM MASA 10 MINGGU


Apabila melihat kejayaan puan Hidayah menurunkan berat badan 10kg dalam masa 10 minggu, ramai yang kurang berpuas hati. Ada yang berbunyi"makan ubat la tu" dan ada juga yang berkata "Tak makan nasi la tu!!

Disiplin dalam apa jua yang kita lakukan.

Bila tengok testimoni puan Hidayah ni, ramai yang kurang puas hati kan. Ok meh sini mami nak cerita sikit ye. Alhamdulillah mami sendiri dah cuba lakukan apa yang telah puan Hidayah buat, dan mami berjaya hilangkan berat lebih lurang 1kg dalam masa satu minggu. Tetapi bergantu kepada kesungguhan dan disiplin kita. Kalau tak cukup disiplin, maka tak capai terget 1kg dalam masa seminggu.

Istigomah.


Setiap apa yang ingin kita lakukan perlu dilakukan dengan berterusan. Tak boleh la buat dalam mas 2 ke 3 minggu kemudian berhenti sekejap dan akan sambung balik kemudian. Maka perlu set the Goal, berapa kehilangan berat yang ingin dicapai.


Hasil yang mengembirakan.


seperti apa yang dikongsikan oleh puan Hidayah bahawa sekiranya kita ingin kurus, perlu  buatnya iaitu Kurus dengan ilmu. Puan Hidaya telah kongsikan pengalaman beliau melalui FB miliknya.

Pengalaman Sendiri.


Di sini mami kongsikan pengalaman mami sendiri sepanjang mami 

Insyaallah dengan diet dan pengambila ari putih yang mencukupi serta berdisiplin, mami berjaya turunkan berat 1 kg dalam masa satu minggu.









Perlu juga workout!!!!


bab ni yang selalu kita malas kan. Maka di sini la penentunya capaian target mingguan penurunan berat kita.

Perlukan tips???
Jom cari mami

shaklee sabah


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI KARI DAGING UMPH!!!!

8/11/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

RESEPI KARI DAGING UMPH!!!!



Assalamualaikum semua, dah masak untuk menu tengah hari ke belum. Ada daging tapi rasa dah jemu asyik masak daging merah, daging goreng kunyit dan sebagainya. Jom tengok macam mana nak masak kari daging Umph!!!
kata orang utara gulai daging.

kari daging

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging (mami masak daging rusa)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • rempah 4 sekawan
  • Minyak untuk menumis
  • 1 paket rempah kari daging (mami pakai cap babas) kisar dengan bawang
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 5 ulang bawang merah  (dikisar)
  • 3 ulas bawang puting  (dikisar)
  • 1 inci halia  (dikisar)
  • 3 biji kentang di potong
  • 1 sb kerisik
  • santan dari 1/2 biji kelapa ( dalam 2 1/2 cawan)
  • garam dan gula sebagai perasa


kari daging


kari daging


bawang kisar, bagus masukkan sekali serbuk kari ye

 Cara memasak:

1. Tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau


2. Masukkan bawang merah,putih dan halia sehingga kekuningan.


3. Masukkan bahan kisar bersama serbuk rempah dan kacau sehingga pecah minyak ye.


4. Masukkan daginga yang dipotong halus dan gaul sebati.


5. Masukkan pula kentang yang telah dipotong tadi dan gaul sebati.


6. Tutup sekejap periuk supaya daging dan kentang tadi cepat empuk.


7. Masukkan kerisik dan gaul lagi. 


8. Akhir sekali masukkan santan dan kemudian perasakan dengan garam dan gula.


  Eh! dah pun siap masak gulai a.k.a kari daging rusa ni. Mudah je sebenarnya. yang penting ada bahan-bahan dan memasak he he.

Selamat Mencuba semua

nak cari Supplemen pun boleh



0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KENAPA INCENTIVE TRIP SHAKLEE SANGAT BEST SAMPAI SEMUA ORANG TERLIUR NAK IKUT

8/07/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

KENAPA INCENTIVE TRIP SHAKLEE SANGAT BEST SAMPAI SEMUA ORANG TERLIUR NAK IKUT



Kenapa incentive Shaklee sangat best sampai semua orang terliur?

Bila melihat gambar Incentive trip Shaklee saja pun dah buat semangat lain macam. Memang terasa sangat dengan gambar trip mereka. Daripada gambar ini saja rasa macam banyak yang perlu ditingkatkan untuk melayakkan diri mendapat incentive trip shaklee iaitu percutian yang ditaja penuh yang bertaraf 6 bintang.


Betul-betul travel yang bukan sekadar cop passport.


Kenapa travel sekadar cop passport pula? Ini memang kisah yang diceritkan sendiri oleh seseorang yang mendapat incentive trip dari syarikat MLM bukan Shaklee. Dan kisahnya lebih kurang begini 

Beliau mendapat tajaan percutian ke London selama 4 hari.

Erk!!! Empat hari sempat ke nak berjalan??? Maka inilah jadual perjalanannya.

Hari pertama - Bertolak dengan Malaysia Airline (MAS) dengan menaiki pesawat pada jam 11.15 malam dan sampai ke destinasi 5.55 pagi keesokanya, iaitu dah masuk hari kedua

Hari kedua - Jalan-jalan dan shopping mall yang memang banyak pilihan kat sana ataupun masuk muzium yang percuma dan kemudian Check in hotel untuk bermalam.

Hari ketiga - masih sama jadualnya, free and easy lagi, Check out hotel dan semua sambung shoping sekitar Oxford street. kemudian sebelah malamnya telah berngkat pulang dengan Pesawat MAS jam 11.35 malam.

hari keempat - sampai KLIA jam 5.50 petang.

Ini bukan percutian 4 hari, tapi percutian 2 hari je sebenarnya kan. perjalanan sahaja sudah memakan masa 2 hari untuk pergi dan balik.Aduh! letihnya badan.


Reward yang sepatutnya

Jujur nak bagi bagi reward, bukan setakat acah-acah tapi kedekut sebenarnya.

Incentive Trip Shaklee memang betul-betul reward. Pakej yang ditawarkan kalau bukan bertaraf 5 bintang memang tak sah la jawabnya.




Jadual perjalanan yang penuh.


Setiap masa ada aktiviti yang dirancang yang tidak boleh didapati melalui mana-mana ajensi pelancongan yang lain. Jadual yang telah dirancang oleh pihak kompeni sangat bermakna,


Bukan sekadar berhenti suatu tempat untuk menyetakan pernah sampai sahaja.


Setiap yang dikunjungi adalah sangat menarik dan telah dirancang khas apa jua aktiviti . perjalanan yang ditempuhi bukan sekadar hanya hendak menyetakan peserta pernah sampai atau melalui sahaja.


Boleh juga dijadikan sebagai hadiah percutian keluarga.


Incentive Shaklee juga boleh dijadikan sebagai hadiah percutian buat keluarga tercinta sama ada membawa mak, ayah serta anak-anak juga, tak krang juga yang membawa ibu bapa mertua.


Benar-benar hormat keperluan muslim.


Setiap tempat yang dikunjung akan disajikan makanan halal khas kepada peserta mulim malah ruang atau tempat solat juga disediakan. malahan Jadual waktu solat bagi kawasan setempat yang dikunjungi turut disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan rancangan perjalanan.


Semua SID berhak mendapat peluang yang sama.


Peluang incantive shaklee adalah terbuka kepada semua pengedar yang layak, dalam erti kata lain semua orang patut melayakkan diri menerima incentive ini.


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TARIKAN PEMANDANGAN INDAH DI KOTA BELUD

8/04/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Apa yang menarik dan indahnya di Kota Belud


Kota Belud yang juga bermaksud 'Kota Bukit' yang terdiri daripada etnik Bajau Kuda di mana kita boleh lihat mercu tanda Kota Belud adalah replika kudanya di situ. 

Tarikan Keindahan Kota Belud


Kota Belud mempunyai tarikan keindahan yang tersendiri iaitu sungai yang sangat cantik. Sungai yang merupakan kawasan air bukit yang mengalir deras dan jernih serta menghadap pemandangan Gunung Kinabalu.

Kawasan perkelahan Keluarga 



Terdapat tempat perkelahan yang sangat cantik dengan pemandangan menghadap gunung Kinabalu dan juga air sungai yang sungguh jernih. Bila beradan di kawasan dapat rasakan ketenteraman dan udara yang sangat nyaman tanpa sebarang pencemaran.

Air sungai yang jernih dan sejuk sekali


Kehijauan bukit dan kebiruan langit dan suasana tenang.




Si kecil juga tidak ketinggalan menikmati kedinginan air sungai yang jernih ini

Pemandangan cantik sepanjang perjalanan dan kehijauan






Keindahan pemandangan seolah-olah anda berada di luar negara.




Terasa sekejap sangat masa disini. Insyaallah kami sekeluargan akan kembali lagi ke sini untuk beriadah dan menikmati keindahan alam semula jadi.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah