AMALAN MALAM DAN HARI JUMAAT

10/25/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, Jumaat adalah hari Nabi Adam A.S diciptakan, hari Nabi Adam A.S diturunkan kedunia dan yang paling harus diingati ialah hari berlakunya Kiamat.....tetapi adakah kita sedar bahawa pada hari tersebut adalah lebih afdhal kalau melakukan amalan2 yang baik sebagai menghormati penghulu segala hari itu.... marilah kita saling ingat-mengingati......
 
 
 
Amalan Dan Ibadat Pada Malam Dan Hari Jumaat
 

1.    Solat Subuh berjemaah

 

Dari Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya:

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)

 

 Pahala sembahyang Subuh berjemaah adalah yang paling besar diantara sembahyang berjemaah yang lain.

 

2.    Membaca surah Al-Kahfi pada siangnya

 

Dari Ibnu Umar r.a katanya:

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat”


 

3.    Membaca surah Al-Kahfi pada malamnya

 

Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud)

 

 “sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”

 

4.    Memperbanyakkan sedeqah Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya: (bermaksud)

 

“Bersedeqah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”

 

5.    Membaca surah Ad-Dukhaan

 

Dari Abu Hurairah r.a, katanya,

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).

 

Abu Umamah r.a, katanya

 

 “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat, Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)

 

6.    Membaca surah Yasiin pada malam Jumaat

 

Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

 

 “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni” (Al-Baihaqi)

 

7.    Zikir memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat

 

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

 

 “Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)

 

8.    Memperbanyakkan selawat

 

Abu Umamah r.a katanya:

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi)



kredit to fuh.my

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

INDAHNYA SAAT MELAHIRKAN

10/07/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Masih tak dapat melupakan saat2 aku disatukan dengan suami tercinta.....saat meniti alam kehidupan berumahtangga.....aku disatukan pada tanggal 23 Mei 2004 dengan berwalikan ayahku di Masjid Kuala Sungai Muda selepas waktu asar.
 
 
 
 
IMAN DARWISY
 
Inilah wajah yang menjadi penyeri hidup kami setelah mendirikan rumah tangga, Putera Sulungku yang diberi nama Iman Darwisy Bin Mohd Zulmajdi Rafidi. Mengikut jangkaan putera sulung dijangkakan lahir pada 1 Januari 2006, tetapi Allah telah telah menetapkan lebih awal iaitu 30 Disember 2005 seberat 3.55 kg pada jam 10 malam.....

 
Walaupun aku mengalami alahan yang teruk semassa kandungan anak sulung, Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan semasa melahirkan anak sulung tidak memberikan rasa serik untuk memiliki anak lagi, dan yang lebih menggembirakan Allah lengkapkan lagi dengan kelahiran Puteri keduaku yang diberi nama Nurin Damia Binti Mohd Zulmajdi Rafidi......kelahiran puteriku juga sama situasi seperti bayi sulungku iaitu 2 awal dari tarikh jangkaannya......pada tanggal 26 April 2007 seberat 3.15 kg.
 


 
Dalam kesibukan diri aku menyambung pelajaran peringkat sarjana muda, rezeki Allah tak pernah putus, Anak ketiga lahir pada hari raya ke-5 Aidilfitri
 iaitu bersamaan 24 September 2009. ini adalah puteraku yang paling sihat dengan berat 3.6 kg semasa dilahirkan dan lahir 10 hari lebih awal dari tarikh yang dijangkakan. Putera yang sihat ini diberi nama Muhammad Dinie Bin Mohd Zulmajdi Rafidi.
 
 Ini pula putera kami yang terbaru......putera yang ketiga dalam keluargaku yang diberi nama Iman Daris Hamizan Bin Mohd Zulmajdi Rafidi ini selamat dilahirkan pada 22 Sepetember 2013 pada jam 4.48 petang dengan berat 3 kg.......

Setiap kandungan dan kelahiran memberikan kenangan yang berbeza-beza buat diriku dan juga suami dengan sakit dan juga alahan mengandung yang berbeza2, namun ia tak akan merubah perasaan seorang ibu untuk terus memiliki zuriat ,.....itulah nikmat perasaan yang Allah  berikan untuk wanita yang bergelar ibu....itulah juga nikmat dan kelebihan yang Allah berikan kepada wanita yang tidak terdapat pada mana2 lelaki initu nikmat memiliki Rahim ........
 


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah