CARA MEMOTONG KUKU BAYI

12/20/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Potong Kuku
 
Mempunyai anak kecil memang mengujakan, tapi ramai juga yang mengeluh dalam mengendalikan bayi comel ini sebab tak pandai dan tak ada pengalaman....terutama bila sampai bab mandikan dan memotong kuku bayi....

Agak mencabar juga sebenarnya memotong kuku bayi ni kalau tak begitu hati-hati, saya sendiri pernah memotong kuku bayi sehingga terpotong isinya sekali...apalagi, berdarah laaa, saat melihat darah sikecil yang tak berhenti, air mata mula mengalir dan badan rasa menggigil sebab panic....
bagi mengelakkan situasi ini berlaku lagi,apa kata kita ikut tips mudah ini....


Cara potong kuku bayi
 

Tips Memotong Kuku Bayi

 
  1. Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah peralatan memotong kuku bayi, sebaiknya gunakan pemotong kuku bayi ye....murah je kat kedai bayi atau supermarket pun boleh dapat.
  2. Sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau ketika bayi sedang tidur ini kerana bayi tidak banyak bergerak dan kerja memotong kuku lebih mudah di lakukan.
  3. Gunakan pemotong kuku bersaiz kecil atau di khaskan untuk bayi. Dan tekan kulit bawah kuku bagi memudahkan anda melihat bahagian kuku dan kuli bayi.
  4. Boleh haluskan hujung kuku yang tajam selepas di potong dgn kikir kuku jika perlu.
  5. Jika anda tidak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu.
  6. pastikan juga anda berada dalam bilik yang terang dan juga dibawah lampu yang menggunakan cahaya putih ye....
  7. kalau anda menyusu bayi anda, boleh gunakan waktu menyusu untuk memotong kuku



 
pegang tangan bayi supaya tidak banyak bergerak

contoh alatan memotong kuku bayi

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

CAMERON HIGHLAND JADI RUMAH PERSINGGAHAN BUAT KAMI

12/11/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

 
Rasanya ade diantara kita yang masih belum sampai ke kawasan Tanah Tinggi Cameron......walaupun ramai yang memberi komen bahawa Cameron Highland dah kurang sejuk berbanding dulu kerana factor perubahan cuaca dan muka bumi...
 
Bagi aku dan keluarga yang berkerja dan menetap di Ipoh, Cameron dah jadi macam rumah persinggahan kedua kami tatkala cuti dan tak tahu nak kemana..... ini kerana ada kemudahan jalan baru...jadi untuk kami ke Cameron dari Ipoh memalui Jalan Simpang Pulai hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas......tak perlukan tol.....jimat duit dan masa....
 
 
CAMERON
Bharat Tea Plantation

CAMERON
 
Tak tahu nak kemana atau nak tuju mana dulu....hhmmmm kalau anda naik dari arah Tapah, anda akan Jumpa Tanah Rata dahulu, so kawasan ni pun banyak Hotel......ke atas sedikt akan jumpa Berinchang......saya suka menginap di Berinchang.....lebih mudah untuk bergerak ke kedai, pasar malam dan sebagainya....ianya tertumpu dalam satu kawasan.....tak perlu berkereta.....

 
Tempat Menarik di Cameron Highland:
 ada banyak juga tempat untuk anda lawati.....bagi yg first time....boleh pergi ke Taman Rama-rama,.....Cactus Valey......Rose Valey......
 
 
Di Tanah Rata.... anda boleh pergi ke Taman Agroteknologi Mardi, bayaran masuk RM3.00 untuk dewassa dan RM 1.50 untuk kanak2 berumur 7 thn keatas, kat sini ada :
Taman Inggeris, Kebun Strawberry, Kebun Teh, Plot Bunga-Bungaan, Plot Sayur-Sayuran, Plot Anggur, Plot Organik, Plot Kajian Tanaman, Taman Ros, Taman Herba, Rumah Orkid, Rumah Penginapan Inggeris, Museum Teh, Pusat Jualan dan lain-lain. Selamat berkunjung!.

 
nak melawat Ladang Teh Boh Sungai Palas....tapi agak mencabar sikit untuk sampai ke ladang ni......kalau anda kurang yankin untuk memandu kawasan sempit dan bertebing, jangan pergi ye.....Boleh pergi hentian Bharat Tea Plantation.....kat Tepi jalan je, ada dua hentian, satu kat Tanah Rata, dan satu lagi kat Teringkap(kalau tak salah), selepas Lavender Farm.....kat Lavender Farm ni pun menarik juga, baru je buka tempat ni, bayaran masuk RM5.00...berbumbung, so takde masalah la kalau hari hujan....

Lavender Farm

Lavender Farm





Lavender Farm...self pick..sekuntum RM2

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi MArdi

kampong tradisional Taman Sedia
tak tahu nak kemana lagi, boleh juga berkunjung ke Taman Sedia....kawasan perkampungan Melayu di Tanah Rata...
 
 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BERSIAR-SIAR DI LUMUT DAN PULAU PANGKOR

12/05/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Lumut
 
Bagi yang gemar bercuti di Malaysia...Lumut dan Pulau Pangkor merupakan salah satu tempat percutian yang menarik...anda bleh memilih untuk bermalam di Lumut atau di dalam pulau.
Gambar ini adalah pemandangan waktu pagi dari Best Western Marina Island Resort Pangkor di Teluk Muroh, Teluk Batik, Lumut

Lumut

Lumut



Jeti private milikBest Wester Marina Island Resort Pankor.....perjalanan menaiki fari dari sini hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Pulau Pangkor.....dan ianya lebih selesa berbanding menaiki feri dari jeti Lumut...

dalam feri ntuk ke Pulau Pangkor.....kami hanya mengambil masa 1 hari untuk menjelajah ke seluruh Pulau Pangkor dengan menaiki teksi sewa dengan harga sekitar RM60 sahaja....teksi pula adalah van dan sesuai untuk memuatkan seisi keluarga yang besar....

Kota Belanda..Pulau Pangkor

 
Kilang sate ikan dan produk Laut Pangkor, membeli belah di Pulau Pangkor lebih murah sedikit dari membeli dari Lumut.

Pantai Teluk Nipah, Pangkor

Kota Belanda

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

MAJLIS BERKHATAN ANAK SULUNGKU

12/05/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

IMAN DARWISY
 
Tak kusangka rupanya anakku telah meningkat remaja, ada tuntutan agama yang perlu diselesaikan sebagai umat Islam. Berkhatan bagi anak lelaki perlu mengikut tuntutan Islam. Sebagai ibu bapa, teruja untuk melangsungkan ibadat ini dengan majlis yang agak meriah.... sebenarnya ia juga merupakan aktiviti kemasyarakatan penduduk Taman perumahan yang kami diami.... taman perumahan yang kami diami masih baru dibuka..... dan majlis berkhatan anak penduduk setempat adalah pertama kali dilakukan.
 
 

MAJLIS KHATAN
 
Walaupun baru pertama kali dijalankan ...ianya berjalan dengan meriah.....Majlis bermula dengan jamuan sarapan atau makan pagi hasil kutipan semua keluarga peserta berkhatan....
 
peserta berkhatan diarak dengan kumpulan kompang yang dijemput dari kampong berdekatan....
 berikutnya penyampaian sampul duit dari wakil penduduk dan juga pemimpin masyarakat kepada peserta berkhatan sebagai galakan.
 
 

MAJLIS KHATAN

 
Berikutnya adalah majlis bersiram beramai dengan kerjasama pihak Bomba....kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini.....

 menanti giliran untuk berkhatan yang dijalankan oleh pihak Pejabat kesihatan........

 
selesai berkhatan......
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah