RESEPI MASAK PUTIH TELUR A.K.A KURMA TELUR YANG SEDAP DAN MUDAH

9/06/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

RESEPI MASAK PUTIH TELUR A.K.A KURMA TELUR YANG SEDAP DAN MUDAH


resepi kurma telur

Hidangan majlis perkahwinan.

Masak putih telur ni sebenarnya merupakan salah satu menu majlis kenduri kahwin, mami memang suka sangat masakan ni masa kecik kecik dulu. Ye la budak biasa kurang gemar daging sebab serat daging selalu lekat kat gigi he he. Ada juga yang memang menyediakan menu kurma telur ni bagi yang tak makan daging. 
Mudah je nak sediakan hidangan ni, cuma kena kena minta aura rajin je sikit he he.


Bahan-bahan :


  • 6 biji telur ayam
  • 1 pek kecil serbuk rempah kurma (tak kisah la jenama apa pun)
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana
  • 2 biji kentang
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar dipotong 6
  • minyak untuk menumis

Bahan tumis

  • kulit kayu mains
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
  • buah pelaga

Bahan kisar

  • 5 ulas bawang merah  }
  • 3 ulas bawang putih    }     Kiasr bersama serbuk rempah
  • 1 inci halia                   }




Bawang dan halia yang dikisar bersama serbuk rempah


kentang dan lobak merah dipotong dan lada merah sebagai penyeri

Telur yang telah direbus dan dibuang kulitnya.


Santan pekat dan santan cair

asam gelugur


Cara Memasak :


Tumis rempah

Tumis bahan kisar bersama serbuk rempah sehingga pecah minyak

Masukkan santan cair


Masukkan kentang dan lobak merah

Masukkan telur setelah kentang dan lobak empuk sedikit.

Masukkan santan pekat.

Masukkan garam dan gula dan masukkan bawang potong dan lada merah.

Dah pun siap hidangan kurma telur, sedap dihidang dengan nasi minyak atau beriani. Selamat mencuba semua.




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah