RESEPI BILIS SIRA CILI SEDAP UNTUK SAHUR

6/28/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

sambal bilis

Resepi bilis sira cili ni biasanya buat sebab malas Masak, Jadi sekali Masak je dan  boleh simpan lama....so Masak la banyak sikit.....jimat Tenaga A.K.A MALAS ha ha....

Bahan-bahan

500 gm ikan bilis (pilih jenis rangup ye)

Bahan kisar
15 Biji cili kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 labu bawang besar
Belacan Kalu Suka ye

2 sb gula
1 st garam
2 keping asam gelugur

Minyak untuk goreng bilis dan juga tumis



Cara-cara memasak

Goreng ikan bilis sehingga rangup dan ketepikan.


Tumis cili yang dikisar tadi Dengan minyak yang Lebih sikit dan sehingga pecah minyak.


Biarkan air cili kisar tadi kering sedikit kemudian masukkan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bilis goreng tadi, Gaul sebati dan angkat.
 


Simpan dalam bekas kedap udara supaya Kekal rangup.




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KETIDAKSUBURAN WANITA

6/23/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

 
 
 

Masalah ketidaksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir satu dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Untuk perempuan, isu kesuburan yang paling biasa adalah keseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulasi. Berikut adalah beberapa masalah umum yang mungkin memperlahankan dan mengganggu wanita yang cuba untuk hamil:

Gangguan Ovulasi
Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon termasuk badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku oleh perubahan ketara dalam berat badan.
 
Gangguan Tiub Fallopio
Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Sebab-sebab yang mungkin termasuk
• Keradangan tiub fallopio
• Sebelumnya pernah mengalami kehamilan ektopik/ kehamilan luar rahim.
• Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan.
• Pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

kredit to :MamaQaireen
 
Endometriosis
Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya bertumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, contohnya dalam tiub fallopio, ovari, atau walaupun pundi kencing atau usus mewujudkan persekitaran yang buruk dalam organ-organ ini tidak sesuai untuk hamil. Puncanya sebenar adalah  tidak diketahui.
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. Satu myoma atau fibroid (pertumbuhan dalam rahim) boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau keguguran.
 
Kecacatan Sistem Pembiakan:
Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kesukaran kehamilan adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina atau gabungan ini.
kredit to : HalyaniCosmetic
 
Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS):
Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari. Dalam kebanyakan kes, gangguan ini dikaitkan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh mengganggu ovulasi.
Gangguan Sistem Imunasi:
Pada kes-kes yang jarang berlaku, sistem imunasi yang cacat boleh menganggap telur atau sperma sebagai 'benda asing', dan menyerang telur atau sperma sebagai 'penceroboh'.
 
Umur- Lewat Usia
Semakin lewat usia anda, peluang anda hamil adalah rendah. Ia juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan wanita. Walaubagaimanapun, ramai wanita lebih daripada 35 tahun juga mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat.


 KREDIT TO :health.mylaunchpad.com

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

AMALAN DAN IBADAH UNTUK MEMPEROLEH ZURIAT

6/23/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Assalamualaikum.... bila bercerita mengenai zuriat, setiap pasangan akan terbayang wajah yang comel dan riang.... tidak semua pasangan yang berkahwin bernasib baik untuk terus memiliki zuriat.... Tetapi apa yang perlu diingat ialah, Stiap yang berlaku adalah Ketentuaan Yang Maha Esa... oleh itu jangan kita lupa untuk meminta dai Nya.....

Hari ini saya nak kongsikan dengan semua orang sedikit Ilmu yang saya dapat Dari Ibu Amirul & Uwais dan Baby Damia Husna


Amalan Dapat Zuriat

1. Amalan yang dicadangkan oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah
- Baik dilakukan oleh isteri dan suami

- Selama 15 hari berturut-turut, dan teruskan sekiranya masih tiada hasil

Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari;

  •  Baca Bismillah 1x
  • Kemudian Selawat Nabi 3x
  • Setelah itu sujud
  • Dan baca Kalimah Syahadah 101x
  • (Semasa masih dalam sujud), mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan: “Ya Allah, kurniakanlah kpd hambaMu zuriat yg soleh yg Engkau berkati di dunia dan akhirat"
  • Kemudian tutup doa dgn bacaan Selawat Nabi 3x

 

2. Sebelum jimak, suami hendaklah:

  • Baca Bismillah

  • Melafazkan zikir "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) 11x
  • Baca doa memulakan jimak

 Amalan mendapat zuriat
Kredit to :Doa Ayat Zikir

3. Beberapa amalan zikir yang isteri boleh amalkan setiap hari

- Jika mahu lebih konsisten, bacakan selepas setiap kali solat

- Lebih baik dibacakan ketika setiap kali masa lapang, tanda kita sentiasa mengingati Allah

 
  • "Ya Khaliq" (Maha Pencipta), "Ya Baarii" (Maha Merancang), "Ya Musawwir" (Maha Menjadikan Rupa Bentuk) 1000x sehari

  • "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan AdaNya) 333x sehari
  • "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x - tiupkan dalam air dan minum

 


4. Mengamalkan surah tertentu setiap hari (suami dan isteri)

- Saya amalkan surah Maryam, hampir setiap hari

  • Surah al-Fatihah -  baca 41x antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh dan amalkan selama 40 hari

  • Ayat Kursi - menghindar 1000x kesukaran dunia dan 1000x kesukaran akhirat

  • Surah Maryam - mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat

  • Surah Yusuf - murah rezeki & diberi kemuliaan, terhindar drpd kesulitan hidup

  • Surah Yasin - ditunaikan segala hajat

  • Surah Kahfi - murah rezeki (baca malam Jumaat)

 

5. Amalan ini dicadangkan oleh Ustaz Hanafi Abdul Malek, semasa rancangan Tanyalah Ustaz

- Saya tidak lakukan kerana tidak tahu sebelum ini

             Ambil segenggam kurma (lebih kurang 4 biji)

             Kisarkan bersama 2 gelas susu kambing

             Suami dan isteri minum segelas seorang

             Amalkan sekali seumur hidup (sudah mencukupi)

 

6. Amalkan Doa Nabi Zakaria;

- Setiap kali selepas solat fardhu dan sunat

- Semasa bermusafir

- Sebelum berbuka puasa

- Doa ini memang perlu hafal dimulut dan dihati - amalkan setiap masa

- Sebaiknya, sebelum membaca doa ini, baca dahulu:

                   - Istighfar 11x

                   - Selawat Nabi 11x

                   - Al-Fatihah 1x

                   - Ayat Kursi 1x


  •  Surah Al Imran, ayat 38

 

 
 “Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

 

             Surah al-Anbiya, ayat 89


 

:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”

7. Perbanyakkan bersedekah

              Sedekah membuka pintu rezeki

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”

H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

 

             Setiap harta yang dikeluarkan akan dibalas dengan 700x ganda dan dikurniakan kehidupan yang mudah

Allah Ta’ala berfirman:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”

(Al Baqarah (2) : 261)

 

             Bersedekahlah, walau dimana sahaja Yang penting apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Kemudian, mintalah mereka mendoakan untuk kita agar dikurniakan Allah dengan zuriat yg soleh

 


8. Amalkan Solat Sunat Dhuha

- Waktu: selepas naik matahari (dalam pukul 8pg) sehingga sebelum masuk waktu Zohor

- 2 rakaat atau 4, 6, 8 atau 12 rakaat, dgn 2 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 1 salam

- Niat: Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala

             Solat Dhuha mendatangkan rezeki

Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

 

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda, Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

 

             Diampunkan dosa, walaupun seperti buih di lautan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

  “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

 

             Saya tidak mampu mengamalkan Dhuha setiap hari akibat kekangan kerja (walaupun itu bukan alasan), tetapi banyak kisah yang saya dengar...apabila berhajat dan mengamalkan Dhuha, Allah telah makbulkan hajatnya

 

 9. Amalkan Qiyamullail (Bangun Solat Malam)

- Terutamanya ketika bulan Ramadhan, dan 10 hari terakhir

- Jika dapat melakukan Qiyamullail pada malam Lailatulqadar - InsyaAllah dimakbulkan

- Waktu: tenggelam matahari sehingga terbit fajar sadik (antara Maghrib dan Subuh)

- Waktu terbaik: sepertiga malam terakhir (lebih kurang jam 4 pagi)

- Solat sunat yang boleh dilakukan:

                  - Solat Tahajjud

                  - Solat Taubat

                  - Solat Hajat

                  - Solat Tasbih

                  - Solat Istikharah

                  - Solat Witir

             Waktu paling afdal dan paling mustajab doa

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.”

(HR Muslim)

 

             Lebih baik dari dunia dan seisinya serta darjatnya diangkat disisi Allah

Sabda Rasulullah:

"Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya"

(HR Adam bin Abu Iyas)

 

             Cuba seboleh-bolehnya mengamalkan Qiyamullail setiap malam, sekurang-kurangnya 2 rakaat Sunat Tahajjud. Saya dan suami bersungguh2 melakukan Qiyam di bulan Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir

 

 

10. Khasiat ayat 5-15, Surah Maryam

(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

  • Berpuasa pada hari Jumaat
  • Ketika berbuka, makan kurma sahaja (jgn minum air atau makan mknn lain)
  • Solat Maghrib dan kemudian makan makanan yang ringan (roti, kurma, kuih manis) dan jangan minum air lagi
  • Tuliskan ayat2 ini pada bekas kaca dgn berdakwatkan madu lebah yg tidak disentuh api (madu asli)
  • Kemudian, hapuskan tulisan ini dgn air mutlak - ketepikan
  • Ambil 223 biji kacang putih, baca ayat ini pada biji2 kacang ini
  • Kemudian rebus kacang2 ini dgn api yg besar
  • Sementara tunggu masak, hendaklah suami dan isteri menunaikan solat Isyak secara berjemaah
  • Selesai solat, baca surah Maryam dari mula sehingga habis
  • Kemudian, masukkan air hapusan madu lebah tadi ke dalam rebusan kacang
  • Sebaik2nya, tambah sedikit dgn air anggur
  • Bahagikan campuran kpd dua, minum/makan sehingga habis (suami dan isteri)
  • Setelah selesai, tidurlah satu jam dan kemudian bangunlah utk 'bersama' dgn isteri
  • InsyaAllah...pada malam itu juga Allah akan permudahkan jalan utk mendapatkan zuriat
  • Amalkan selama 3 kali Jumaat secara berturut2

 
11. Khasiat ayat 3 Surah Al-Fatihah

 (Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

             Tulis sebanyak 19x (ayat ini) pada sekeping kertas

             Jadikan azimat oleh wanita yg inginkan zuriat

             InsyaAllah, dengan berkat nama Allah ini, akan dikurniakan zuriat yang soleh

 

 
12. Khasiat Surah Ali-Imran

(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

  • Surah ini jika ditulis dengan menggunakan za'faran
  • Kemudian digantung pada perempuan yang inginkan anak
  • InsyaAllah, hamil

 

 

13. Khasiat ayat 12-14 Surah Al-Mukminun

(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

             Tulis ayat ini pada 7 helai daun limau

             Kemudian, telanlah daun tersebut

             Lalu, minum air susu lembu yg bewarna kuning

             Amalkan selama 3 hari berturut2

             InsyaAllah, hamil

 

 

14. Khasiat gabungan surah-surah tertentu

(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

             Sediakan botol minuman (air minum)

             Bacakan:

             - Surah Al-A'la 70x

             - Surah Al-Insyirah 70x

             - Surah Al-Qadr 70x

             - Surah Al-Kafirun 70x

             - Baca ayat dibawah 70x





             Diminum air ini oleh wanita yang mahukan zuriat

        InsyaAllah, dikurniakan baginya zuriat yang soleh

 
 Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. InsyaAllah...
 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI PAVLOVA

6/17/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments




Mini Pavlova

Yumm yummmy...Sedap rasa Pavlova ni...bagi kekawan yang nak cuba sendiri pavlova ni, sedikit peringatan dari saya ialah, sila jangan derhaka sukatan yang di sediakan ni ye....tak jadi nanti he he...
Tips: sila jangan gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk ok, atau dah bawa keluar dari peti sejuk....Pantang !!!!
 
BAHAN - BAHAN :
Bahan-bahan ( 10 org )

4 bj putih telur gred A
1 cwn gula pasir/gula castor
2 s/mkn tepung jagung
1 s/t cuka mkn
1 s/t esen perasa oren - (tak letak pun takpe)
Topping:
1 cwn fresh cream ( Rich, Value - non diary)
Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur


Cara-cara

  • Pkl putih telur smpi berbuih. Kemudian mskkan gula & pkl smpi sot peak / bertanduk.
  • Mskkan tepung jagung yg telah diayak utk elak 'alien' msk dlm adunan...hehehe
  • Pkl lg adunan td smpi sebati. Setelah sebati mskkan cuka mkn & esen oren. Pkl lg smpi sebati
  • Pnskan oven 10 min awal pd suhu 150©
  • Pd dulang pembakar, ltkkan kertas minyak(yg putih tu ye) kemudian lukiskan bulatan ikut acuan loyang kek size 9
  • Tuangkan adunan pavlova & mskkan dlm oven. Bakar selama 1 jam 20min (slps 1/2 jam turunkan suhu pd 130©)
  • Slps masak biarkan pavlova dlm oven selama 20 min. Kemudian blh lah di topping kan ngan fresh cream & buah2an segar spt strwbrry, kiwi & anggur
  • Utk topping: pkl fresh cream smpi soft peak. Kemudian tuangkan di atas pavlova yg tlh sejuk & hiaskan dgn hirisan fresh fruits td ngan kreaviti anda.


kredit to :My Resepi




Pavlova

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI KUIH SERI AYU

6/17/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments



Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung ubi dan garam

( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

*Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.-
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan-
 
1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

FAHAMI WAKTU SUBUR KITA

6/16/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

SHAKLEE




Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita?

 Ada 2 sebab utama :

 1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

 

BAGAIMANA MENGIRA WAKTU SUBUR?
Kebelakangan ni memang ramai pasangan baru kawin tapi lambat dapat anak. Mengapa? Banyak faktornya antaranya cara pemakanan yang tak sihat dan sebagainya. Tahu tak kira waktu subur? Jika anda mahir mengira waktu subur (Bagi yang normal haid setiap bulan) mudah bagi anda untuk fokus bila waktu perlu samada untuk mendapatkan zuriat atau menjarakkan kehamilan.

Sebelum nak tahu waktu subur kita yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalender kita. Di sini saya cuma ringkaskan seboleh mungkin tentang hari subur dalam bentuk gambarajah yang lebih mudah difahami.

 
PURATA HAID
Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal?



Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

 
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

 
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

 
Waktu Terbaik
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

 
Contohnya,  kitaran haid anda adalah:-

 
 28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur

 
 30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur

 
 35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur

 
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.




Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

•Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan siklus haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan menghitung secara kiraan, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu tubuh. Peningkatan ini terjadi bukan karena wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.

•Cairan Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur memiliki cairan serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cairan serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada kondisi yang sedang tidak subur keadaan cairan serviks terlihat lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.

•Berghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan terlihat lebih bergairah dari biasanya. Hal ini akan terjadi pada wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, gairah meningkat bererti keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.

•Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), posisi serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak berovulasi, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, Anda dapat memasukkan jari Anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka Anda akan dapat menyentuh bagian ujung serviks, rasanya seperti bagian ujung hidung.

•Payudara lembut dari biasa. Situasi masa subur ini hampir sama dengan situasi kehamilan, sehingga banyak sekali hormon yang berkumpul pada masa ini. Dengan begitu, payudara akan terasa lebih lembut dari hari biasanya.

•Terjadinya Flek. Ketika masa subur biasanya wanita mengalami bercak-bercak darah yang tertinggal di celana dalam. Hal ini sering terjadi pada masa subur.

•Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar dalam anda terasa sempit, meskipun tidak kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa terjadi kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam jumlah yang banyak.

•Menggunakan Test Kit Ovulasi. Ianya hampir sama seperti  test pack dalam pengujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan.
Kredit to :Jom Kongsi Pengalaman, Negaraku
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah