TIPS ATASI ANAK-ANAK AKTIF DALAM PESAWAT

6/20/2017 damiaamna 0 Comments

TIPS ATASI ANAK-ANAK AKTIF DALAM PESAWAT



Balik kampung untuk untuk menyambut hari raya bersama orang tua dan sanak saudara di kampung memang sesuatu yang mengujakan. Tetapi bagi kami yang mencari rezeki di seberang laut pula ada lagi kisahnya. Berada dalam pesawat dengan anak-anak yang masih kecil dan sangat aktif sangat merunsingkan. Oleh itu, mami perlu mencari alternatif supaya anak-anak tidak menjadikan padang permainan dalam pesawat. Sebolehnya si kecil akan bangun untuk bergerak dalam pesawat.



Kurangkan rasa bosan anak.



Bagi mengurangkan rasa bosan anak untuk kekal berada di tempat duduk dalam jangka masa yang lama memang sesuatu yang agak sukar. Ada kalanya mami unpan anak dengan tayangan video dalam telefon bimbit. Tetapi malangnya anak akan merasa bosan juga kerana sering ulang video yang sama.


Cari aktiviti menarik.


Oleh kerana si kecil sudah pandai dan dihantar ke taska, maka mami cuba sediakan aktiviti untuknya. aktiviti yang dinamakan BUSY BOOK.

Mami cuba sesuaikan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur si kecil ini. mencari contoh dalam internet dan dengan gigihnya mami jahit tangan semuanya. Sekiranya ibu-ibu di luar sana yang ingin mencuba, adalah sangat dialu-alukan dan boleh jadikan apa yang mami dah buat sebagai panduan. Mami tak cukup masa dan alatan, maka jadilah BUSY BOOK yang tak seberapa ini.


Busy Book
Suai Padan

Busy Book
Waktu

Busy book
Padankan warna

Busy Book
Abacus 1

Busy Book
Abacus 2

Busy Book
Kira Jari 1

Busy Book
Kira jari 2


Jom kenal huruf

busy book







Busy book
Shape

Busy book
kasut


Temani anak-anak bermain.

Bagi ibu-ibu yang ada masalah macam mami, sering rasa runsing apabila nak balik kampung sebab perlu berada 2 jam setengah dalam pesawat. boleh la cuba kaedah ni. Tetapi perlu diingatkan, perlu ada yang menemani anak-anak bermain. Alhamdulillah, si kakak yang berusia 10 tahun sangat suka membantu adiknya melakukan aktiviti begini, malahan si kakak juga yang berusaha bersama-sama mami untuk menyiapkan BUSY BOOK ni.

Set logico primo




Set Logico Primo ni mami dapat semasa beli set buku untuk kanak-kanak dari Grolier semasa Abang Darwisy masih baby lagi, ini bermaksud set ini berusia lebih 11 tahun dan jarang digunakan he he. Ini kerana mami tak begitu rajin dan kurang berkesempatan untuk menggunakan. Alhamdulillah dengan bantuan si kakak ianya berjaya digunakan dan mami manfaatkan masa yang ada dalam pesawat untuk si kecil beraktiviti.


SELAMAT MENCUBA tips atasi anak-anak aktif dalam pesawat dari mami.





0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah