Pencuci pakaian

5/16/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

Softener

5/16/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BASIC H

5/16/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

 
Basic H adalah pencuci serbaguna, selama dgunakan untuk apa jua di dalam atau luar rumah... saya gunakan untuk mencuci buah-buahan yang dibeli dari pasaraya bagi memastikan buah-buahan yang hendak dimakan bebas daripada sisa semburan racun perosak yang digunakan oleh petani.
 
saya juga gunakan Basic H untuk mencuci lantai rumah. Terbaru, saya juga gunakan Basic H sebagai mandian untuk anak saya yang mendapat jangkitan Demam Campat (chickenpox) untuk kurangkan demam dan juga masalah kegatalan pada kulit.
 
 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BETUL KE MEALSHAKE ADA KANDUNGAN MALTODEXTRIN?

5/11/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments



Shaklee

 
 
 

DALAM MealSHake ada Maltodextrin??

Apa itu Maltodextrin??
Maltodextrin adalah sejenis gula tiruan yang dihasilkan utk dimasukkan ke dalam makanan. Pengilang biasanya menghasilkan maltodekstrin dari tepung jagung, dan maltodektrin adalah kurang manis daripada dekstrosa. Walaupun Pentadbiran Makanan dan Dadah menganggap kedua-dua gula ini selamat untuk diambil, tp ianya perlu diambil secara sederhana.
 
Maltodextrin adalah polisakarida yang ringan dan mempunyai rasa yang manis. Pengilang mengeluarkan gula tiruan ini dengan menggunakan asid atau enzim yg diekstrak dari tepung jagung. Proses ini menghasilkan rantaian glukosa sederhana panjang,juga dikenali sebagai dextrose. Pengeluar makanan biasanya menggunakan maltodexrin sebagai bahan tambahan makanan. Sesetengah individu mengalami tindak balas alergi selepas mengambil maltodektrin. Reaksi alahan biasanya menghasilkan gejala seperti ruam, asma dan gatal-gatal.
 
Kegunaan Maltodextrin
 
1) Maltodektrin boleh membantu membekalkan ketahanan tenaga.
2) Selain itu, maltodekstrin menambah kalori untuk minuman bgi para atlit tanpa meningkatkan kepekatan gula. Atlet biasanya mengambil maltodekstrin selepas latihan untuk menggantikan simpanan glikogen dalam otot mereka dan menghalang pecahan protein otot.
3) Industri makanan juga menggunakan maltodekstrin untuk meningkatkan tekstur untuk produk makanan yang dikeluarkan.
4) Sucralose dan maltodekstrin digunakan untuk mengurangkan jumlah kalori yang terdapat dalam pelbagai produk
 
Ia adalah satu alternatif yang popular dan menarik untuk gula biasa kerana ia menyediakan kemanisan dalam hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang anda perlukan untuk mendapatkan rasa yang sama dari gula biasa. Ia murah untuk diproses dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
 
Secara umum,menurut Mayo Clinic pengganti gula dianggap selamat. Apabila digunakan dalam jumlah yang sederhana , walaupun wanita hamil adalah selamat menggunakan produk yang dibuat dengan sucralose . Maltodekstrin merupakan ramuan semula jadi yang mudah dihadam dan mempunyai jumlah kalori yang sama seperti karbohidrat gula, kira-kira empat kalori setiap gram.
 
Maltodextrin boleh meningkatkan tenaga dengan mengekalkan tahap glukosa dalam aliran darah anda, memberi otot anda sumber berterusan tenaga semasa latihan. Disebabkan ia mudah diserap oleh badan, maltodekstrin digunakan untuk meningkatkan berat badan, yang sangat bermanfaat untuk pembina badan.

Jom review apa lagi ada dalam Mealshake
 
 
 kredit to :AMANDA SHOPPE

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

PERIUK KACA kALIS SUHU PELBGAI SAIZ

5/09/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

 
Jom Jamu mata dengan koleksi dari Akojaya.......bagi yang nak menambah koleksi jangan malu dan segan untuk menghubungi saya bagi mendapatkan keterangan lanjut.
 
sekiranya anda berminat sila hubungi
SITI AMINAH 019-4139987
Email saya : saminah2801@gmail.com
atau boleh tengok fb : www.facebook.com/AmnaAkojaya
 
SET PERIUK KACA YANG CANTIK KINI DATANG DENGAN BERBAGAI SAIZ SEHINGGA SAIZ PALING BESAR ADALAH 5L.
 
 
Vitroline
 
 
SAIZ 1L       CVFPN301          RM135 WM / RM143 EM
SAIZ 2L       CVFPN302         RM178 WM / RM188 EM
SAIZ 3L       CVFPN303         RM209 WM / RM221 EM
SAIZ 5L        CVFPN304        RM299 WM / RM316 EM
SAIZ 2.25L     CVFPN305      RM188 WM / RM199 EM
SAIZ 2.4L       CVFPN307      RM188 WM / RM199 EM
SAIZ 3.5L       CVFPN306       RM220 WM / RM233 EM

AMBERLINE
 
SAIZ 1L       CAMPN301          RM135 WM / RM143 EM
SAIZ 2L       CAMPN302         RM178 WM / RM188 EM
SAIZ 3L       CAMPN303         RM209 WM / RM221 EM
SAIZ 5L        CAMPN304        RM299 WM / RM316 EM
SAIZ 2.25L     CAMPN305      RM188 WM / RM199 EM
SAIZ 3.5L       CAMPN306       RM220 WM / RM233 EM

VITROLINE-ROSE SPLENDOUR
 
SAIZ 1L       CVFRS301          RM146 WM / RM155 EM
SAIZ 2L       CVFRS302         RM199 WM / RM210 EM
SAIZ 3L       CVFRS303         RM219 WM / RM232 EM
SAIZ 5L        CVFRS304        RM325 WM / RM343 EM
SAIZ 2.25L     CVFRS306      RM205 WM / RM217 EM
SAIZ 2.4L       CVFRS305      RM205 WM / RM217 EM
SAIZ 3.5L       CVFRS307       RM240 WM / RM254 EM

VITROLINE ROYAL GARDEN
 
SAIZ 1L       CVFRG301          RM146 WM / RM155 EM
SAIZ 2L       CVFRG302         RM199 WM / RM210 EM
SAIZ 3L       CVFRG303         RM219 WM / RM232 EM
SAIZ 5L        CVFRG304        RM325 WM / RM343 EM
SAIZ 2.25L     CVFRG306      RM205 WM / RM217 EM
SAIZ 2.4L       CVFRG305      RM205 WM / RM217 EM
SAIZ 3.5L       CVFRG307       RM240 WM / RM254 EM



0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

ADA KE VITAMIN UNTUK MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH

5/07/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Penerangan Mengenai Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
 
Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:
 Kehamilan
Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
Ubat over-the-counter
Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
Kegagalan jantung
Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
Keletihan haba atau strok haba
Penyakit hati
 
Penyebab Tekanan Darah Rendah
 
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
 
 
Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat.Jika anda mengalami tekanan darah rendah perlu melakukan perkara-perkara berikut:
 
                    Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
                    Jangan berdiri terlalu lama
                    Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
                    Diet rendah karbohidrat
                    Banyakkan minum air putih
                    Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
                    Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
                    Melakukan aktiviti senaman secara teratur.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

PENTINGNYA PRENATAL VITAMIN KEPADA IBU MENGANDUNG

5/07/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Shaklee

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

1.Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

2.Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

3.Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

4.Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

 
SET HAMIL SHAKLEE


Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

1.Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

2.B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

3.Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

4.Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

 

Boleh juga add on :

1.Vitamin C

2.ESP

 

Tak Digalakkan untuk ibu mengandung :

1.Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.

2.Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.

3.Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

 Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih :-)
 
*rujukan :

Dr Zubaidi

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

SERONOKNYA BERCUTI DI PULAU PINANG

5/07/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Seronoknya bercuti di Pulau Pinang, walaupun saya sebenarnya saya sering berulang alik ke Pulau Pinang kerana Kampung Halaman saya adalah di Kuala Muda, Kedah......
 
Tapi secara peribadinya, bila kita dalam mode bersiar-siar, ianya tetap menyeronokkan.....Saya dan keluarga memilih untuk menginap di Hotel Bayview Beach Resort di Batu Feringgi....
 







Kenapa saya Pilih Batu Feringgi pula,.....mestila ada sebabnya, kalau anda menginap di Batu Feringgi, memudahkan anda untuk pergi ke Night Market di Batu Feringgi,....ianya berada di sepanjang jalan Batu Feringgi dengan berbagai pilihan barangan yang menarik, antaranya, pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya dengan pilihan yang begitu mengujakan anda....
Ianya dibuka pada setiap malam bermula Jam 7.00 hingga tengah malam....
 
Waktu siang anda boleh mandi pantai di sepanjang pantai Batu Feringgi...berbagai aktiviti pantai yang menarik yang anda boleh pilih....cubalah...antaranya, "banana boat" menunggang kuda, jetski dan berbagai lagi...
 
sebelum balik kami bersiar-siar di Padang Kota Lama....melihat kubu peninggalan Sir Francis Light, kemudian menaiki beca untuk pergi ke Street Art in Penang....memang best....
 








Itu aje ke aktiviti yang best kat Pulau Pinang ni....mestila ada lagi, kalau dah menginap kat Batu Feringgi ni, dah dekat sangat la kalau nak pi naik Bukit Bendera Habaq hang
 
meh sini saya senaraikan aktiviti  atau tempat kat Pulau Pinang ok
 
BukiT Bendera(adal Owl Musuem kat atas sana)
Taman Rimba
Toy Museum
Escape (bayaran mahal sikit dan tak sesuai untuk kanak2 sangat.....untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak)
Taman Rama-rama
Taman Botanical
Taman Herba
Air Terjun Titi Kerawang
 
Makan yang famous ..Ikan Bakar Teluk Tempoyak, Laksa Janggus kat Balik Pulau, pasembor Padang Kota, Nasi Kandar Beratuq...Mee Udang..haish banyak la lagi.....
 
Ermmmm...macam banyak je lagi...boleh Tanya Pakcik Google lagi la kot he he






0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KENAPA PERLUNYA VITAMIN B COMPLEX

5/07/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

SHAKLEE

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?
 
Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
 
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
 
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
 
 
Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
 
 
 
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
 
 
 
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
 
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
 
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
 
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
 
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
 
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
 
6. Mencegah stress.
 
7. Menguatkan antibodi tubuh.
 
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
 
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
 
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
 
11. Mencegah anemia.
 
 
 
 
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
 
1. Merangsang pertumbuhan.
 
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
 
3. Memberikan tambahan tenaga.
 
 
 
 
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
 
1. Menambah tenaga.
 
2. Mengurangkan stress.
 
3. Melambatkan proses uban di rambut.
 
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
 
 
 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
 
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
 
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

BERMINAT
Call/SMS/Whatsapp 019-4139987
Email : saminah2801@gmail.com

kredit to : Kotak vitamin saya

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

PENCUCI SERNAGUNA

5/07/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Shaklee
 
 
 
 
PENCUCI SERBAGUNA
 
 
Pencuci serbaguna bukan sahaja untuk mencuci pinggan mangkuk, tapi juga selamat untuk mencuci botol susu dan juga kelengkapan bayi yang lain.
 
Buah-buahan juga perlu dicuci, ini kerana buah-buahan yang dibeli telah terdedah dengan racun serangga..... jadi perlu dicuci dengan baik supaya tiada bahan kimia turut dimakan.
 
 
berminat ????
 
 
Call/SMS/Whatsapp 019-4139987

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah