RESEPI CHEESECAKE LELEH

2/25/2014 damiaamna 0 Comments




 
Resepi Cheesecake Meleleh mmmm so yummy......sekarang ni orang tengah gilakan  Kek cheese meleleh la plak...pastu nak meleleh-leleh gitu...so aku pun search la resepi dia....dah dapat dan aku mudahkan kekawan yang nak mencuba dengan tukarkan sukatan kepada cawan pulak....so jom cuba.....
 
 
Bahan-bahan untuk kek
 
1 cawan tepung hong kong/gandum/superfine(**)
3/4 cawan tepung jagung(**)
2 sudu makan ovelet
4 biji telur
2 biji telur (kuning sahaja)
3/4 Cawan gula castor
1/4 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh serbuk penaik(**)
75 gram mentega (dicairkan)
2 sudu makan perisa emulco strawberi
 
Cara membuatnya:
1. Ayak semua bahan bertanda (**) dan ketepikan dulu
2. Pukul semua bahan lain kecuali mentega cair sehingga gebu.
3. setelah sebati, masukkan mentega cair
4. Alaskan kertas minyak dalam dulang pembakar dan bakar 170C selama 80 minit.
5. sejukkan kek dahulu sebelum dipotong dua.
 

 
 
Bahan untuk Cream untk meleleh :
 
250 gm cream cheese
1 cawan susu pekat
1 sudu teh perahan lemon
1 cawan UHT whipping cream
 
pastikan semua bahan diatas pada suhu bilik, kemudian pukul semua bahan diatas sehingga sebati, kemudian tuang cream cheese atas kepingan pertama dan lapiskan bahagian kedua. tuangkan baki cream cheese tadi atas kek pada semua permukaan kek sampai meleleh.
kemudian parutkan keju cheddar atas kek tadi...taraaa dah siap..
p/s : kali ni cheq malas sebab tu beli keju yang dah siap parut je
 
 
 
 









0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah