BLUEBERRY CHEESECAKE TANPA BASE

11/27/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Rasanya ramai antara anda yang sangat meminati cheesecake kan cuma anda rasa sangat susah untuk buat kek ni...sebenarnya tak la susah sangat pun cuma masa untuk baking tu lama la sket......jangan la susah hati..... masukkan kek dalan oven dan anda boleh melakukan kerja lain dengan senang hati...resepi ni saya ambil dari Mat Gebu kemudian saya sesuaikan ikut sukatan saya....sebab nak buat sikit....kalau tak jadi tak ada rugi sangat kan...
meh cuba buat.....
 
kek cheese
 
 

Bluebeery Cheese cake
 BAHAN-BAHANNYA
 250 gram cream cheese
 20 gram gula halus @ gula kastor
 125 ml whipping cream
 3 biji telur kuning
 60 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
 1 camca teh esen vanilla
 
bahan untuk Meringue
3 biji telur putih
30 gram gula halus @ gula kastor
 1/4 camca teh cream of tartar
 Blueberry filling secukupnya (saya guna jenis yang ada biji2 blueberry)
 
 CARA MEMBUATNYA  :D
 
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 20 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...




 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TIPS PAM DAN SIMPANAN SUSU UNTUK IBU BERKERJAYA

11/12/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

SHAKLEE

Bagi ibu yang berkerjaya, besar dugaan untuk menyusu anak dengan susu ibu secara exclusive. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan, bermula dengan pam susu, masa pam penyimpanan serta alatan atau perkakasan yang diperlukan untuk menyempurnakan misi ini.

Hari ini saya kongsikan tips untuk pam susu bagi ibu berkejaya.


1. Pam 3 kali sehari di waktu siang

Pam pertama: waktu pagi sebelum masuk waktu kerja, atau anda boleh Direct Breastfeed (DF) sekiranya anda dalam perjalanan yang sama arah untuk ke tempat kerja dan Nurseri anak.

Pam kedua : waktu tengah hari atau lunch

Pam ketiga : sebelum balik kerja.


2. Melabur untuk pam yang selesa

Anda tak perlulah terlalu berkira untuk melaburkan wang demi menyediakan pam yang selesa atau Freestyle (medela @ spectra) supaya memudahkan kerja pam susu sewaktu anda di tempat kerja..... dengan penggunaan pam freestyle...tangan boleh melakukan kerja pejabat yang lain sambil pam susu....


3. Berfikiran positif

sentiasa reset minda anda supaya sentiasa fikir " aku boleh melakukan" dan fikirla " aku mesti Berjaya menyusukan anak 2 tahun 6 bulan"....


SHAKLEE

CARA PENYIMPANAN STOK SUSU EBM

1. Simpan guna bekas atau pelastik kecil.

Simpanlah susu dalam bekas atau plastic kecil, memadai bekas tersebut cukup untuk sekali sesi penyusuan
Contohnya # sekiranya bayi minum susu 4 oz untuk satu sesi, maka simpanlah susu tersebut 4 oz untuk 1 bekas..

Ini adalah supaya tidak berlaku pembaziran sekiranya bayi tak habis minum, kerana baki susu tersebut boleh diminum dalam masa 1-2 jam sahaja.

2. Catatan masa dan tarikh setiap stok EBM

Setiap kali menyimpan susu EBM anda perlu mencatatkan tarikh dan masa susu tersebut diperah, ini kerana kita perlu habiskan susu yang telah lama untuk mengelakkan expired. gunakan sticker untuk catatkan masa dan tarikh susu EBM.

3. Kaedah cairkan susu

Cairkan dengan perlahan-lahan, seeloknya keluarkan susu dari tempat beku dan letak bahagian Chiller atau fridge bahagian bawah untuk cairkan.
Jangan sesekali cairkan susu dengan suhu bilik iaitu dengan membiarkan susu diatas meja, tepi dapur atau di tepi sinki.

4. Campuran susu simpanan.

Sekiranya satu sesi perahan tidak memenuhi satu bekas simpanan, anda boleh penuhkan bekas tersebut. tetapi anda perlu pastikan ianya dalam suhu yang sama.

contoh # perahan pertama wakatu pagi 2 oz dan perahan kedua waktu tengahari 2 oz. Simapan kedua2 sesi perahan ini dalam peti ais dan biarkan ia mencapai suhu yang sama sebelum mencapurkan susu tersebut dan di simpan sebagai stok pada bahagian sejuk beku.


5. Cara panaskan susu perahan

Cara memanaskan susu adalah dengan kaedah merendam dalam air panas, isi air panas dalam cawan atau bekas kecil dan masukkan botol susu berisi susu perahan dalam bekas berisi air panas tadi.

Sekiranya anda ada budget lebih boleh beli Bottle $ food warmer seperti dalam gambar di bawah.


 
 
 
** Amaran penting ** Jangan sesekali panaskan susu perahan menggunakan microwave ye

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BERIBADAH DENGAN SEMPURNA TANPA MASALAH SENDI

11/10/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

SHAKLEE

Tak ada yang dapat menggembirakan hati orang tua kita melainkan kesihatan yang baik dan mampu menjalani ibadah dengan sempurna......  OLEH ITU  Shaklee menyediakan set untuk mengatasi masalah sendi. Massalah sendi bukan sahaja berlaku kepada orang yang dah meningkat usia, remaja dan golongan dewasa biasa juga mungkin mengalami masalah sendi....remaja dan golongan dewasa yang sentiasa melakukan aktiviti lasak tidak terkecuali daripada menghadapi masalah sendi,.....cuba perhatikan punca kepada masalah sendi yang berlaku pada tubuh kita...mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.....
SHAKLEE
Tiada apa yang lebih menggembirakan hati orang tua kita melainkan kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah seharian dengan sempurna, disamping dapat melayani kerenah anak cucu tanpa sebarang sekatan. Bagi memastikan orang tua kita kekal cergas dan sihat, apa kata kita hadiahkan set makanan tambahan untuk memastikan mereka kekal cergas dalam menjalankan aktiviti yang mereka gemari.....

 
 
Bagi mereka yang tidak menghiraukan masalah sendi yang dihadapi, sanggupkah anda mengahadapi kaedah untuk mengubati masalah sendi anda seperti dibawah sekiranya anda tidak mencegahnya dari awal...fikirkanlah......

 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KEKAL JELITA TANPA SUNTIKAN DENGAN SHAKLEE

11/10/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

SHAKLEE


Dalam zaman yang serba canggih kini manusia sanggup berhabis duit untuk kekalkan keremajaan usia dengan berbagai kaedah perubatan yang bergitu canggih, namun adakah keberkesanan nya terjamin selamat untuk sepanjang usia anda.....

Dalam menjalani kehidupan yang serba canggih, ramai diantara kita mengabaikan tuntutan keperluan tubuh dek kerana tuntutan masa yang terhad. oleh itu ramai yang tidak menitikberatkan pemakanan seharian.....makanan yang sihat menjamin tubuh badan yang kekal sihat serta menjamin kecantikan dalaman serta luarannya.

disini Shaklee memperkenalkan set makanan tambahan 3 dalam 1 (3 in 1) supaya tubuh kekal sihat serta menjamin keremajaan anda......dengan set ini jaminan usia anda muda 25 tahun dari usia sebenar.....Shaklee telah memabuktikan secara ujian klinikal.....



SHAKLEE
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

ELAK SERANGAN GOUT TANPA KITA SEDARI

11/01/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


SHAKLEE
 
 
 
 

 
Apakah Gout ?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit
.
Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.
 
Cara Mengatasi Gout
  1. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  2. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate
  3. kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  4. Bersenam
 
 
 
Supplement yang dicadangkan untuk masalah Gout
 
 
 
  1. Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
  2. OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
  3. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
  4. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
 
 
 
 
 
 
     

 

 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

SAAT-SAAT ANAK MEMBESAR ADALAH WAKTU YANG PALING TAK MENJEMUKAN

11/01/2013 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

















 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah