MENGAWAL VIRUS CHICKENPOX DIKALANGAN ANAK-ANAK

8/25/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Demam campak / pelentung/ cacar air/ chickenpox atau apa saja nama yang disebut adalah sama iaitu sejenis virus yang mudah merebak sekiranya seorang dari ahli keluarga telah dijangkiti.

Aku sendiri tak pasti bila masa virus ini menjangkiti anak-anak, mulanya aku sangkakan hanyalah gatal-gatal biasa yang mungkin disebabkan oleh alahan pada sesuatu.... Tapi apabila seorang lagi juga penuh dengan bintik diseluruh badan ... Aku pun terus bawa ke klinik untuk dapatkan kepastian.

Klinik biasanya akan bekalkan ubat tahan gatal, ubat demam dan juga losen. Semua tu untuk yang dah kena jangkitan je....macam mana pula dengan anak yang lain...

Di sini aku bagi tipis untuk kawal virus daripada merebak

1. Bersihkan badan anak yang kena jangkitan dan pakaikan losen untuk kurangkan gatal... Elak dari menggaru dan menyentuh orang lain.
2. Kerap mandikan anak jika badan berpeluh, badan yang melekit melambatkan pengeringan bintik pada badan dan mempercepatkan proses merebak.
3. Tukarkan pakaian yg bersih lebih kerap jika perlu.
4. Bersihkan pakaian dengan cara merendam dengan air panas jika perlu.
5. Asingkan tempat tidur dengan anak yang belum mendapat jangkitan.
6. Tukarkan cadar yang digunakan oleh anak yang mendapat jangkitan lebih kerap jika perlu, sekiranya telah sembuh, pastikan tidak menggunakan cadar yang sebelum ini, tukarkan dengan cadar lain yang bersih.

Persekitaran yang bersih adalah sangat penting bagi menjamin virus chickenpox ini tidak merebak.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KENAPA SAYA SANGAT SUKAKAN SHAKLEE

8/24/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

shaklee

Kenapa saya suka dengan Shaklee?
Kerana sejumlah ini diperuntukkan setiap tahun utk Shaklee jalankan UJIAN KLINIKAL (kalo tak faham apa tu ujian klinikal, tanya doktor atau pharmacyst) & ujian2 lain..

Mana ada produk lain yg laburkan sejumlah ini utk ujian yang tak wajib buat pun ke atas supplement? Tapi Shaklee tetap buat jugak utk pastikan produknya benar-benar selamat dan berkesan.


 
shaklee


Barisan Scientist Shaklee. Sesetengah Syarikat Nutrisi tidak mempunyai Scientist sendiri, tidak membuat kajian dan ujian kualiti ke atas product.

  Tetapi di Shaklee, kami mempunyai barisan Scientist (R&D Team) yang terbaik. Beribu ujian quality dibuat untuk 1 jenis product ") untuk memastikan ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam...

 
shaklee


 Shaklee No 1!
Inilah yang menjadikan Shaklee benar-benar berbeza daripada sharikat lain dan kenapa saya prlu setia dengan Shaklee dan sangat Yakin dengan Produk Shaklee.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TAKUTNYA BERJANGKIT DEMAM CAMPAK/CACAR AIR

8/24/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Cacar air

Ini lah rupa anak ketiga saya yang dijangkiti virus demam campak/ pelentung /cacar air ni( Chickenpox).
Ini dah dikira sungguh baik, sebab pernah tengok orang lain yang lebih teruk lagi keadaannya.

Aku ni pun dikirakan first time menghadap virus secara live ( diri sendiri belum ada pengalaman dan minta dijauhkan).... bila anak sendri dah kena, baru sibuk bertanyakan orang sekeliling dan mr Google.. he he


Apa itu jangkitan cacar air?

Jangkitan yang disebabkan oleh virus varicella. Ia adalah virus yang sama menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang mengalami cacar air akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters)

 


Macam mana Virus Campak merebak?

•Melalui udara bila seseorang yang menghidap chickenpox ni mengalami batuk atau bersin

•Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air tu

•Dengan menyentuh  benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut



Gejala Chicken Pox
Cacar air bermula dengan tanda-tanda yang biasa kepada kebanyakan jangkitan virus seperti demam, sejuk, sakit kepala, sakit badan dan hilang selera makan. Beberapa hari selepas gejala-gejala ini berlaku, anda akan melihat ruam di perut, dada dan belakang terdiri daripada merah, titik rata. Ini titik merah tidak lama lagi membentuk kelompok letusan jerawat seperti yang bertukar menjadi lepuh yang jelas dan merebak ke kaki, tangan, muka dan kulit kepala. Sesetengah orang mengalami beberapa letusan tertumpu sementara yang lain mungkin mempunyai koleksi getir ruam di seluruh badan. Tanaman baru jerawat dan lepuh menginap terbentuk di tiga atau empat hari akan datang dan bertukar menjadi scabs kering kira-kira seminggu selepas kemunculan pertama mereka. Ini scabs akhirnya akan kering dan jatuh satu hingga minggu kemudian. Sepanjang letusan ruam dan lepuh, akan ada rasa gatal berterusan dan melampau, yang merupakan salah satu masalah utama yang berkaitan dengan cacar air.

 
 
 
Kredit to :Chickenpox

Diet Ketika diserang Virus Campak/ Chickenpox
Matlamat diet cacar air adalah untuk meningkatkan sistem imun pesakit dan mempercepatkan proses pemulihan. Bagi tujuan ini, anda perlu:
  1. Meningkatkan pengambilan jus buah-buahan segar untuk menjaga pesakit yang terhidrat dan meningkatkan imuniti
  2. Elakkan diproses dan makanan ringan lemak dan makan jumlah yang besar sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  3. Makanan yang sukar untuk dihadam harus dielakkan seperti daging merah, makanan pedas dan goreng
  4. Termasuk makanan yang tinggi vitamin A dan C, zink, magnesium, dan kalsium untuk meningkatkan imuniti dan meningkatkan stamina
  5. Tambahan untuk anak-anak saya ialah Nutriferon Shaklee untuk tingkatkan system Imun tubuh badan.
  6. Vitamin C dan juga Performance Drink Shaklee untuk mengelakkan dehidrasi sekiranya demam.
 
 
Bagaimana merawat chickenpox ni?

1.Kuarantin pesakit.

2.Vitamin D membantu memperlahankan jangkitan juga menaikkan sistem imun badan. Dedahkan pesakit pada cahaya matahari antara jam 7pagi hingga 8pagi. 10-15minit dah memadai.

3.Ambil Paracetamol untuk mengurangkan demam yang mencecah 39c ke atas

4.Minum banyak air masak, ini untuk mengelakkan dehydrate

5.Ambil makanan berbentuk cecair seperti sup sayur yang mengandungi antiviral foods dan buah-buahan vitamin C

6.Buat Garlic Socks atau ACV (Apple Cidder Vinegar) Socks untuk melawan virus

7.Makan Virgin Coconut Oil atau Olivenol untuk menaikkan sistem imun badan

8.Sentiasa basuh tangan.

9.Daun Semambu/Neem boleh ditumbuk lumat, dilumur pada badan atau mandi air daun semambu atau tidur beralaskan daun semambu bagi mengelakkan rasa gatal.

10.Air kelapa muda bagus diminum ketika blisters tu dah keluar hingga ke kaki. Juga bagus dibuat mandi

11.Minum Rooibos Tea (Teh ni sedap tau, selalu beli yang perisa vanilla mase dok kt Germany dulu, HEHE) teh ni boleh dibeli di Cosway, Giant dan kedai organic

12.Bayi umur 6 bulan ke bawah Cuma perlu mandikan anak dengan air kelapa, atau daun semambu, atau mandian rooibos tea. Baby tak boleh minum air apa-apa lagi tapi ibu yang menyusukan boleh minum dan susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Jadi kerapkan sesi penyusuan.

13.Elakkan makan seafood

14.Beli Vitamin E. Jika dalam bentuk kapsul, cucuk dan lumurkan pada parut bagi menghilangkan parut

15.Tea Tree oil juga boleh menghilangkan parut
kredit to :Butik Gebu

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah