PERKARA MENARIK DI MOVIE ANIMATION PARKS STUDIO!!!

7/17/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

PERKARA MENARIK DI MOVIE ANIMATION PARKS STUDIO


Assalamualaikum semua

Ramai pula yang minta mami review perkara menarik di Movie Animation Park Studio dan tak kurang pula yang bertanyakan harga tiket. Oleh kerana mami sekeluarga bermastutin di Perak sebelum ni, maka dengan itu kami dapat beli Perak pass... eh ye ke? he he jangan marah ye. Meh mami citer tentang tiket dulu.

Harga tiket masuk MAPS




Tadi mami ada sebut pasa harga tiket kan. Sebenarnya mami beli tiket MAPS ni masa promosi Pra-pembukaan. Masa tu ada promosi beli 3 tiket percuma satu tiket. harga tiket boleh tengok pada borang yang mami isi tu he he. Nak tau harga sekarang dan juga promosi?? tak ada masalah pun, dunia kan di hujung jari. Klik je Online Tiket MAPS 



Pilih Aktiviti anak

MAPS ipoh
Ini adalah gambaran serba sedikit gambaran lakaan lokasi seksyen dalam MAPS. Buat masa ni, mauk je terus ke "wings" sebelah kanan dulu kerana ada permainan untuk anak-anak dalam kawasan Fantasy Forest.




Gambar sebelum masuk kawasan MAPS selepas jambatan. Stroller tu mami sewa je sebab mami tahu Daris akan kepenatan berjalan nanti. tapi tidak sesuai untuk bayi ye.


Ini adalah permainan pertama untuk anak apabila memasuki kawasan  Fantasy forest.






Ini pula permainan  Fantasy Carousel dalam kawasan ni juga berdepan dengan Coral Kingdom



Oleh kerana mami bawa anak yang di bawah umur (4 bulan dan 3 tahun lebih), maka mami kena pilih tempat untuk parking dulu supaya papa boleh bawa abang-abang dan kakaknya untuk ke tempat yang kurang sesuai untuk baby. Seksyen yang mami pilih ialah Coral kingdom sebab ada taman permainan yang sangat sesuai untuk anak yang berumur bawah 6 tahun he he. Kawasan berhawa dingin senang untuk mami berehat bersama baby sementara menanti abangnya main.

Nak jadi Kapten kapal

Main gelongsor dalam bebola kecil. Kakak yang duduk bersimpuh tu adalah staf yang memantau kanak-kanak riang bermain.




Dalam Coral Kindom ni juga terdapat Coral kingdom cafe untuk kita melepaskan rasa kehausan sambil melayan anak-anak bermain.



Habis Si kenit mami teroka semua mainan dalam coral kingdom ni, mulanya dia agak takut kerana dalam seksyen ada "sound effect" dasar laut. Oleh kerana pengunjung belum ramai, maka bunyi tu jadi sangat kuat.


Boboiboy 4D adventure tarikan paling mengujakan!!




Semetara mami melayan si kenit dan baby kat coral kingdom, papa bawa abang-abang dan kakaknya masuk studio Boboiboy 4D. Tayangannya berjadual. pada hari kami masuk, tayangan bermula pukul 11.30. Jadi sebelum jam 11.30 pengunjung dah perlu beratur untuk memenuhi studio ini. Sesiapa lambat dan studio telah penuh perlu menunggu sesi berikutnya.Bagi ibu bapa yang ada anak-anak yang teringin merasai pengalaman naik kapal terbang boleh cuba bawa ke sini ha ha. Kenapa mami cakap macam tu pulak? kerusi dalam sudio atau pawagam Boboiboy ni akan bergerak mengikut aksi tayangan Boboiboy yang terbang ke angkasa lepas. Pengunjung dibekalkan dengan cermin mata 3D dan perlu duduk di kerusi masing-masing. Bayi tidak dibenarkan atau digalakkan kerana kerusi pawagam ini bergegar mengikut aksi tayangan. Pengunjung dapat merasa percikan air seperti dalam tayangan kerana kapal angkasa bocor semasa dalam air kerana serangan raksakasa tu ha ha.... seronok sangat. Mami masuk sesi petang bersama si kenit mami, bayi tinggal bersama papa. Si daris dah terlelap semasa berbaris untuk masuk sebab dah kepenatan. Bila mami bagitau nak tengok Boboiboy pun macam tak jalan he he. Tapi bila dah masuk dan duduk di kerusi dan tayangan bermula barulah mami nampak Daris cergas sangat ha ha.... Nampak tak keterujaannya di situ, siap nak masuk lagi sekali pula.

Live Action Zone.....



Ini adalah kawasan Stunt Legend Arena di mana kita boleh menyaksikan pertunjukan secara "live" aksi motor dan kereta. Ada aksi kereta Drift. Tak pasti ada berapa sesi pertunjukkan. Tapi kami masuk pada sesi 12.00 tengah hari. Lebih kurang 30 hingga 45 minit juga kat dalam tu rasanya. Pilih tempat duduk bahagian atas sedikit kalau rasa tak tahan dengan bau asap kenderaan tu.




Bangunan depan ni adalah kawasan kafeteria. Tapi mami tak beli pun sebab mahal sangat kot. Satu set nasi ayam RM18. Mami masuk salah satu restoran ni untuk bagi baby selesa sebab ada aircond. Waktu ni dah tengah hari, sementara tunggu abang-abang dan kakak main mainan lain.


Kalau tengok dari sini boleh nampak kawasan Dreamwork Adventure zone tu masih berpagar. Masih lagi dalam proses dan berkemungkinan siap hujung tahun kot. Ini Zone yang dinantikan dimana terdapat permainan Megamind Megadrop yang kita boleh nampak menaranya dari lebuhraya.






Si abang-abang dan kakak main kereta yang dinamakan Bumper. Dalam zone Blast Of Zone. Seronok sangat dapat kereta yang boleh main langgar-langgar kan.




Starship ni pula adalah kawasan restoran dua tingkat. Berdepan dengan starship adalah aerospace, boleh bergambar seolah-olah berada dalam ruang angkasa lepas he he.


Si Kenit ni biasa la, jadi penunggu je kat luar sementara menunggu abang-abang dan kakak naik buaian berpusing. Dia tak cukup ketinggian ha ha. 


Kami hanya melalui sahaja kawasan Starship restaurant ni untuk ke kawasan smurf village





Ini pula permainan dalam kawasan smurf village yang sangat sesuai untuk anak berumur bawah 6 tahun. Kat sini ada Smurf Theater, seperti juga Boboiboy 4D tadi, kena beratur untuk booking slot masuk sebab studio terhad untuk 80 orang rasanya.... Tapi ye la kan. Kalau mami satu keluarga pun dah berapa kepala he he.Tapi kalau anak lebih sukakan aktiviti permainan dan juga penerokaan, mami cdangkan tak perlu masuk Smurf Theater ni, ianya kurang menarik untuk anak-anak macam ni.


Ini pula gambaran The Crood Crazy Chase yang masih lagi dalam pembinaan.



Mami sekeluarga keluar hampir pukul 3.30 petang rasanya. Jadi kami Zohor di Surau yang terdapat dalam MAPS ni. Agak selesa juga suasana dia.


Sedikit tips dari mami.



  • sekiranya anda membawa bayi dan anak kecil, bawalah ke ruangan Coral kingdom untuk memberi laluan  anak yang lenih besar bermain permainan lain.
  • main permainan kawasan Fantasy Forest dulu yang mana ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun juga.
  • boleh tinggalkan anak bermain kat sini sementara yang lain masuk Boboiboy 4D Advanture Theater. sebab tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak bawah 6 tahun.
  • Beli minuman seperti air mineral sebab anda pasti kehausan bila berjalan ke setiap zone.
  • Masuk awal bagi mengelakkan masa yang terhad sebab bayar tiket mahal tapi tak berpeluang jelajah semua zone.
  • makan berat sebelum masuk.  
Selamat bersuka ria.

nak vitamin boleh cari mami juga ye.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI PAJERI NENAS YANG MARVELOUS

7/10/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

RESEPI PAJERI NENAS YANG MARVELOUS



resepi pejeri

Siapa kat sini penggemar pajeri nenas atau mak mertuaku ada sebut sebagai gulai manis he he....mungkin sebab ada rasa manis sikit kot. Dulu mami tak pandai buat tau pajeri nenas ni, bila dah tercampak jauh di kepuluan Borneo ni terpaksa belajar juga sebab feberet suamiku he he

korang pun sama macam mami juga? takpe meh mami tunjuk cara masak berserta gambar ha ha. Rajin tak mami sekarang?

Bahan-bahan


1. 2 bungkus serbuk kari daging (mami suka babas)
pajeri nenas

2. Satu sudu besar kerisik


3. Sebiji buah nenas separuh masak (potong nipis dan rebus empuk dan toskan)

pJERI

4. 300 gm udang segar (boleh tambah jika suka)

pajeri nenas

5. Bahan tumis (rempah empat sekawan)

pajeri nenas

6. Bahan tumis (boleh gandakan dan kisar bersama serbuk kari untu pekatkan kuah jika mahu)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
semua bahan tumis ni dimayang 


pajeri nenas

7. Santan daripada separuh kelapa atau boleh juga guna santan kotak jenama Kara(terlupa snap gambar)

8. Minyak untuk menumis.


Cara-cara memasak 

1. Tumis rempah empat sekawan sehinggan naik bau.

2. Tumiskan pula bawang dan halia sehingga kekuningan

3. Sementara menunggu bawang tadi boleh bancuh serbuk kari dengan sedikit air supaya ianya tidak berketul.

4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh tadi dan biarkan sehingga pecah minyak.

5. Masukkan udang dalam 

6. Masukkan kerisik.

7. Bila semua bahan dah sebati, masukkan santan.


8. Biarkan sehingga mendidih dahulu

9. Setelah mendidih boleh la masukkan nenas dan biarkan didih sekejap.




 Taraaa!!! dah siap. Eh ! jangan lupa perasakan dulu gama dan gula ye, Tawaq hebiaq la satgi ha ha


  Selamat mencuba semua. Nak cari vitamin dan juga konsultasinya boleh cari mami ye!!







0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah