KENAPA ANAK TAK MAHU MEMBACA DAN MENULIS?
KENAPA ANAK LAMBAT KENAL HURUF
Hari pertama darjah 1
Inilah kesilapan aku buat apabila anak lambat bercakap dan mengenal huruf. Aku terlalu positiv memikirkan anak masih dalam proses pembelajaran. Ya! memang si anak dalam proses belajar, tapi apa yang ibu atau bapa perlu ketahui adalah tahap pembelajaran mengikut kesesuaian umur mereka. tidak boleh terlalu memandang remeh semua perkara.
Ini adalah pengalaman mami sendiri menguruskan anak dengan masalah "dyslexia". Mereka hanya ada mengalami masalah dalam pembelajaran kerana beberapa masalah atau kelainan upaya yang mereka hadapi. Apa yang mami tahu, anak mami yang seorang ini agak lambat bercakap, bukan tidak ada bunyi butir percakapan tetapi bercakap banyak dengan bahasa yang sukar difahami. Kerapkali terbalik seperti apabila menyebut "youtube" di sebut "TUYUB".
Mami tidak ambil pusing sangat kerana dia lambat bercakap, maka mami assume dia adalah normal bagi kanak-kanak begini. Mami menghantar dia ke Pusat Asuhan PASTI, kerana harga dan juga berdekatan dengan kawasan perumahan kami. Ketika di sekolah tadika, mami tidak menerima apa-apa komen dari guru-guru di sana. Tapi apa yang mami perasan apabila mengambil keputusan akhir tahun dia di sekolah, ada sedikit tulisan terbalik, sebagai contoh dalam matematik, sepatutnya dijawab turutan nombor menaik selepas nombor 14 hingga 20. Apa yang ditulis dalam jawapan adalah selepas 14 ditulis 51, 61 dan 71. Walaupun mami faham anak mami cuba jawab betul tetapi salah tulis, maka semua jawapannya adalah salah.
Pembelajaran secara atas talian.
Naluri kecil ibu mengatakan ada sesuatu dengan si anak, malangnya apabila berbual dengan orang lain, rata-rata berpendapat dia masih lagi dalam proses belajar dan mampu baik dengan sendirinya. Maka mami bermuhasabah diri dan masih lagi berfikiran positif bahawa si anak akan mampu terima dan belajar secara normal. Akhirnya si anak didaftar ke sekolah rendah dan memasuki tahun 1. Malangnya, baru sekejap berada di alam persekolahan, situasi wabak Covid melanda dunia yang menyebabkan sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan dan diganti dengan pembelajaran secara atas talian. Apa yang lebih memenatkan ialah, mami kena sentiasa berada di samping si anak untuk membantu dia menjawab soalan yang diberikan oleh guru memandangkan si anak tidak boleh membaca dan menulis. Maka si ibu yang bertambah tekanan nampaknya kerana beban tugas berganda-ganda.
Tulisan anak semasa berusia 6 tahun. (seolah-olah memandang cermin)
Rasanya, boleh dikatakan semua ibu-ibu kat luar sana seperti mami, susah nak merima kenyataan terhadap kelainan upaya si anak. Begitulah mami sebenarnya, walaupun naluri kecil mengatakan si anak mengalami masalah kelainan upaya, tetapi tetap meyakinkan bahawa anak mami seperti anak-anak yang lain cuma lambat sedikit berbanding mereka. Hampir ke punhujung tahun, anak masih lagi tidak boleh membaca dan menulis, maka mami kuatkan hati untuk mencari pakar kanak-kanak di hospital swasta sahaja meamandangkan urusan untuk mendapatkan temujanji di hospital kerajaan agak rumit ditambah pula dengan situasi wabak yang melanda negara.
Proses pertemuan dengan pakar kanak-kanak di Gleanegles Hospital, KK bersama Dr Fauziah mengambil masa 2 jam setengah, maka doktor mengesahkan bahawa anak ada masalah dyslexia. Habis saja sesi konsultasi bersama doktor, mami terus dimaklumkan bahawa mami perlu memohon Kad OKU bagi membolehkan anak mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah. Memandangkan proses untuk memohon kad OKU juga mengambil masa dan sesi persekolahan masih belum dibuka, aktiviti pembelajaran secara atas talian masih berlangsung. Sebelum sesi persekolahan dimulakan semuala secara bersemuka, mami usahakan menghantar tuisyen (3M. membaca, menulis ,mengira) supaya lancar di sekolah. Minggu pertama di kelas tuisyen, dia nampak gembira mungkin kerana proses pembelajaran secara perseorangan. Minggu berikutnya dia mula tantrum untuk menghadiri kelas tuisyen mungkin kerana rasa terlalu dipaksa untuk faham.
Alhamdulillah bulan Mac 2021, kad OKU yang dipohon telah siap setelah menunggu hampir 3 bulan lebih. Walaupun sebenarnya mami dan papa berbelah bahagi untuk memohon kad OKU kerana macam-macam kebimbangan kami. Mami dan papa masih mengharapkan bahawa anak dapat mengikuti kelas perdana seperti anak-anak lain. Tetapi sesungguhnya ia memberi impak yang sangat besar terhadap anak. Mereka akan ketinggalan apabila berada di kelas perdana bukan kerana mereka tidak pandai, tetapi guru-guru biasa sukar menguruskan mereka oleh kerana kelainan upaya mereka.
Susungguhnya kad OKU adalah penting supaya membolehkan anak-anak berada di kelas PPKI dan mengikut sesi pembelajaran yang bersesuai dengan penerimaan mereka dengan dibantu oleh guru-guru pendidikan khas yang berpengalaman.