AMALAN KITA LEPAS MAKAN TAPI DILARANG!!

9/19/2014 damiaamna 1 Comments



shaklee


pic from :pokok.rc

Setiap kali selepas makan, meman semua ini menjadi amalan seharian aku, tapi baru aku tahu bahawa ada yang dilarang dan ada fakta mengenainya, Biasa kita dengar, orang tua-tua akan melarang kita tidur lepas makan bukan....tapi ini ada lagi rupanya yang memang dilarang selepas makan.


Jom baca antara larangan selepas makan yang disebutkan dalam paper ni.

1. Jangan makan buah selepas makan

Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

2. Jangan minum teh selepas makan


shaklee
pic from : khadijahzakaria
Asid yang terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.

3. Jangan mandi selepas makan

Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

4. Jangan banyak berjalan

Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5. Jangan tidur selepas makan

Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

6. Jangan merokok selepas makan

Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7. Jangan bersenam selepas makan

Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfunsi dengan baik. Oleh it, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.

Jadi sekarang kita dah tahu kan amalan yang tak sepatutnya selepas makan, Janganlah diamalkan lagi ye!!!!

1 comment:

  1. Thanks sharing..
    Jemput follow dan BW ke:

    http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah