RESEPI ROTI JALA DAN GULAI AYAM

9/10/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Roti jala memang menjadi kegemaran anak-anak, Kalau bulan Puasa beli RM2 kat bazaar Ramadhan sekali hadap Jew....Jadi kena la belajar buat juga kan..dah banyak kali buat sebenarnye, tapi baru berkesempatan untuk share...

Roti jala

Bahan-bahan ( 3 orang )

2 cawan tepung gandum
3 sudu makan majerin dicairkan/ minyak masak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
2 cawan air/santan/ susu segar (aku guna air jeer)



Cara-cara membuatnya :

1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


Kalu Ada roti jala, mesti la kena Ada kuahnya kan.....hrmmmm anak-anak Suka Makan dengan kuahnya gulai /kari ayam....so kena la buat juga kan...kuahnya ka yang beli tak sedap PULAk nanti he he...banyak songeh betul...

Bahan2 Kari Ayam

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Daun kari
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(Dihiris nipis bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
2 sudu makan kerisik#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya

Cara

Panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan, bahan hirisan & daun kari. Kacau2 & biar hingga wangi.
Masukkan rempah yang dibancuh tadi dan kacau sehingga naik minyak ( pasti kan betul2 Masak ye...Kalu tak gulai bernal rempah nanti)
Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah