KELAS DEMO MASAKAN DENGAN PERIUK AJAIB

9/27/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Periuk Ajaib?

Ada ke periuk ajaib dalam dunia serba moden ni? Hari ni aku menjemput kenalan dari alam maya (Facebook) untuk datang membuat demo masakan di rumah aku.... Tak sangka pula sebenarnya dia membuat demo masakan menggunakan periuk tekanan.... Menyediakan nasi Arab kabsah mengambil masa 5 minit saja, ajaib kan?.... Menyediakan "popcorn" mengambil masa 1 minit saja...... Bagi ibu yang berkerjaya seperti aku, masa menyediakan masakan merupakan satu faktor kepada jalan pintas buat ibu-ibu berkerjaya memilih untuk membeli terus dari kedai atau lebih teruk lagi memesan makanan dari restoran makanan segera.....



Tapi yang lebih menarik minat aku ialah menyediakan bin Shanghai dan pizza sendiri di rumah dengan peralatan yang serba boleh ini.....aku sendiri kurang pasti nama peralatan ini... Tapi yang pasti, alat ini boleh menguji doh roti dan pizza seterusnya membakar roti dan pizza.. Ini lah alat ajaib lagi satu tu.....
Teringin untuk memiliki peralatan ini suatu hari nanti... InsyaAllah

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah