MAKANAN PERANGSANG KOLAGEN DALAM TUBUH

9/09/2014 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments


Kolagen merupakan protein yang menggabungkan keratin dan elastin dan menjadikan kulit anda kuat dan elastik. Semakin usia anda meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh anda juga semakin kurang. Ini menyebabkan proses penuaan kulit, yang disifatkan oleh tanda-tanda seperti penipisan, kedutan, garisan kulit dan bintik hitam..

 
Shaklee Collagen


Apabila proses penuaan ini bermula, kebanyakan wanita mencari penyelesaian dengan membeli pelbagai produk di pasaran tanpa mengetahui campuran produk serta sejauh mana bahaya ataupun tidak produk itu..

 

Namun begitu, perlu diketahui anda juga boleh mendapatkan sumber pemakanan yang merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi, selamat dan lebih murah...

 

Antaranya ialah...

 
1. Omega-3

Omega-3 merupakan sumber asid lemak yang baik untuk tubuh. Namun, ramai tidak menyedari kebaikannya dan tidak mendapat Omega-3 yang cukup dalam diet.. Omega-3 menjadikan kulit anda lebih licin, lembut dan gebu dengan pengambilan yang kerap..Omega-3 terdapat dalam ikan yang tinggal di perairan yang sejuk seperti tuna, salmon dan mackerel. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khasiat omega-3 dari telur,marjerin,susu,yogurt,roti, pasta, walnut, bijirin dan mentega kacang.

 

2. Produk soya

Keju, susu soya dan produk lain yang dibuat dari soya mengandungi genistein - bahan yang membantu dalam penghasilan kolagen dan melambatkan proses penuaan.

 

3. Bawang putih

Walaupun bawang putih dikatakan mampu mengugat keharuman tubuh badan anda namun perlu diketahui bawang putih merupakan sumber sulfur yang baik dan penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan . Bawang putih juga mengandungi sejumlah besar Lipoik asid dan taurina, yang penting untuk membina semula serat kolagen yang rosak. Apabila memasak pasta, sup, daging dan hidangan yang lain, pastikan anda menambah banyak bawang putih. Antara manfaat lain dari bawang putih ini adalah ia mampu mencegah anda daripada mendapat kanser dan menguatkan sistem imuniti badan.

 

4. Buah Tomato

Anda mungkin tahu bahawa tomato mengandungi sejumlah besar lycopene. Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah lycopene membantu melawan collagenases. Collagenases merupakan enzim yang memusnahkan kolagen dalam badan anda. Bagi pengambilan tomato, adalah lebih baik untuk memasaknya daripada memakannya mentah.

 

5. Buah-buahan berwarna merah dan sayur-sayuran

Selain daripada tomato, buah-buahan merah dan sayur-sayuran juga dianggap sumber lycopene yang baik. Beet dan lada merah membuat penambahan lazat untuk diet anda. Selain daripada lycopene,  makanan semula jadi yang berwarna merah ini juga mengandungi banyak antioksidan yang menggalakkan penghasilan kolagen dan melawan tanda-tanda penuaan.

 

6.Sayur-sayuran

Sayuran hijau dikenali dengan kandungan nutrisi pemakanan yang tinggi. Sayuran hijau yang berwarna gelap juga didapati mengandungi agen yang membantu dalam penghasilan kolagen. Antara contoh sayuran itu adalah seperti adalah bayam dan asparagus.. Bukan sahaja ia membantu dalam penghasilan kolagen, tetapi mereka juga membantu tubuh anda menggunakan protein dengan lebih efektif.
 
Kredit to :Cute Mom24

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah