MEMILIKI SMARTPHONE YANG TERKINI, ADAKAH IANYA SATU KEBANGGAAN ATAU KEMEWAHAN???

12/08/2016 damiaamna 0 Comments

 MEMILIKI SMARTPHONE YANG TERKINI, ADAKAH IANYA SATU KEBANGGAAN ATAU KEMEWAHAN???

bisnes online

 

Orang yang buat bisnes online mesti faham keadaan ni kan. Akak ko ni bukan la boleh mengadap komputer 24 jam wei, kejap lagi ada la anak2 yang mula sibuk nak tengok YouTube dan main game segala.

Kalau mengadap komputer pun rimas juga, sebab payah sikit nak mobiliti nak buat kerja lain lagi tak kira la dalam rumah atau sambil travel ke.

Komputer tu selalunya guna bila bebas gangguan atau memang rasa tak perlu buat kerja lain dalam rumah je. Oleh itu saya memang pilih untuk guna smartphone memandangkan ianya mudah untuk diri saya kerana sentiasa di tangan.

Bila sebut smartphone mesti la ada impian nak yang memenuhi idaman hati. Oleh kerana sekarang menggunakan iPhone 5s je, memang teringin nak pakai IPhone yang latest vision la kan.

iPhone 7s la yang menjadi idaman di hati. Belum sampai target lagi untuk dapatkan. Bagi mereka yang sentiasa menggunakan smartphone untuk update segala benda mengenai bisnes online pasti faham kehendak saya kan.



Doakan saya berjaya memilikinya ya lepas tu baru letak target MacBook plak he he.


smartphone

KELEBIHAN IPHONE 7 BERBANDING IPHONE VERSI SEBELUMNYA.

  • Kalis Air

iphone-7-kalis-air
setakat kena tertumpah air ke, tersimbah air ke… iPhone ni boleh tahan. Malah ia juga kalis debu.

  • Lebih laju dan lebih cekap (effisyen)

Dilengkapi dengan 4 design Core terbaru, CPU A10 Fushion Chips kini ada 2 high-performance cores dan 2 high-efficiency cores.
High-performance cores punya kelajuan menyamai 2 kali ganda kelajuan iPhone 6. Manakala high-efficiency cores hanya menggunakan 1/5 sahaja kuasa daripada high-performance cores.
Maknanya… korang akan dapat kelajuan terbaik dan paling effisyen bilamana korang menggunakan iPhone ni.

  • Bateri tahan lebih lama

iphone-7-battery
Paling tahan berbanding dengan versi iPhone sebelum ni. Untuk iPhone 7, baterinya tahan 2 jam lebih lama daripada iPhone versi sebelumnya. Manakala untuk iPhone 7 Plus, bateri tahan 1 jam lebih daripada versi iPhone sebelum ni.

  • Kamera yang sangat awesome

iphone-7-dual-camera
Kamera iPhone 7 lebih berkuasa daripada iphone versi sebelumnya. Ia diperkasakan lagi dengan Optical Image Stabilisation, aperture f/1.8 dan Lensa 6 elemen.
Ia juga ditambah ciri baru iaitu wide colour capture yang semestinya menjadikan gambar korang lebih meriah.

  • WiFi call lebih jelas

Korang pernah buat WiFi call tak? Call yang tak gunakan caj service provider. Call ni guna WiFi connection jer macam Facebook Messenger Call ataupun Whatsapp call.
Haaa dengan iPhone 7 ni WiFi call yang selama ni banyak gangguan akibat tidak jelas dan sebagainya menjadi lebih lancar dan jelas.
iPhone 7 ada high-quality WiFi call.

  • Boleh jawab call daripada apps seperti FB Messenger dan lain-lain

iPhone versi sebelum ni kalau ada call daripada apps macam tu, kita kena bukak apps tu dulu baru boleh jawab call. Ini agak sedikit mengganggu jika masa tu korang tengah buat kerja kat apps yang lain.
Tapi dengan iPhone ni, korang boleh jawab apps call macam jawab call biasa jer. Malah korang guna function call waiting lagi.


#tsunamishaklee
#LiveAmazing
#landmarkstudy
#16thebest
#impianku

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah