RESEPI SPAGHETI MEATBALL KESUKAAN SEMUA

12/21/2012 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

 
Spagheti Meatball
 
 
Kuih Lapis
 

Kuih Lapis

Anak-anak suka makan spagheti atau pasta , mungkin sebab rasa dia yang masam-masam manis......selalunya aku beli sos pasta yang dah siap dalam botol dan balik tambah baha-bahan yanng lain je....tapi kali ni aku teringin nak buat sendiri pula....jom cuba buat, tak lah susah sangat nak buat dia, cuma kena rajin sikit lah...he he he


Bahan-bahan ( 5-7 orang makan )

  • 1 peket spaghetti
  • 1 box meatball (kalau nak sedap cuba cari Brand Marina)
  • 3 biji bawang besar dipotong dadu
  • 4 batang carrot dipotong dadu
  • 10-15 biji tomato dipotong dadu
  • 500 gm daging cincang/minced beef
  • 3/4-1tin tomato puree
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar oregano
  • 2 sudu besar rosemary
  • 1 sudu besar butter
  • 10 sudu besar cili boh, kalau xsuke pedas boleh kurangkan
  • minyak
  • garam n gula
  • 1 tin button mushroom potong nipis2

Cara-cara

  1. Dalam periuk besar, tumiskan bawang sampai naik bau. Kemudian masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan carrot dan bile agak2 dah empuk tu masukkan daging pulak.
  3. Kacau daging tu jangan bagi berketul lepas tu bile agak2 daging dah masak, masukkan buah tomato. Kacau sampai tomatu tu dah nampak macam hancur sikit pastu masuk mushroom.
  4. Masukkan tomato puree, sos tomato, oregano, garam dan gula secukup rasa. Kalau tak cukup masam tambahla tomato puree ataupun tomato sos tu lagi.
  5. Last skali, masuk meatball.
  6. Rebus 1 peket spaghetti sampai kembang. Bila dah lembut angkat n toskan airnye. Gaulkan dgn butter supaye tak melekat. Siap untuk dihidang. Kalau suke, boleh tabur grated parmesan cheese atas spaghetti tu bile nak makan atau masukkan cheese dalam kuah bile masak.

SELAMAT MENCUBA

Kredit to My Resepi

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah