RESEPI SIAKAP TIGA RASA BUAT HIDANGAN PENGANTIN

12/11/2012 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

RESEPI SIAKAP TIGA RASA BUAT HIDANGAN PENGANTIN


Agar-agar pelangi beroti


BAHAN-BAHAN:


Ikan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana digaul dengan garam dan kunyit serta sedikit tepung jagung dan digoreng garing menggunakan minyak masak hingga tenggelam ha ha(pikir la sendiri camne nak buat tu)

(kuahnye)
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api dipotong kecil
1 biji cili besa ( aku panggil cabai hidup)
2 sb cili giling (kalau suka pedas)
6 sb sos tomato
2 sb perencah tomyam (ikut suka la nak pakai jenama apa pun)
6 sb sos cili
2 sb sos tiram
1 biji timun dipotong dadu
1 biji lobak merah dipotong dadu
1/3 biji nenas dipotong dadu
3 helai daun limau purut dipotong halus
3 batang serai dipotong halus
sedikit garam dan juga air


CARA MASAK


  1. Tumis semua bawang sehingga naik bau
  2. Masukkan cili giling dan tunggu sehingga pecah minyak sikit kemudian masukkan sos tamato dan cili dan juga perencah tomyam ye.
  3. Masukkan lobak merah dulu, takut keras sangat nanti, kemudian masukkan nenas dan timun.
  4. Kemudian masukkan daun limau purut dan juga serai, seterusnya sos tiram.
  5. Tambahkan sedikit garam kalu perlu, dan juga tambahkan sedikit air kalau terlalu pekat.
  6. Bila dah siap masak, curahkan keatas ikan yang dah siap digoreng tadi.....dah boleh dihidangkan ye

SELAMAT MENCUBA


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah