RESEPI PUDING COCOA PUFF

12/10/2012 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

AGAR-AGAR PELANGI BEROTI


BAHAN-BAHANNYE:

20gm agar-agar
450gm biskut cocoa puff
1 cawan gula pasir ( aku pakai 3/4 jew..sebab tak suka manis sangat)
2 senduk tepung kastad
1 senduk tepung jagung
1 tin susu cair (susu sejat)
250gm mentega
1500ml air paip      ....ha ha ha
bancuhan tepung dan susu cair

inilah rupa biskut cocoa puff....

CARA MEMBUATNYE.....

  1. Masak agar-agar dengan 1500 ml air sehingga hancur dengan api yang sederhana.
  2. lepas tu masukkan gula pasir dan kacau sampai hancur.....masukkan 1 ketul gula batu....utk pejalkan(opsyen ye)
  3. kemudian masukkan pula mentega....
  4. sambil tu campurkan tepung jagung dan kastad dengan susu cair tadi dalam bekas lain dan kacau sebati.
  5. setelah mentega tadi sebati, masukkan pula campuran susu dan tepung tadi dan kacau lagi supaya tak berketul.
  6. apabila telah sebati, kecilkan api.
  7. tuangkan separuh agar-agar tadi dalam loyang dan susu biskut cocoa puff sehingga penuh ruang
  8. tuangkan separuh lebihan agar-agar tadi dan susun biskut lagi.
  9. akhir sekali tuang lebihan agar-agar atas susunan biskut sehingga kena semua permukaan.
sejukkan dalam peti sejuk...dan boleh la potong untuk dihidang..hu hu
SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah