TIPS MERANCANG PERCUTIAN KE SABAH DENGAN MENARIK

7/23/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Assalamualaikum..


Ramai yang merancang untuk bercuti ke Sabah, akan tetapi masih berkira-kira untuk ambil pakej pelancongan atau rancang perjalanan sendiri.


Oleh kerana ramai yang mesej dan bertanyakan hal ini memandangkan mami dan keluarga dan bertukar ke Kota Kinabalu sejak tahun lepas.

Pekan Cowboy, Tuaran

Oleh kerana ramai mesej bertanya berapa lama untuk bercuti di Sabah dan berapa bajet diperlukan. Ok lah mami cuba bantu setakat yang mami tahu ok. Walaupun sebelum ni mami ada kongsi mengenai 10 tempat menarik dikunjungi di Kota Kinabalu. bagi yang bertanyakan tempoh melawat Sabah, ianya terpulang kepada diri berapa lama dan berapa tempat yang ingin dilawati.



Anda boleh juga lawati sini MENARIK DI KUDAT

Kereta Sewa

Hari pertama biasanya selepas turun je di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan digalakkan ambil penerbangan waktu pagi kemudian pengunjung akan terus buat temujanji dengan pemilik kereta sewa. Boleh dapatkan harga yang murah juga dan bergantung kepada jenis kereta. Pilih kereta yang bersesuaian dengan bilangan ahli pengunjung kerana keadaan jalan di Sabah tidak la seperti di semenanjung yang ada lebuhraya dan juga jarak perjalanan pun agak lama dari satu desnitasi ke destinasi yang lain. Oleh itu anda dinasihatkan untuk tidak terlalu berkira bab kereta, takut anda penat kerana tak selesa dalam kereta he he.

Kota Kinabalu ke Kundasang.


Kebiasaanya pengunjung akan terus ke Kundasang pada hari pertama. Dalam perjalanan ke Kundasang anda boleh melawat beberapa tempat dalam perjalanan ke Kundasang.

Upside down atau Rumah terbalik. dan 3D Wonder Museum


Rumah terbalik, Tamparuli
 Perjalanan ke Kundasang akan melalui Tuaran. Tetapi rumah terbalik terletak di Tamparuli dan tidak jauh dari pekan Tuaran. Boleh juga melalui jalan ini untuk ke Kundasang, hanya gunakan aplikasi Waze dalam telefon bimbit masing-masing je. Bersebelahan dengan Rumah terbalik juga terdapat  3D wonder Museum. Dibuka setiap hari bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Harga Tiket

 Rumah Terbalik:         RM12.70 (dewasa), RM5.30 (kanak-kanak)
3D Wonder Museum : RM24.40 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)
Combo ticket :             RM31.80 (dewasa), RM19.10 (kanak-kanak)

Jambatan Tamparuli


Jambatan Tamparuli, jambatan gantung
Jambatan Tamparuli ni tak perlu yuran apa-apa la. Cuma boleh bergambar di jambatan gantung yang banyak cerita rakyatnya. Kalau anda pergi Hari Rabu ada tamu(pasar pagi) di sini sehingga jam 1.00 tengah hari. Mungkin susah sikit nak cari kawasan tempat letak kereta. Tapi anda dapat jalan di tamu sini yang banyak hasil kampung atau hutan.

Pekan Nabalu


Pekan Nabalu terletak betul-betul tepi jalan dalam perjalanan menuju ke Pekan Kundasang. Cuma pilihan terletak di tangan anda samada untuk berhenti atau tidak. Kebiasaanya pelancang berhenti untuk mengambil gambar. Tetapi sekiranya cuaca tidak mengizinkan, tak dapat la pemandangan gunung. Tak kurang juga yang ingin membeli barangan kraftangan. Kat sini memang tempat persinggahan sekejap sebelum ke Kundasang.

Pasar Kraftangan pekan Nabalu

Kawasan bergambar menghadap Gunung

Kinabalu Park.

Kinabalu Park adalah tempat dimana pendaki akan mulan pendakian. Pemandangan untuk bergambar di sini pun cantik. Tapi gambar kami ni cuma di pintu luar sahaja. Kalau nak masuk sehingga ke kawasan permulaan pendakian perlu la bayar tiket masuk. Boleh bawa kereta ke kawasan tersebut. Kalau bergambar kat luar ni pun kira dah ok sebenarnya he he. Jimat duit dan masa sebab banyak tempat nak tuju lagi.

Bayaran masuk : RM3 seorang

Kinabalu Park

Gambar dari atas 

Pekan Kudasang


Kalau dah sampai tempat ni, maksudnya kena fikirkan tempat tidur dan makan la. Boleh la cari hotel yang berkenan. Ada yang suka macam homestay yang lengkap dengan dapur (itu kami la he he). Ada juga yang suka hotel yang memang menawarkan pakej breakfast. Memang banyak sangat pilihan hotel, tak kurang juga yang memang mencari hotel degan menghadap pemandangan gunung.

Nak makan di Pekan Kundasan ni tidak la menjadi masalah sangat. Ada restoran KFC di sini. kalau jemu makan KFC boleh cuba nasi ayam. Restoran nasi ayam kat sini, Kedai berdekatan dengan tandas awam pekan Kudasang he he. Kebiasaannya orang nak cari Kepak ayam madu. Cuba la rasa sendiri. 

Kundasang War Memorial

Terletak betul-betul dalam Pekan Kundasang. Belakang kawasan kedai dan bersebelahan tandas awam pekan Kundasang. Tinggalan kubu perang rasanya, tapi dah dijaga seperti Garden yang sangat cantik.
Kundasang War Memorial
Bayaran masuk Kundasang War Memorial : RM2 seorang

Desa Dairy Farm (Ladang Lembu)



Macam kat New Zealand kan
Setiap orang yang datang melancong ke Sabah menjadikan tempat ini sebagai destinasi wajib. Ini kerana keindahan dan permandangan seolah-olah berada di luar negara. Waktu dicadangkan untuk masuk ke ladang lembu adalah awal pagi. Ini kerana waktu awal pagi selaluny kita boleh ambil gambar dengan view penuh puncak Gunung Kinabalu tanpa diliputi oleh awan. Selepas jam 8.30 macam tu, angin dah mula bertiup kuat dan awan akan meliputi puncak gunung. Maka sebaiknya bermalam la di Kundasang supaya dapat masuk ke ladang lembu awal pagi.  Selain itu, anda tak perlu meletak kenderaan jauh dari tempat untuk melawat. penat tau berjalan dalam ladang lembu ni sebab macam mendaki je rasa...ha ha.



Aroma lembu menusuk hidung he he

Ais krim sedap, wajib beli ye!!
Waktu Operasi
8 pg – 5 ptg

Waktu memerah/memproses susu
Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg
Tiket : RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Arnab Village

Arnab Village
 Perkampungan arnab terletak selepas Pekan Kundasang. Akan tetapi sekiranya anda mengejar masa, boleh la abaikan untuk ke Arnab Village ni. Ini kerana keadaan jalan masuk ke Anab Village ini kurang memuaskan. Buat masa ini masih belum berturap sepenuhnya dan sangat mencabar untuk kenderaan biasa. Sekiranya anda menyewa kenderaan jenis pacuan 4 roda boleh la ke sana dengan senang hati. Bagi anak-anak mesti seronok dapat main dengan arnab kat sini. Sangat jinak.

Bayaran masuk : RM3
Seronok main dengan arnab

sangat jinak



Sabah Tea


Sabah Tea

Sabah Tea terletak selepas pekan Ranau, jarak perjalanan ke Sabah Tea dari pekan Kundasang ada dalah 30 ke minit. Jarak tidak la jauh, cuma keadaan jalan dan juga bergantung juga keadaan trafik masa tu. Sperti juga kita ke Cameron Highland, tempat wajib kita kunjungi ialah ladang teh kan. 

Nikmati pemandangan yang indah sambil menghirup udara yang nyaman di sini. Anda boleh lepak di Sabah Tea Restoran & Tea Shop di sini. Sambil tu boleh juga ilut lawatan ke kilang memperoses teh, tetapi ada bayaran dikenakan.


Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti atau Fish Spa


Tagal, Sungai Moroli
Menjadi satu kewajipan apabila melancong ke Sabah untuk merasai sendiri Spa ikan kelah ni. Jarak dari Pekan Kundasang ke sini lebih kurang 30km je, tapi jarak masa perjalanan bergantung kepada keadaan lalulintas masa tu. Mungkin boleh sampai dalam masa 30 minit sehingga 1 jam perjalanan.
Pastikan cuaca cerah untuk ke sini, kalau anda pergi pagi, perlu pastikan juga bahawa malam sebelum tu bukan hujan lebat. Anda perlu faham keadaan air sungai selepas cuaca hujan, sepertimana anda berkelah kawasan ari terjun juga la.

Keseronokan untuk merasa gigitan ikan yang dikatakan mengigit sel kulit mati dari tubuh manusia. Tak kurang juga ada yang geli he he. Kawasan tagal sungai Moroli ni juga terdapat jambatan gantung, jadi pengunjung dapat merasai pengalaman menggunakan jambatan gantung di sini tanpa apa-apa bayaran.

Spa ikan


Waktu Operasi :
Buka setiap hari (08:30 AM - 05:00 PM)

Yuran Masuk Pengunjung :
Dewasa & Pakej Rendam Kaki - RM 5.00 (30 minit)
Kanak-kanak & Pakej Rendam Kaki - RM 2.00 (30 minit)
Pakej Mandi bersama Ikan - RM 10.00

Poring Hot Spring Ranau

Poring Hot Spring Ranau

Lokasi seterusnya yang terletak hanya 35 kilometer dari Luanti dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di Kolam Air Panas Poring, Ranau. Terkenal dengan kolam air panas semula jadi yang mengandungi kandungan galian sulfur sesuai untuk menyegarkan badan


Kolam mandi umum

kolam individu

Lagi tempat menarik dalam  kawasan hotspring
 Diharapkan dengan perkongsian saya serba sedikit dapat mebantu anda untuk merangcang percutian yang menarik di Sabah ini. 

Insyaallah saya akan Sambung entri berkaitan percutian di Sabah dari semasa ke semasa

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah