10 TEMPAT MENARIK DIKUNJUNGI DI KOTA KINABALU BAHAGIAN PERTAMA

5/11/2017 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

10 TEMPAT MENARIK DIKUNJUNGI DI KOTA KINABALU BAHAGIAN PERTAMA

Sabandar ride


Setelah menempuh episod ngeri berpindah ke Sabah. Kami sekeluarga perlu mengubah persepsi dan menjadikan ia sebagai sebuah mimpi indah. Ianya adalah sebagai satu terapi bagi mengubati kerinduan hati terhadap saudara mara dan juga kampung halaman yang jauh.


Tukarkan mimpi ngeri kepada hadiah perrcutian yang menarik. Tak perlu lagi mengumpul duit tabung untuk membeli tiket kapal terbang, menyewa hotel dan juga kenderaan. Jadi kami buat keputusan utuk jadikan sebagai percutian mingguan he he....eh kenapa pulak percutian mingguan...ubati rasa lara anak sebab kena tuar sekolah dan sebagainya. Kami berjalan pada hari cuti hujung minggu. Jelajah Kota Kinabalu bagi menghilangkan rasa rindu anak-anak terhadap kampung halaman.


1. Zoo Lok Kawi




Minggu pertama di Kota Kinabalu, tidak tahu ke mana hendak dituju untuk mencari hiburan untuk anak-anak. Kami mengambil peluang untuk melawat zoo. Anak-anak juga gemarkan haiwan. Zoo Lok Kawi berada tidak jauh dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kalau rasa tak tahu nak cari, guna aplikasi waze ye. Di Sabah lebih baik guna aplikasi ni sebab kalau guna Garmin macam tak terkini. Sepanjang perjalanan menuju ke Zoo Lok Kawi, anda boleh tengok keretapi Sabah, masih lagi keretapi kayu. itu pun sekiranya memang waktu perjalanan keretapi itu la....




Haiwan liar




2. Rumah terbalik Sabah.



Rumah terbalik Sabah atau upside down berada di Tuaran. Agak terkenal kerana menjadi yang pertama di Malaysia. Tidak Jauh dari Politeknik. Lebih kurang 15 minit sahaja perjalanan menaiki kereta anda boleh tengok info daripada website Rumah Terbalik Sabah. Di sini juga terdapat 3D Wonder Museum, hanya bersebelahan saja. Anda boleh pilih untuk masuk yang mana satu atau kedua-duanya sekali. Tiket masuk rumah terbalik barharga RM10.60 bagi dewasa. Di sini juga ada Mango Garden Restaurant. Oleh kerana anak pernah masuk Penang Amazing World Studio di Penang, jadi kami rasa tak perlu la nak bazir duit masuk 3D Museum lagi....tiket pun mahal juga kan.



sabah



3. Jambatan Tamparuli


Jambatan Tamparuli berada lebih kurang 3 kilometer je kot dari Rumah Terbalik. Dah alang-alang sampai Rumah Terbalik, terus lajak la ke sini. Jambatan gantung yang dibina untuk merentasi sungai. Ada kisah dan legenda tersendiri. Yang tu kami pun tak "study" lagi ha ha. Ada lagu lagi. Carilah dalam youtube mesti ada.



sabah


4. Pekan Cowboy, Tuaran


Pekan Cowboy atau boleh cari Sabandar Leisure Ride dari En Google terletak lebih kurang 20km dari Politeknik Kota Kinabalu. Kalau dari Bandar Kota Kinabalu, anda boleh cari kawasan kelapa bakar, dari situ boleh terus ke depan lagi atau boleh ikut Sabah Turf Club. Sabandar Lesuire Ride terletak lebih kurang 3 km selepas Sabah Turf Club sebelum Sabandar Beach.



COWBOY TOWN
•••••••••••••••••
Sabandar Leisure Rides (Tuaran, Sabah)

Horse riding hours:
7am to 11am
2pm to 6pm

RIDE BOOKING HOTLINE:
019 861 1160


Merasa la anak-anak menunggang kuda, kuda kat sini agak agresif. Jadi memang memerlukan penjaganya untuk mendekati kuda tersebut.


  


Dalam Sabandar Lesuire Ride terdapat Taman Hutan Paya Bakau, boleh la bawa anak-anak untuk melihat sendiri alam semula jadi dan belajar serba sedikit mengenai paya bakau. kat sini juga terdapat Sabandar Bamboo Restourant. Binaan restoran dari perabot, dinding dan bumbung adalah sepenuhnya menggunakan buluh. Tapi kami tak pula menjengah menu yang terdapat di restoran ni, sebab kami sampai bukan masa untuk menikmati makanan ha ha.



5. Sabandar Beach.


Pantai Sabandar ni nampak cantik dan bersih dan bebas daripada pembangunan. Kalau nak berehat dan membeli makanan kat sini pun bagus juga sebab harganya yang berpatutan atau boleh dikatakan murah dan ada berbagai pilihan.

Eh itu je ke tempat menarik di Kota Kinabalu ni....Sabar ye ada lagi. Nanti saya buat sambungannya Bahagia kedua he he......

Sila nantikan 10 tempat menarik di Kota Kinabalu bahagian 2




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah