Pengalaman pertama menderma darah.

11/10/2018 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

pengalaman derma darah
Pengalaman derma darah 


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saja je nak coretkan kenangan sendiri apabila pertama kali menderma darah. 

Masa zaman belajar dulu tak lepas nak derma darah sebab masalah berat badan tak mencukupi. Selepas tu pulak tak pernah ada kekuatan untuk menderma. Macam-macam ada dalam fikiran. Tak pasti pula apa yang ditakutkan.

Pada tanggal 12 oktober 2018, ada event pameran kerjaya zon Sabah di politeknik Kota Kinabalu, tempat kerja sekarang la. Ada program derma darah sekali. Ada kawan nak derma darah. Datang keluatan untuk ikut serta juga.

Macam biasa la, kena isi borang. Kemudian ada sesi interview untuk pastikan maklumat yang kita isi tu betul, petugas juga nak pastikan keadaan kesihatan penderma. Seterusnya pemeriksaan paras Hb dalam darah dan juga jenis darah.

Alhamdulillah lepas untuk menderma he he. Dan nak di jadikan cerita sebagai pengalaman dan pengajaran juga buat diri sendiri!!!

Sepatutnya tidak digalakkan atau tidak boleh menderma bagi mereka yang baru hari pertama hingga hari ke-4 didatangi haid. Tapi menyangkakan bukan haid atai sekadar spots je sebab memang wanita yang menggunakan implanon sebagai perancang keluarga mengalami masalah haid yang tidak teratur. 


Mami berkeras nak derma juga. Maka keesokannya mami pening dan loya dan lebih memburukkan keadaan apabila gastric turut menyerang selepas muntah. Memang pengalaman betul lah ni ha ha.

Padan muka mami kan sebab tak ambil endah kriteria untuk menderma. Tapi pengalaman ini bukan la membuatkan mami serik nak menderma. Insyaallah sebagai pengajaran saja di masa akan datang dan buat kaum hawa lain yang nak menderma darah juga he he.


Kriteria Penderma Darah Dan Aferesis

Sebelum layak mendaftar diri sebagai seorang penderma,darah, seseorang bakal penderma perlulah memenuhi beberapa kriteria asas berikut:

Penderma Darah Penuh ( Whole Blood ):

  • Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  • Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  • Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)

Bagi penderma aferesis, selain kriteria di atas, terdapat beberapa kriteria tambahan iaitu:
  • Berumur tidak melebihi 55 tahun
  • Berat badan 55 kg dan ke atas.
  • Telah menderma darah penuh     sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.
  • Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)

Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan atau Jururawat yang bertugas. Seseorang bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan penderma dan darah yang didermakan juga tidak akan memudaratkan pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Pihak tabung darah menjalankan prosedur yang ketat dalam pemilihan penderma bagi menjamin kualiti darah. Selain tahap kesihatan yang baik, penderma daripada kalangan mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko tinggi adalah DILARANG sama sekali untuk menderma darah. Ini termasuklah penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, mereka yang terlibat dalam kegiatan pelacuran atau melanggani pelacur, dan mereka yang mengamalkan perhubungan seks sejenis atau bertukar-tukar pasangan seks.

Pendermaan darah perlu dibuat dengan rasa tanggungjawab untuk membantu para pesakit. Oleh itu, semua bakal penderma hendaklah jujur semasa menjalani sesi kaunseling sebelum menderma. Keengganan berbuat demikian hanya akan menambahkan risiko kepada pesakit yang berkemungkinan menerima darah yang tercemar.


Proses Pendermaan Darah

  • Penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.
  • Menimbang berat badan
  • Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.
  • Menjalani sessi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.
  • Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.
  • Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 – 15 minit.
  • Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun.
  • Penderma akan dihidangkan dengan makanan / minuman ringan

Nasihat Kepada Penderma Selepas Menderma

pengalaman derma darah
Debaran masa nak masuk jarum je ha ha
  • Selepas menderma,penderma dinasihatkan berehat di katil menderma darah selama sekurang-kurangnya 10 minit. Selepas itu, bolehlah bangun daripada katil sekiranya tiada apa-apa masalah seperti loya, pening, kepucatan atau rasa hendak pitam.
  • Penderma juga digalakkan mengambil minuman dan makanan yang telah disediakan selepas menderma.
  • Dinasihatkan meminum banyak air selepas dalam tempoh 12 jam selepas menderma menderma Ini adalah untuk mengembalikan cecair yang hilang semasa pendermaan darah.
  • Jangan mengambil minuman beralkohol untuk beberapa jam selepas menderma.
  • Jangan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti berat seperti payung terjun, menyelam, berenang mendaki gunung serta sukan lasak dalam tempoh 24 jam selepas menderma

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah