PERLUKAH SMALL OFFICE HOME OFFICE (SOHO) BILA JALANKAN ONLINE BISNES

3/14/2018 damiaamna 0 Comments

PERLUKAH SMALL OFFICE HOME OFFICE (SOHO)BILA JALANKAN ONLINE BISNES

bisnes shaklee

SOHO - small office home office
Perlu ke? Kena la ada ruang specific untuk buat kerja bisnes. Susah juga kalau asyik buat kerja kat meja makan je betul tak.

Selalu tengok cerita kat TV, kalau rumah orang berada je mesti ada ruang kerja atau office di rumah kan. Sebenarnya tak semestinya rumah besar wajib ada office. SOHO adalah ruang spesifik untuk kita buat kerja macam ruang belajar atau sudut membaca la juga kan. Kan seronok ada ruang kerja sendiri walaupun bekerja sendiri dari rumah. Baru lah nampak teratur.

Lagi satu perlu ada ruang yang khas untuk simpan keperluan business dan boleh jalankan bila2 masa yang Di perlukan. Mami perlukan ruang untuk menyusun buku-buku yang mami gunakan sebagai rujukan untuk menulis blog dan juga buku motivasi serta panduan menajalankan perniagaan online.

Sedikit ruang diperlukan untuk meletakkan papan sebagai paparan seperti untuk meletakkan peringatan dan juga Vision Board. Mami juga perlukan ruang untuk meletakkan sedikit stok sebagai ruang pameran. mami tak perlukan stor sebab perniagaan shaklee tidak memerlukan mami menyimpan stok dan juga kurang bagus untuk simpan stok banyak kerana suplemen mempunyai tarikh luput.


bisnes shaklee

Ini lagi satu ruang SOHO yang boleh ditutup seperti almari je kan. Jadi, korang tak akan perasan sekiranya ruang ini mami tutup. Kurang sikit risiko anak nak buat sepah kan.

bisnes shaklee

Insyaallah sekiranya dapat balik duduk rumah di Semenanjung boleh la mami gunakan ruang yang sedikit sebagai ruang SOHO mami.


bisnes shaklee

Walaupun dengan ruang yang terhad, Boleh juga gunakan sepenuhnya untuk jadikan ruang SOHO yang cantik dan padat dengan rekaan kabinet yang menarik kan.


Oleh kerana ruang rumah adalah terhad sbb lagi dalam fasa rumah idaman he he. Rumah idaman nanti kita design siap2 la ruang SOHO tu. Oleh itu mami nak satu ruang yang boleh mami tutup, jadi kurang perasan itu adalah ruang kerja mami sebenarnya ha ha.
Korang macam mana pulak???

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah