MERAWAT PANAU TANPA KRIM STEROID DAN SECARA SEMULAJADI

1/14/2018 damiaamna 0 Comments

MERAWAT PANAU TANPA KRIM STEROID DAN SECARA SEMULAJADI 



rawat panau secara semulajadi


Rimas sangat bila tengok kulit terutama bahagian wajah ada (panau) tompokan putih berbentuk bulat kecil. Walaupun ianya tidak menyakitkan tetapi boleh membuatkan seseoarang itu hilang rasa keyakinan diri, betul tak.

Apa itu panau?


Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.  
sumber : Myhealth

Walaupun panau tidak menyakitkan, akan tetapi sekiranya tidak dicegah atau dikawal. Ianya boleh merebak dan menyebabkan kecacatan yang sangat ketara. Bagaimana nak merawat panau tanpa krim yang mengandungi steroid yang dibimbangi mendatangkan kesan sampingan kemudian hari.

Cara semulajadi rawat panau.


1. Bawang putih dan halia.

merawat panau secara semulajadi

Kaedah rawatan semulajadi tanpa krim ialah menggunakan halia dan bawang putih. Tumbuk 2 ulas bawang putih dan sedikit halia kemudian sapukan pada bahagian yang dijangkiti panau dan biarkan sehingga kering. Ulang proses rawatan sekerap yang boleh sehingga pudar.

2. Lengkuas

merawat panau secara semulajadi

Bagi yang menggunakan lengkuas pula ialah dengan cara tumbuh dan perah untuk ambil airnya sahaja. Sama juga prosesnya, sapukan pada bahagian jangkitan.

3. Bawang putih.

merawat panau secara semulajadi

Sekiranya menggunakan bawang putih sahaja, ianya lebih mudah sedikit. Iaitu hanya potong bawang putih dan gosok perlahan pada kulit yang terkena jangkitan. Ulang proses ini setiap hari sehingga pudar.

4. Daun gelenggang atau senna.

merawat panau secara semulajadi

Daun gelenggang atau daun senna sangat dikenali sebagai daun herba yang sangat mujarab merawat pelbagai penyakit. Salah satunya ialah panau. Ambil beberapa helai daun gelenggang tumbuk dan sapukan pada bahagian jangkitan.


Kaedah lain tanpa krim steroid.

merawat panau secara semulajadi

Namun begitu dalam zaman serba moden ini agak susah mendapatkan daun herba secara semulajadi. Alhamdulillah dengan perkembangan bidang sains dan teknologi juga membantu kita merawat secara semulajadi dengan kaedah yang lebih mudah. Iaitu dengan mengamalkan vitamin yang dihasilkan secara semulajadi bagi menggantikan bahan semulajadi seperti bawang putih tadi. nak cuba vitamin boleh cari mami ye:








0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah