RESEPI DONUT SEGEBU DONUT BIG APPLE

11/14/2016 Siti Aminah Abd Halim 2 Comments

RESEPI DONUT SEGEBU DONUT BIG APPLE


Wow, siapa yang pernah makan donut Big Apple mesti tahu macam mana rasa gebu dia kan, 

Kalau sebelum ni saya suka makan Dunkin Donut.......Dunkin Donut pun sedap juga dan lebih berat dan cepat kenyang la kalau nak dibandingkan dengan Donut Big Apple.


Ini la rupa donut mami punya, nampak tak menarik la kan, tapi Insyaalah sangat gebu walaupun dah goreng lama ye. Anak-anak memang gemar makan donut, selalunya adunan 500gm tepung tu, boleh buat frozen lagi. Tapi bila anak dah semakin membesar, satu adunan boleh habis dalam masa satu hari sahaja.


Ini pula rupa donut Big Apple yang sebenarnya kan.....tengok rupa pun dan mengiurkan. Mami tak rajin la nak buat topping. Alah, banyak pula bebelnya ye.Meh kita tengok resepinya.


Resepi Asal : Chef Asma

Resepi Donut Gebu


500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti....inilah rahsianya )
10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut

Mami menggunakan bread maker untuk menyediakan donut ini
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker ( kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor / gula icing untuk salut donut )
Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli. Masa ni bolehlah buat kerja lain.. memasak ke.. basuh baju ke.. kemas rumah ke.. sidai baju ke.. lipat kain ke.. 

Kalau Tak ada breadmaker, jangan la mengis tepi bucu katil pula ye.....Uli la guna tangan, satu kelebihan tu tak perlu pergi Gim lagi untuk dapatkan lengan sado.



Bila dah siap uli, tumbuk doh untuk keluarkan angin.......kalau uli guna tangan, uli sampai jadi doh dan tutup bekas guna kain atau plastic Cling Wrap.....biarkan selama 40 minit atau naik 2 kali ganda ye.....

Mami tak buat untuk jual, so mami leperkan guna penggelek dan terap guna acuan donut yang beli kat kedai je......bagi yang meniaga, sila timbang doh supaya sama saiz ye.....paling kurang 40 gm macam tu, atau boleh kecik lagi......mami punya saiz paling comel je, senang anak nak bawa masuk mulut, tak payah nak bawa merata.

Dah terap guna acuan, biarkan doh naik lagi sebab tadi kan dah leperkan.......nampak tak hasil akan dapat seperti dalam gambar kat atas tu la he he......

Bila dah naik baru la goreng menggnakan minya yang cukup dan agak kekuningan sikit je. Kalau nak frozenkan....Gorang sekejap je tau, pastu simpan dalam bekas atau plastik dan masuk dalam peti.....keluarkan bila nak makan, gorang balik sampai kuning sikit je.


Dah goreng, sejukkan sekejap sebelum golekkan menggunakan gula ising atau kastor.......oleh kerana anak2 suka Donut Iceberg Big Apple, so mami guna gula ising je la.......kurang sikit manisnya.

Adunan donut ni juga mami guna untuk buat burger goreng Malaysia yang menggunakan sambal bilis tu....
macam ni....


Ha Jimatkan, dari satu resepi dapat hasilkan 2 jenis kuih kegemaran anak2.....

Jom buat sendiri he he....jimatkan belanja sikit dalam keadaan ekonomi sekarang ni.

Nak cari vitamin semulajadi pun boleh whatsapp Mami ye 019-4139987 Siti Aminah

Kredit : Azlita

2 comments:

  1. salam sis..tepung 500gram tu kan, boleh dapat berapa biji donut tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada saiz donut, kalau kecil boleh dapat 50 biji juga

      Delete

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah