🍀SAKIT BATU KARANG MACAM SAKIT BERANAK?🍀

1/06/2016 damiaamna 0 Comments

🍀SAKIT BATU KARANG MACAM SAKIT BERANAK?🍀

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Itulah yang jadi pada orang yang ada batu karang ni. Ada orang cakap ini sakit kedua teruk selepas sakit beranak. Tak tau la betul ke tak. 

Apabila seseorang dikesan ada batu karang, bergantung kepada saiz batu, kalau kecil mungkin ubat untuk menghancurkan batu diberi & batu itu akan keluar bersama air kencing atau jika saiznya besar, batu itu akan ditembak untuk menghancurkannya. Tembak dengan laser, bukan tembak pakai senapang.

Biasanya batu karang pada buah pinggang terjadi kerana faktor pemakanan, jadi kalau pemakanan masih sama, risiko untuk berulang adalah tinggi.



☘NUTRISI UNTUK PENYAKIT BATU KARANG

1. Magnesium - membantu penyerapan mineral lain seperti kalsium & mengelakkan pembentukan batu jenis kalsium di buah pinggang.

2. Alfalfa - membantu membuang toksin & membersihkan buah pinggang. 

3. Minyak ikan - bersifat antiradang & mengurangkan keradangan.

4. Vitamin B - membantu mengurangkan pengumpulan kalsium & oxalate yang boleh menyebabkan batu karang.

Yang penting, kena banyak minum air masak.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah