🍀BATU KARANG BOLEH MENYEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK🍀

1/06/2016 damiaamna 0 Comments

🍀BATU KARANG BOLEH MENYEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK🍀

Batu karang boleh menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan. Rata-rata mengatakan sakitnya adalah paling maksimum apabila ia datang. Sakit itu boleh mengganggu aktiviti harian. Penghidapnya bukan saja ingin kelegaan daripada sakit,
yang paling penting jika penyakit ini tidak dirawat, risiko fungsi buah pinggang terganggu adalah tinggi.
Dan mungkin boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.



☘SIMPTOM PENYAKIT BATU KARANG IALAH:

1. Sakit teruk pada bahagian buah pinggang : belakang sebelah kanan atau kiri yang berpindah ke depan (bahagian pundi kencing). Sakit itu datang sesekali, selama 5-15minit, terutamanya apabila membuang air kecil.

2. Sakit belakang bahagian bawah dan menjalar ke depan mungkin ke celah kangkang.

3. Air kencing yang keruh, berdarah atau berbau busuk.

4. Air kencing berubah warna, sama ada coklat atau pink.

5. Tak tahan nak buang air kecil yang berpanjangan. Kadang-kadang tak banyak air kencing yang keluar.

6. Masalah penghadaman, loya dan muntah terutamanya semasa sakit datang.

7. Demam dan kadang2 menggeletar bila keadaan menjadi semakin buruk.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah