🌷MANFAAT ZINK YANG RAMAI TAK TAHU🌷

1/06/2016 damiaamna 0 Comments

🌷MANFAAT ZINK YANG RAMAI TAK TAHU🌷

Zink adalah salah satu mineral yang paling banyak dalam badan manusia. Dalam tubuh kita terdapat kira-kira 2-3gram zink. 60% pada otot, 30% pada tulang dan selebihnya dalam gigi, kuku, kulit, hati, sel darah merah, prostat dan lain-lain.Jadi, peranan zink adalah sangat penting untuk kekuatan tubuh.



🌷MANFAAT ZINK KEPADA TUBUH

1. Pemangkin kepada fungsi enzim

Zink digunakan oleh lebih daripada 100 jenis enzim dalam badan kita untuk fungsi fisiologi tubuh. Contohnya

- Tiroid : Zink digunakan dalam penghasilan hormon TRH iaitu hormon yang merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid.

- Pembentukan tulang : Zink digunakan oleh enzim
yang menghasilkan kolagen & alkaline fosfat yang merupakan antara 2 bahan penting dalam
pembentukan tulang.

Selain itu zink juga terlibat dalam proses penghasilan kalsitonin yang mengelakkan kerosakan tulang.

2. Sistem imun badan

Zink banyak dalam lendir pada permukaan sistem pernafasan dan paru-paru. Ini menjadikan zink antara barisan utama dalam sistem pertahanan badan kerana memiliki fungsi anti-bakteria dan antivirus.

Zink juga terdapat dalam air liur dan selaput lendir dalam sistem pencernaan untuk membunuh bakteria yang masuk ke tubuh melalui makanan.

3. Kesihatan mata

Zink diperlukan untuk penghasilan vitamin A yang sangat penting untuk kesihatan mata.

4. Kulit yang sihat

Zink bersifat antioksida & membantu mengelakkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

5. Kesuburan lelaki

Zink membantu penghasilan sperma yang sihat & berkualiti serta meningkatkan jumlah sperma.

Zink juga melindungi prostat daripada membesar.

6. Mengurangkan stress & masalah nyanyuk

7. Membantu luka sembuh dengan cepat.

Mungkin kita tak pernah zink adalah mineral yang penting kepada badan kita. Semperna promosi zink Shaklee molek benarlah kita cuba.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah