🌷MASALAH HORMON WANITA🌷

1/14/2016 damiaamna 0 Comments

🌷MASALAH HORMON WANITA🌷

Kesihatan wanita memang berkait rapat dengan hormon pembiakan iaitu estrogen dan progesteron.
 
Dalam wanita normal, paras hormon ini akan turun naik & itu yang mengawal fungsi badanZ

Masalah timbul apabila paras estrogen lebih tinggi daripada progesteron sama ada estrogen dihasilkan lebih banyak atau progesteron yang kurang dihasilkan.

Hormon tak stabil ini boleh terjadi akibat tekanan fizikal & emosi, pemakanan yang tak sihat, masalah penghadaman, masalah tiroid & penggunaan ubat-ubatan.

Antara kesan hormon tak stabil ialah kitaran haid tak teratur, sukar hamil, berat badan berlebihan, malah ada yang mengalami menopaus pada usia yang muda.

Tak banyak yang boleh dilakukan melainkan punca dapat dikesan. Biasanya seseorang wanita akan diberi pil perancang untuk membetulkan kembali kitaran haid.

Pemeriksaan hormon boleh dilakukan & wanita itu boleh memilih suplemen yang mengandungi GLA, vitamin E, vitamin C dan suplemen yang mengandungi Omega-3.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah