MASALAH BAU BADAN MERIMASKAN, KETAHUI CARA ATASINYA

10/22/2017 damiaamna 0 Comments

MASALAH BAU BADAN MERIMASKAN, KETAHUI CARA ATASINYA


"Berpakaian kemas dan cantik serta bergaya, malangnya apabila berada dekat tidak tertahan baunya. Patutlah, ada yang kurang senang nak berurusan dengannya."

SHAKLEE BAU BADAN

Masalah bau badan bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Masalah bau badan tidak hanya pada lelaki, perempuan juga tidak terkecuali. Apakah punca sebenar masalah bau badan. Oleh kerana kita berada dalam kawasan Iklim Khatulistiwa yang mana iklim sentiasa panas dan lembap. Maka sukar dihindari dari masalah bau badan kerana peluh sentiasa melekat di badan, betul tak?.

Kenalpasti punca Masalah bau badan.


Manusia normal melalui kitaran dan proses perkumuhan dan salah satu proses perkumuhan adalah berpeluh. Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.



set bbau badan shaklee

1. Berpunca daripada bakteria.


Proses perkumuhan, iaitu berpeluh terhasil melaui kelenjar Eccrine secara tulen iaitu air jernih tanpa bau kerana keluar terus ke permukaan kulit. Manakala kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih ikat dan agak keruh. Ianya mula tidak normal sekiranya lebih banyak dari kelenjar Eccrine. 

Kelenjar Apocrine biasanya terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan kawasan sulit seperti kemaluan. Kelenjar  ini mengandungi sebum iaitu bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.Di sinilah bakteria lebih mudah memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti pada kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bateria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.


2. Berpunca dari toksin dalam badan.


shaklee buang toksin

Punca bau badan boleh terjadi apabila sistem perkumuhan badan tidak berlaku dengan sempurna. Bahan buangan yang terkumpul akibat dari proses perkumuhan yang tidak sempurna dan disebut sabagai toksin dalam badan. Toksin dalam badan boleh terkumpul dalam organ tertentu dalam badan kita apabila ia gagal dicerna dengan baik. Kegagalan percernaan yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan lebihan kepada sistem tubuh kita.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem ppencernaan tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang mempunyai masalah ini dan makan berlebihan daging, telur dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang kuat. Makanan ini mengandungi Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.


3. Pengambilan berlebihan Kafein dan makanan berempah.

punca bau baddan shaklee

'Habit' atau keesukaan kepada minuman kopi atau berkafein dan makanan berempah yang banyak bawang dan bwang putih terutamanya adalah penyubang kepada bau badan tidak kira lelaki mahupun wanita. Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang!

4. Faktor ksihatan dan genetik.

bau badan shaklee

Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal, hati, hypoglycemia( kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis an tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak mempunyai masalh bu baan, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.


7 Tips Kebersihan Diri Dan Pemakanan Untuk Atasi Bau Badan.


1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari.
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein & kekacang.
4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya.
5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.



Pengambilan Supplement Untuk Kawal Bau Badan Secara Semulajadi

Kaedah terbaik dan selamat untuk mengawal dan mengatasi masalah bau badan ialah dengan pemngambilan suplemen yang semulajadi. Malah ianya mestilah terbukti selamat dan juga yang paling penting ialah halalan toiyiban. Maka dengan itu Shaklee adalah pilihan yang tepat.

buang toksin shaklee

Alfalfa Shaklee

Alfalfa dikenali sebagai agen duretik, pembersih badan dan penyhtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu megawal bau badan.

buuang toksin shaklee

Garlic Complex Shaklee

Garlic diproses secara smulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih sbenarnya penyumbang kepada masalah bau badan dan salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Complex Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke usus kecil. Disamping itu, ia mengandungi camouran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan bekesan.

Herb-Lax Shaklee.

Herb-Lax meransang penecutan otot usus secara semulajadi. Ini membolehkan sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit dan mengurangkan gejala penyerapan toksik. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pegaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus serta menormalkan usus.






shaklee sabah


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah