KURANG MINUM AIR PENYEBAB BATU KARANG? JOM BACA

10/20/2017 damiaamna 0 Comments

KURANG MINUM AIR PENYEBAB BATU KARANG? JOM BACA



shaklee dan batu karang


Penyakit batu karang memang biasa kita dengar dan ada yang mengatakan lelaki lebih mudah terdedah kepada risiko penyakit ini. Adakah ianya benar. Tetapi apa yang paling penting mengetahui punca kepada gejala penyakit ini supaya kita boleh menghindarinya.

Kalsium penyebab batu karang ?


Kalsium merupakan mineral yang sangat penting untuk sistem tubuh kita dimana ianya membantu meningkatkan kesihatan tulang dan sendi. Kalsium juga penting untuk sistem saraf, jantung dan lain-lain organ dalam badan kita. Kalsium boleh didapati dalam makanan seperti susu dan sayuran seperti brokoli. Salah anggap orang ramai bahawa kalsium penyebab  batu karang adalah tidak tepat sama sekali. Sebaliknya pengambilan makanan yang tinggi Oxalate menjadi penggalak kepada pembentukan batu karang Calcium Oxalate. Oxalate merupakan bahan kimia yang oleh didapati daripada sayuran dan buah-buahan.


Dehidrasi punca utama batu karang!

shaklee

Orang tua selalu pesan supaya jangan tahan kencing, nanti jadi batu karang. Walaupun tidak dapat dibuktikan secara saintifik, ianya mungkin berkaitan dengan kurang pengambilan air. Kurang minum air menyebabkan kita kurang rasa nak buang air. Kurang minum air seharian menyebabkan air kencing menjadi pekat dan likat seterusnya menyebabkan ianya tepu. Air kencing yang tepu menjadikan pembentukan kristal-kristal yang terdiri daripada kalsium, oxalate dan juga asid urik. Dimana kalsium yang bergabung dengan oxalate membentuk batu karang calcium oxalate dan juga asid urik yang berlebihan juga merupakan pembentuk batu karang. 


Kurang pengambilan makan "pencair" dalam diet seharian.


Makan "pencair' tu apa. Maksud makanan 'pencair' di sini ialah makanan yang menghalang pembentukan kristal-kristal yang mejadi punca batu karang. Makanan 'pencair' ini sebenarnya terdiri daripada unsur citrade. Disarankan supaya mengamalkan minum air lemon. Air lemon merupakan salah satu minuman untuk penyingkiran toksin dalam badan yang membantu menghalang pengumpulan mineral dalam badan yang menjadi punca pembentukan batu karang.


Ganguan Metabolisme dalam sistem tubuh.


Gangguan metabolisme menyebabkan kandungan citrade menjadi rendah atau kalsium an oxalate meningkat. Gangguan metabolisme juga meyebabkan kandungan asid urik menjadi tinggi di mana ianya menjaai punca kepada pembentukan batu karang dalam badan.

Faktor pemakanan seharian.


Faktor pemakanan juga menjadi punca tambahan kepada pembentukan batu karang dalam badan. Pengambilan pemakanan yang tinggi sodium (garam tinggi) menyebabkan buah pinggang perlu bekerja keras untuk mengguraikannya, yang ditambah dengan kekurangan air untuk membantunya. Pengambilan makanan yang tinggi protein haiwan pula menyumbang kepada pertambahan asid urik dalam badan. Dan juga pengambilan yang tinggi oxalate (sumber dari tenusu dan juga kacang dan sebagainya). 

Ubat-ubatan.


Pengambilan ubat-ubatan tertentu mungkin menjdi faktor kepada pembentukan batu karang yang ditambah dengan fktor kekurangan pemabilan air yang cukup.

Bagaimana mengatasi masalah batu karang.



Setelah disahkan menghidap batu karang, ada baiknya rujuk doktor untuk cadangan rawatan dan juga pemakanan yang sepatutnya. Bagi mengelakkan pembentukan batu karang, tambahkan makanan yang tinggi serat dan mengurangkan protein haiwan, pengambilan garam yang tinggi juga boleh meningkatkan kehilangan kalsium daripada air kencing, yang turut menyumbang kepada pembentukan batu karang.



shaklee batu karang



Oleh kerana punca terbesar penghidap batu karang sebenarnya ialah masalah dehedrasi. PerformanceDrinks Shaklee adalah sangat disarankan. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping membantu mengekalkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat! Minumlah tanpa was-was!

Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.


shaklee sabah



0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah