SHAKLEE VITAMIN C CEGAH SELSEMA DAN RESDUNG

11/17/2012 Siti Aminah Abd Halim 0 Comments

Shaklee GLA


KEBAIKAN VITAMIN C  :

v  Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot,tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
v  Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
v  Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
v  Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
v  Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
v  Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
v  Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

 Antara simptom kekurangan Vitamin C :

v  Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
v  Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
v  Luka yang lambat sembuh
v  Mudah selsema / bersin
v  Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
v  Mudah dapat ulser
v  Mudah demam / antibodi tak kuat
v  Gusi berdarah
v  Salur darah mengecil
v  Sakit sendi
v  Tanda lebam pada badan
v  weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

Kelebihan Vitamin C Shaklee
v  Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
v  Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
Tugas Vitamin C
 
Mengawal Jangkitan
Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan.

Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

 Asma & Elergi
Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat.

Untuk asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma. Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

 Serangan Jantung
Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

 
Stress
Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksik yang terhasil semasa stress.

 
Gout
Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.


Batu Hempedu

Menurut European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.

Masalah Pengelihatan
Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

Kredit :Mommy Lyna

berminat sila hubungi 019-4139987

Siti Aminah (ID : 908598)
www.facebook.com/AmnaShaklee

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah