RESEPI CHOCOLATE MOIST CUPCAKE

11/13/2012 damiaamna 0 Comments

Resepi Chocolate moist cupcake


pasti ramai diluar sana gemarkan chocolate cake bukan.....anda boleh guna loyang kalau malas nak masukkan dalam cup....saya selalu gunakan cup sebab buat kek ni masa birthday party anak-anak...dan senang nak buat guddies bag untuk diorang. he he


Bahan-bahan
  • 250 gm mentega
  • 1 cawan serbuk koko (diayak)
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 2 cawan gula castor
  • 1 1/2 cawan susu segar ( saya selalu guna low fat)
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • chocolate masakan untuk curah ( tak buat pun..sebab malas he he)

Cara membuat

  1. Pukul gula beersama mentega sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu, jangan lupa masukkan esen vanila sekali ye.
  2. kemudian masukkan susu segar tadi.
  3. Setelah selesai campurkan kesemua bahan yang telah dipukul dengan tepung , serbuk koko, serbuk penanaik dan soda bikarbonat.
  4. gaul dengan cara kaup balik ye...jangan pukul lagi pulak...alamatnya kek anda akan naik dan akan turun dan jadi bantat selepas dikeluarkan dari oven he he.
  5. kemudian masukkan dalam cup saiz 2 oz dan bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 15 hingga 20 minit....berbeza mengikut jenis oven ye....
  6. sejukan dan sedia untuk dimakan....kesukaan kanak-kanak juga.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah