RESEPI POPCORN DI RUMAH

Dua Minggu lepas, mommy Ada jemput kawan datang buat demo masalah kat rumah guna periuk tekanan. Tapi mommy tak beli pun LAGi periuk tu walaupun teringin ( belum Ada budget sebenarnye) .... Masa kelas demo tu Ada buat popcorn...semi it je dAh siap....lepas anak2 asyik minta buat kan popcorn...mommy malas juga...hrmmmm tapi kesian pula kat diorg .....layan kan juga la Kalu dah Hari cuti ni.....


Resepi homemade popcorn 

BAHANNYA :-)
1/2 cawan jagung popcorn
1 camca besar mentega
2 1/2 camca besar minyak masak

Bagi yg belum pernah tengok rupa jagung untuk buat popcorn

BAHAN KARAMEL :-)
1/2 cawan gula pasir
1 camca besar mentega
1 sudu kecil perasa strawberi

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam periuk bersaiz besar. Masukkan mentega dan biar mentega cair, kacau rata.
 Letak sebiji jagung popcorn, bila jagung tu kembang, tu tanda dah ok. 

Masukkan kesemua jagung popcorn, kacau rata dan tutup periuk. Gocang perlahan dan nanti anda akan dengar bunyi jagung meletup2 dalam periuk anda. Sambil tu goyang2kan periuk (tapi jangan bukak tudung dia!!). Biar hingga senyap, bukak tudung periuk dan tuang popcorn dalam bekas lain. Ketepikan sekejap.



Sediakan kuali, masukkan gula pasir, dan masak dengan api kecil hingga gula mencair, kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata hingga karamel bertukar perang. Masukkan popcorn dan gaul hingga rata. Guna api kecil.

Bila karamel dah bersalut pada keseluruhan popcorn, matikan api dan alih ke dalam loyang. Ratakan dan biar sejuk. Kemudian lerai2kan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Bolehlah makan pada bila2 masa anda suka, masa ngadap TV pun sesuai, masa gossip bawah pokok ceri pun sesuai. Cuma kalau kandungan gula dalam darah anda tinggi, sah memang tak sesuai...Selamat mencuba!!..

Noted!: jangan tamak nak buat banyak- banyak ye.....sebab 1/2 Cawan pun dah penuh kuali saiz 32 cm tu....

KENAPA PERLU VITAMIN A


Vitamin A juga dikenali sebagai retinol dan mempunyai beberapa fungsi yang penting.

 

Ini termasuk

• mengukuhkan imuniti terhadap jangkitan

• membantu penglihatan dalam cahaya malap

• menjaga kulit dan lapisan beberapa bahagian badan seperti hidungsihat


Sumber yang baik vitamin A 

Sumber yang baik vitamin A termasuk

 

• keju

• telur

• diperkaya spread rendah lemak

• yogurt

Hati adalah sumber yang sangat kaya dengan vitamin A, walaupun ini bermakna andamungkin berisiko mempunyai terlalu banyak vitamin A jika anda makan hati lebih darisekali seminggu (lihat di bawah).

Anda juga boleh menyumbang kepada pengambilan vitamin anda A denganmemasukkan sumber yang baik beta-karotena dalam diet andakerana ini boleh ditukarmenjadi vitamin A oleh badan.

 

Berapa banyak vitamin A yang saya perlukan?

Jumlah vitamin A dewasa perlukan adalah

 

• 0.7mg sehari untuk lelaki

• 0.6mg sehari untuk wanita

Anda akan dapat untuk mendapatkan semua vitamin A yang anda perlukan dari diet harian anda

Apa-apa vitamin A badan anda tidak perlu segera disimpan untuk kegunaan masa depanIni bermakna anda tidak perlu setiap hari.

 

Apakah yang akan berlaku jika saya mengambil terlalu banyak vitamin A? 

Menurut beberapa kajian, yang mempunyai lebih daripada purata 1.5mg sehari vitamin A selama bertahun-tahun boleh menjejaskan tulangmenjadikan mereka lebihcenderung untuk patah apabila anda lebih tua

 

Ini adalah penting bagi orang-orang yang lebih tuaterutama wanita, yang sudah padarisiko osteoporosis. Ini adalah di mana kepadatan tulang anda mengurangkan dan andamempunyai risiko yang lebih tinggi daripada patah.

 

Jika anda makan hati atau hati Pate lebih daripada sekali semingguanda mungkinmendapat terlalu banyak vitamin A.

 

Jika anda tidak mendapat cukup vitamin D, anda mungkin lebih berisiko untuk kesan-kesan bahaya terlalu banyak vitamin A. Orang yang mungkin sangat singkat vitamin D termasuk

• semua wanita hamil dan menyusukan

• semua orang yang berumur 65 dan ke atas

• orang yang tidak terdedah kepada banyak cahaya mataharisebagai contoh merekayang menutup kulit mereka atas sebab-sebab budayaatau mereka yang housebound atau dikurung di dalam rumah untuk jangka masa yang 

• mereka yang mempunyai kulit gelapseperti orang-orang yang berasal dari Afrika-Caribbean dan Asia Selatan 

Banyak multivitamin mengandungi vitamin A. makanan tambahan lainseperti minyakhati ikanjuga tinggi dengan vitamin A. Jika anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin A, memastikan pengambilan harian vitamin A daripada makanandan makanan tambahan tidak melebihi 1.5mg. Jika anda makan hati setiap minggutidak mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin A.

 

Jika anda hamiltidak mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin A kecualidinasihatkan oleh doktor.


Sumber : http://www.nhs.uk/Conditions/vitamins-minerals/Pages/Vitamin-A.aspx


RESEPI KUEW TEOW KUNGFU


Resepi KUEW TEOW kungfu

Bahan-bahan (kuew teow)

1. Kuew teow
2. Telor .
3. Garam
4. Lada sulah/ lada hitam serbuk

Caranya ialah

1. Segenggam kuew teow (agak untuk seorang makan laaa)
2. Sebiji telur dipukul macam buat telur dasar masukkan sedikit garam dan lada sulah dlm mangkuk kecil.
3. Masukkan kuew teow dalam telur tadi dan goreng sekejap dlm minyak yang sedikit supaya tak melekat pada kuali atau pan je.
4. Dah masak, masukkan dalam pinggan untuk hidang dan ketepikan dulu.

Masak sikit2..... Ikut kuantiti orang nak makan he he


Bahan- bahan untuk kuahnya

1. Sebiji bawang besar dipotong dadu
2. 2 ulas bawang putih ( aku ketuk je...malas potong)
3. Lobak merah dipotong panjang halus
4. Bunga kobis dipotong kecil
5. Sawi dipotong.( sebenarnya sayur ni terpulang kepada kesukaan masing- masing)
6. 1 tsb tepung jagung ( untuk pekatkan kuah)
7. 1/2 - 1 cawan air
8. Udang/sotong/ayam dipotong kecil
9. Sos tiram (option)
10. Garam
11. Cili padi diketuk ( bilangan terpulang pada citarasa anda)
12. Minyak untuk menumis

Caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan udang/ayam/sotong dulu supaya masak
3. Masukkan sayuran dan biarkan sekejap
4. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk kuahnya dan biarkan didih sekejap
5. Akhir sekali masukkan garam dan cili padi..boleh tutup api dan curahkan kuah dalam pinggan kuew teow tadi....

Notis: aku masak kuah ni kuantiti yang banyak terus dan curahkan dalam pinggan yang berasingan untuk setiap kuew teow...hihi.......jimat masa..... Cuma kuew teow tadi kena buat satu satu lah ye....kalau malas juga...boleh je buat kuew teow tu sebungkus terus dalam pan yang besar, lepastu potong untuk setiap pinggan he he ( nampak nau malas ye kaaaannnn)





RESEPI ROTI SARANG LEBAH


Roti sarang lebah tengah hangat dalam Facebook sekarang ni... Di mana ianya mula dikongsi di laman sosial Facebook oleh Lydia Honey www.facebook.com/LydiaHoney 

Saya pula tengah excited membuat roti, kebetulan anak2 gemarkan roti berbanding kek.... Jom la cuba....sedappppp
Tapi kalau malas pun takpe....order je dlm Facebook .. He he

BAHAN UNTUK DOH ROTI

2 cawan tepung gandum
½  sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik) boleh gantikan dengan susu..tp kureng le rasanya
¼ cawan minyak sun flower ( aku guna minyak jagung)
½  cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)

CARA PENYEDIAAN:

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-

Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
Sedikit garam
½ st  vanilla essence
25g butter

Cara Penyediaan

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

KELAS DEMO MASAKAN DENGAN PERIUK AJAIB


Periuk Ajaib?

Ada ke periuk ajaib dalam dunia serba moden ni? Hari ni aku menjemput kenalan dari alam maya (Facebook) untuk datang membuat demo masakan di rumah aku.... Tak sangka pula sebenarnya dia membuat demo masakan menggunakan periuk tekanan.... Menyediakan nasi Arab kabsah mengambil masa 5 minit saja, ajaib kan?.... Menyediakan "popcorn" mengambil masa 1 minit saja...... Bagi ibu yang berkerjaya seperti aku, masa menyediakan masakan merupakan satu faktor kepada jalan pintas buat ibu-ibu berkerjaya memilih untuk membeli terus dari kedai atau lebih teruk lagi memesan makanan dari restoran makanan segera.....



Tapi yang lebih menarik minat aku ialah menyediakan bin Shanghai dan pizza sendiri di rumah dengan peralatan yang serba boleh ini.....aku sendiri kurang pasti nama peralatan ini... Tapi yang pasti, alat ini boleh menguji doh roti dan pizza seterusnya membakar roti dan pizza.. Ini lah alat ajaib lagi satu tu.....
Teringin untuk memiliki peralatan ini suatu hari nanti... InsyaAllah