CINCH SHAKE MIX SHAKLEE BANTU BINA OTOT

SHAKLEE










PERBEZAAN SHAKLEE

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein). Ini penting  kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan  protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Luicine - nutirisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.


Ada 4 sebab untuk anda memilih Cinch Shake sebagai program diet sihat dan selamat.

  1. Ianya diformulasi dengan leucine, asid amino panting untuk membakar kalori dan lemak sambil mengekalkan jisim otot.
  2. Dengan leucine, jisim otot kekal. Ini mengekalkan kadar metabolisme badan. Sesetengah produk biasa dipasaran memang membakar lemak, dalam masa yang sama turut membakar otot, yang kemudianny memperlahankan kadar metabolisme badan. Akibatnya, setelah berat anda turun setelah mengambil produk tersebut, dan kembali naik semula setelah berhenti. Ini tidak terjadi dengan Cinch.
  3. Cinch kaya dengan protien, dibancuh dengan susu segar sebagai pengganti hidangan makanan. Anda kekal kenyang tanpa rasa lapar yang melampau. Ketika ini, badan akan membakar kalori dan lemak berlebihan dalam badan.
  4. Selepas anda kurus dengan cinch anda kekal cantik! Kenapa? Oleh kerana otot-otot yang memejalkan tubuh masih dipelihara dengan baik dengan adanya leucine, ya, tiada paha, lengan dan perut menggeleber!




Kelebihan Cinch Shake Mix Shaklee berbanding produk kurus yang lain;

1. Menyimpan otot yang sedia ada dan memelihara otot dari rosak 

2. Membakar lemak yang tidak diingini 

3. Mengurangkan inci yang tidak diingini 

4. Makanan segera untuk mereka yang aktif 

5. Tinggi kandungan serat, member rasa puas dan kenyang 

6. Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan 

7. Diperkaya dengan Leucin untuk memelihara otot 

8. Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan 

9. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan 

10. Soya bukan GMO 

11. Nilai glycmic index (GI) yang rendah sesuai untuk mengekalkan paras gula dalam darah 

12. Mengandungi 24 gram protein utuk setiap hidangan, cukup untuk merasa puas dan kenyang




KRISIS PEMULIHAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT

SHAKLEE
 

Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

 
 Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

 

 Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang tertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama – sisa-sisa , makanan berkimia , lemak atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietary membantu mempertingkatkan system imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu ditoksifikasi ini, adda kemungkinan pening kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung , lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa sangat hangat, berpeluh dll. Symptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air putih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah symptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

 

 Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

 

 Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

 

 Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

 

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

 

 

 Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

 

 Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

 

 Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

 

 Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

 

 

 Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

 

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

 

 

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

 

 Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

 

 

 Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

 

 Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

 

 1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

 

 2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

 

 3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

 

 4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

 

 5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

 

 6. Keadaan tubuh yang kronik

 


 

Kredit to : Sihat Comel Ceria

MEE UDANG KAMPUNG PULAU SAYAK KEDAH

Pulau Sayak

Kalau dalam entry yang sebelum ni saya ada ceritakan serba sedikit mengenai Mee Udang Pulau Sayak dalam entry Resepi Mee Udang.....hari saya nak ceritakan sedikit mengenai tampat makan yang menarik ini...

Mungkin ada yang pernah dengar mengenai nama tempat ini, tapi tak perasan kot, kerana lokasi Kampung Pulau Sayak merupakan salah satu tempat untuk melihat anak bulan untuk menentukan tarikh mula puasa dan menetapkan tarikh hari raya.....

Kampung ini terletak berdekatan dengan kampong saya.....kalau saya sebut nama kampong saya, mungkin anda tak tahu juga sebenarnya, tapi kalau saya nyatakan kampong saya ada salah satu kampong yang terlibat dalam trajedi Tsunami pada tahun 2004, mungkin ada antara anda yang tahu bukan, iaitu perkampungan yang terletak dalam Daerah Kuala Muda Kedah.

Daerah yang yang agak besar terjejas dalam Trajedi Tsunami 2004.

Saya bukan nak cerita mengenai trajedi Tsunami tapi nak tunjukkan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi iaitu Kampung Pulau Sayak yang juga terkenal dengan restoran Mee Udang.

Terdapat 2 restoran yang menjadi tumpuan di sini, iaitu Restoran Mee Udang Pak Yusoff dan juga Restoran Mee Udang Yaakob......anda boleh pilih sendiri, kalau saya lebih suka Yaakob, tapi kena bersabar sikit sebab, dia masak satu-satu he he...In Shaa Allah puas hati, sebab udang yang digunakan adalah udang laut segar dan bukannya udang kolam (ternak)..

boleh la cuba sendiri kalau anda berkunjung ke utara.......di sini pun terdapat homestay atau callet....atau anda boleh juga menginap di Pantai Merdeka....


Berikut adalah gambar pemandangan waktu senja yang anda boleh tengok sambil menikmati Mee Udang......






 
boleh Google maps...kampong Pulau Sayak Kedah....



SHAKLEE ATASI SAKIT KEPALA/ MIGRAIN

SHAKLEE SAKIT KEPALA
 
 

Rasanya ramai antara kita yang ada masalah sakit kepala/ migraine.....bila sakit kepala menyerang rasa nak hantuk kepala di dinding dan pecahkan kepala sendiri, betul tak.....tak tahu nak buat apa dah...jom kita selidik punca kepada masalah dan cuba petua dan rawat dengan supplement dari Shaklee dan bukan lagi dengan pil penahan sakit yang hanya akan buat kita khayal dan rasa hilang sakit tapi hanya untuk seketika sebenarnya......


Disini saya cadangkan supplement yang membantu menghindari dari sakit kepala berulang lagi, antaranya ialah :

  • Vivix : Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • B complex : Mengambil aliran darah ke otak, anti stress, riboflavin menambah simpanan   tenaga dalam sel otak.
  • Ostematrix : Transmisi imouls saraf ke otak, kandungan Mg yang rendah sering terdapat padda mereka yang migraine
  • Vitamin C : membantu menghasilkan hormone adrenal anti-stress.
  • Omega Guard : menurunkan risiko spasm salur darah berkaitan dengan migraine
  • Energy Tea :antioksidan mengurangkan stress
  • Herblax : sembelit salah satu penyebab migraine



Punca

1. Kesan daripada alahan seseorang

2. Silau akibat lampu yang terang

3. Bunyi yang terlalu kuat

4. Bau wangi yang terlampau kuat

5. Tekanan fizikal atau emosi

6. Waktu tidur yang tidak teratur

7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok

8. Stres

9. Menahan lapar

10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

11. Perubahan suhu dari sejuk ke panas atau sebaliknya ( contonya berada dalam bilik berhawa dingin kemudian keluar pada waktu panas terik iaitu tengahari)






Antara petua melegakan sakit  kepala yang nampak seperti mudah adalah:


 

1)    Minum air sebab ada kemungkinan badan kita kekurangan air. Jadi kita perlu minum beberapa gelas air untuk memastikan badan kita rasa segar semula dan sakit kepala akan hilang sedikit demi sedikit.

2)     Tenangkan fikiran untuk seketika. Pejam mata dan rehatkan minda. Boleh juga pasang lagu yang sentimental ataupun lagu yang mententeramkan jiwa untuk memberikan aura ketenangan. Sebab kalau badan letih dan stress pun boleh mengakitbatkan sakit kepala.

3)     Urut kepala dengan perlahan. Boleh juga menggunakan minyak angin. Sapu sedikit minyak angin pada kepala dan urut dengan menggunakan hujung jari.

4)     Lekatkan pelekat cool fever di kepala. Cara ini dapat menyejukkan dan menarik haba panas yang mungkin menjadi penyebab kepada sakit kepala yang dialami.
 
 



MEE HUN GORENG

BIHUN GORENG


Siapa suka makan bihun goreng ni..... memang ni selalunya jadi hidangan makan pagi atau petang buat saya sekeluarga......dulu2 mak buat ni kalau ada keraian dalam keluarga dan jamu anak2 sekampung makan.....walaupun simple....tapi sedap kan....bila dah berkeluarga saya mpula masak ni untuk anak2 dan suami. Dan yang paling penting suami saya tak gemar bihun putih (bihun goreng Singapore). Nak bihun goreng merah juga


Bahan-bahan :

sepeket bihun 600 gm direndam terlebih dahulu
10 tangkai cili kering    ) dikisar
5 ulas  bawang merah   ) dikisar
3 ulas bawang putih      ) dikisar
1 labu bawang besar     ) dikisar

3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
kicap
garam
gula
200 gm udang/ayam / daging
bebola ikan (option)
100 gm sawi
100 gm taugeh/kubis
minyak untuk menumis.

Cara memasak :

1. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
2. masukkan sos cili dan tomato dan sedikit kicap, kemudian masukkan udang/ayam/daging.
3. masukkan garam dan gula ikut citarasa masing2.
4. masukkan bihun yang telah direndam dan ditoskan ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan kemudian masukkan sayur-sayuran tadi. Boleh masukkan sayur dulu kalau suka.
5. boleh la hiding bihun tadi bersama the atau kopi panas....mmmm sedapppppp

SELAMAT MENCUBA