MEE UDANG KAMPUNG PULAU SAYAK KEDAH

9/17/2013 damiaamna 0 Comments

Pulau Sayak

Kalau dalam entry yang sebelum ni saya ada ceritakan serba sedikit mengenai Mee Udang Pulau Sayak dalam entry Resepi Mee Udang.....hari saya nak ceritakan sedikit mengenai tampat makan yang menarik ini...

Mungkin ada yang pernah dengar mengenai nama tempat ini, tapi tak perasan kot, kerana lokasi Kampung Pulau Sayak merupakan salah satu tempat untuk melihat anak bulan untuk menentukan tarikh mula puasa dan menetapkan tarikh hari raya.....

Kampung ini terletak berdekatan dengan kampong saya.....kalau saya sebut nama kampong saya, mungkin anda tak tahu juga sebenarnya, tapi kalau saya nyatakan kampong saya ada salah satu kampong yang terlibat dalam trajedi Tsunami pada tahun 2004, mungkin ada antara anda yang tahu bukan, iaitu perkampungan yang terletak dalam Daerah Kuala Muda Kedah.

Daerah yang yang agak besar terjejas dalam Trajedi Tsunami 2004.

Saya bukan nak cerita mengenai trajedi Tsunami tapi nak tunjukkan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi iaitu Kampung Pulau Sayak yang juga terkenal dengan restoran Mee Udang.

Terdapat 2 restoran yang menjadi tumpuan di sini, iaitu Restoran Mee Udang Pak Yusoff dan juga Restoran Mee Udang Yaakob......anda boleh pilih sendiri, kalau saya lebih suka Yaakob, tapi kena bersabar sikit sebab, dia masak satu-satu he he...In Shaa Allah puas hati, sebab udang yang digunakan adalah udang laut segar dan bukannya udang kolam (ternak)..

boleh la cuba sendiri kalau anda berkunjung ke utara.......di sini pun terdapat homestay atau callet....atau anda boleh juga menginap di Pantai Merdeka....


Berikut adalah gambar pemandangan waktu senja yang anda boleh tengok sambil menikmati Mee Udang......






 
boleh Google maps...kampong Pulau Sayak Kedah....


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah