TRAVEL KE BRUNEI MELALUI JALAN DARAT

4/15/2019 damiaamna 0 Comments




Assalamualaikum.

Brunei
Masjid Omar Ali
Baru ada kesempatan nak tulis sharing travel ke Brunei melalui jalan darat. Oleh kerana telah bermastautin di Kota Kinabalu, maka peluang keemasan ni jangan dilepaskan. Berada di Kepulauan Borneo, adalah lebih mudah dan jimat untuk travel ke Brunei melalui jalan darat sahaja.


Pas kenderaan - VES



Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Kastam dan EKsais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi permohonan kebenaran membawa keluar / masuk kenderaan melepasi sempadan. Lebih memudahkan pelancong yang ingin memasuki Brunei dengan kenderaan sendiri. Selesaikan pendaftaran pas kenderaan melalui secara talian. hanya perlu cetak QR kod dan imbas di kaunter imegresen sahaja nanti.

Link untuk mohon VES

Perjalanan dari Kota Kinabalu.


Senarai checkpoint dari Kota Kinabalu ke Brunei

Imegresen Sindumin, Sabah 
Imegresen Merapok, Lawas
Imegresen Mengkalap, Lawas
Kastam Labu, Brunei
Imegresen Puni Temburong, Sarawak
Imegresen Panduran, Sarawak
Imegresen Tedungan, Sarawak
Imegresen Kuala Lurah, Brunei



Kami memulakan perjalanan dari rumah di Sepanggar seawal jam 7.15 pagi (rancangan asal selepas subuh he he).
Perjalanan dengan kereta melaui Putatan, Papar dan Beaufort untuk sampai ke pekan Sipitang mengambil masa 3 jam. Perjalanan dengan kereta di sabah bukan seperti melalui jalan Highway di Semenanjung yang dilengkapi dengan hentian rawat dan rehat. 


Perjalanan dari Sepanggar, Kota Kinabalu ke Sipitang mengambil masa 3 jam. Menikmati pemandangan dan melalui pekan pekan terdekat. 
Singgah di pekan Sipitang untuk basahkan tekak. Asalnya kami setkan KFC sebab tau mesti ada kat pekan kan. Tapi kami mencari kedai makan biasa yang ada sekitar pekan sebab bawa ayah yang sememangnya nak cari teh panas untuk hilangkan mengantuk, maka singgahlah kat sebuah kedai makan seberang jalan dari restoran KFC.

Check point pertama dan kedua.


Selesai minum dan makan sedikit kuih. Perjalanan diteruskan. Terus ke check point pertama iaitu hentian pejabat imegresen Sindumin,(Lawas, Sabah) dan Merapok(Sarawak). Dalam satu bangunan yang sama ada imegresen untuk Negeri Sabah dan juga Sarawak. Pemeriksaan dan cop passport atau pas masuk ke Sarawak. Jadi kat sini setel terus check point 1 dan 2.

Check point ke 3 dan 4


Hanya melalui sahaja pekan lawas, Sarawak. Kemudian ke pejabat imegresen Mengkalap. Perlu cop passport sebagai tanda keluar dari Sarawak. Perjalanan dengan kereta dari Imegresen Sindumin-Merapok ke ICQS mengkalap mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Seterusnya perlu teruskan perjalanan dan ke bangunan imegresen Labu,Negara Brunei pula. Di sini perlu cop passport untuk memasuki brunei. Kemudian perlu daftarkan kenderaan untuk memasuki negara brunei. Kami telah daftar melalui online (VES - vehicle entry system) dan print QR code dan scan sahaja di laluan pemeriksaan. Tapi jangan lupa untuk bawa geran asal kenderaan yang dibawa sebagai langkah keselamatan sekiranya ada pemeriksaan dilajankan.

Cop passport ni secara drive thru je, Alhamdulillah tak terlalu cerewet sehingga memerlukan setiap orang untuk turun dari kenderaan. Tunggu je dalam kereta sehingga siap semua passport tadi diperiksa oleh pegawai keselamatan tersebut.


Check point ke 5 dan 6



Kita baru je keluar dari Brunei kecil, dalam peta la he he. Lepastu kena teruskan perjalanan merentasi Daerah Limbang, Sarawah. Jarak perjalanan memakan masa 45 minit lenih kurang. checkpoint ni untuk cop keluar dari limbang Sarawak dan memasuki pos Kuala Lurah, Brunei. Selepas cop masuk Brunei baru la boleh cari Tempat nak dituju dalam negara Brunei ni he he.


Hari Pertama 


Hari pertama sampai ke negara Brunei, kami hanya merehatkan badan setelah hampir separuh hari berada dalam kereta bagi menepuh perjalanan yang panjang. Menikmati suasana inap desa di sini he he.

Homestay.


Alhamdulillah, mami dah book awal pennginapan di sekitar Bandar Seri Begawan  melalui Aplikasi AirBnB. Apartmen 3 billik tidur dan lengkap dengan peralatan memasak. Sesuai untuk ahli rombongan yang ramai macam kami. Homestay ni terletak di Jalan Gadong. Hanya mengambil masa 5-10 minit dengan kereta ke pasar malam gadong.

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan dilengkapi dengan kipas dan juga penghawa dingin di setiap bilik termasuk ruang tamu. Mempunyai satu bilik air.

Terrace Apartment di Jalan Gadong 

Ruang Makan dan hall

Ruang tamu

ruang yang selesa untuk seisi keluarga

Bilik tidur ke-2

Bilik tidur 1

Bilik tidur utama lebih luas dan disediakan tilam ekstra.

Ruang Dapur dan lengkap dengan peralatan asas memasak.

Veranda


Sebelah petang baru kami keluar dari homestay untuk mencari makan malam. Walaupun ada bawa bekal dan bahan untuk masak, tetapi hati teringin merasai menu di Brunei

Pasar malam gadong.

Pasar gadong ni antara tempat tumpuan  orang tempatan dan juga pengunjungyang datang ke Brunei untuk mencari menu tempatan dan makanan basar atau kering dengan harga serenda 1 Dolar Brunei.


Kompleks Pasar Malam Gadong

Teruja mencari makanan

Menu dengan harga satu dolar

Durian, sebenarnya banyak dari Sipitang he he

Minuman kesukaan anak-anak

Boleh tengok sendiri hidangan menu nasi katok yang berharga 1 Dolar Brunei. Mee sup tulang dalam mangkuk yang besar dengan harga 6 Dolar. Antara menu pilihan pengunjung ke Brunei juga ni, mee sup tulang.
Sup Tulang, sup daging, Sup kambing

Mee sup tulang/ daging

Menu pilihan.

Hari Kedua


Hari kedua di Brunei jatuh pada hari minggu iaitu hari Ahad. Kami keluar dari tempat penginapan untuk ke Kampung Ayer, malangnya boleh dikatakan semua jalan dalam bandar ditutup untuk laluan kenderaan bermotor bagi memberi laluan untuk aktiviti, larian dan juga berbasikal.

Maka destinasi kami yang pertama ialah pasar yang kami sendiri tak pasti namanya ha ha. kami terus je masuk dan mencari makan pagi di sini.


Juanlan sayur dan buah-buahan di pasar pagi

Nasi randang daging dengan harga 1 Dolar.



Muzium Teknologi Melayu


Setelah mengisi perut di pasar pagi, kami keluar menuju ke Muzium Brunei, Malangnya muzium tersebut telah ditutup kepada orang ramai lebih kurang 4 tahun lalu. Tapi dalam carian di blog tak pula dinyatakan hal ini. mungkin ada yang datang seblum tu atau tidak memilih muzium sebagai salah satu tempat lawatan.

tapi perjalanan kami tidak lah begitu mengecewakan kerana, Muzium Teknologi Melayu tidak begitu jauh dari muzium yang telah ditup ini.


Muzium Teknologi Melayu

penempatan melayu lama

rumah dari buluh

ruang dalam muzium

Kampung Ayer 


Kampung ayer, merupakan salah satu tarikan pelancongan di sini. Sebuah perkampungan yang besar di atas air tetapi sangat lengkap dengan semua kemudahan. Walaupun perkampungan ini di atas air, tetapi semua kemudahan asa adalah lengkap dan sangat tersusun.

Semua fasiliti seperti masjid, sekolah dan sebagainya adalah lengkap.


Mercu Jeti Kampong Ayer

Salah satu mercu 

Menyusuri Kampung Ayer dengan bot tambang
Kami memilih pakej untuk menyusuri sungai sehingga ke kawasan hutan paya bakau untuk melihat sendiri spesis haiwan liar yang mendiami kawasan tepi sungai ini iaitu monyet belanda yang sememangnya terkenal di kepulauan Borneo.

Monyet Bekantan atau monyet belanda

Menikmati flora dan fauna



Kedai Cenderahati.



Adat apabila kita melawat tempat orang, mesti kita nak beli sesuatu sebagai tanda ingatan bahawa kita dah pernah sampai tempat tu kan. Kedai cenderahati ni terletak seberang jalan dengan jeti bot tambang untuk melawat kampung Ayer tadi. Maka selesai ja sesi merentasi sungai terus menyeberang jalan untuk ke kedai cenderahati.

Barangan biasa sahaja yang kami beli seperti baju T-shirt yang bertulis I love Brunei dan juga topi serta "fridge magnet". 
dalam kedai


Kedai Cenderamata.


Masjid Sultan Omar Ali

Selesai membeli cenderamata setelah hampir tengah hari. Kedai makan sebelah kedai cenderamata ni dah tutup. Maka kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Kompleks Yayasan Haji hasanal Bolkiah. Dalam kompleks ni terdapat lot kedai dan juga ada ruang food court. Jadi kami sekeluarga menikmati makan tengah hari di sini saja. Terdapat berbagai menu tempatan dan juga menu lain juga seperti menu semenanjung. Maaf tiada gambar saya sertakan sebab dah lapar maka terlupa nak gambarkan he he. Jangan marah ye.


Masjid SultanOmar Ali

Bergambar kenangan depan masjid

Selfie tengah panas

Dari food court boleh nampak masjid Sultan Omar Ali. Selesai isi perut, terus berjalan kaki ke Masjid Sultan Omar Ali untuk menunaikan solat zuhur dan juga sesi lawatan ke Masjid yang cantik seni binanya ini. Dalam masa yang sama boleh juga menyaksikan cara akad nikah yang diadakan serentak disini. 

Ada dua jembatan bengkok untuk masuk menuju masjid ini, juga ada sebuah terowong yang biasa digunakan Sultan untuk menuju ke pusat kota.



Istana Nurul Iman


Selesai menunaikan solat zuhur di masjid Sultan Omar Ali, kami meneruskan perjalanan ke Istana Nurul Iman untuk bergambar di Perkarangan pintu utama Istana Nurul Iman yang merupakan kediaman Rasmi Sultan Brunei.

Istana Nurul Iman

Bergambar kenangan

Jerudong Park


Taman tema Jerudong merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi sekiranya datang bersama keluarga. Pastinya menjadi tempat yang bakal diingati oleh anak-anak.
 
Senarai harga tiket

bulatan Jerudong


Tag Jerudong park

Map jerudong park

budak sedih tak dapat main bumper car

tasik

pusing dengan train

Melihat persekitaran
Jerudong park ada 2 bahagian iaitu mainan biasa dan juga mainan air. Sila bawa pakaian persalinan supaya dapat main dalam kawasan taman tema air. Harga tiket juga berbeza. Lagi bagus ambil pakage kombo. Bagi kami yang hanya datang sekejap saja, hanya pusing luar kawasan taman tema air dengan menaiki train je la.
Jerudong wet land 

Masjid Sultan Hasanal Bolkiah


Keindahan senibina Masjid Hassanal Bolkiah yang juga Masjid terbesar di Brunei ini didirikan tahun 1988 dan dibuka dengan rasminya untuk umum pada 1994.
Terdapat 29 kubah emas menghiasi masjid ini. Dua kubah emas besar dan 27 buah kubah penutup menaranya yang mengelilingi bangunan utama.


Pintu pagar utama Masjid

Kubah Masjid Hassanal bolkiah

Dewan solat

Tangga untuk naik ke dewan solat utama

Hiasan air pancuran dan lampu dalam masjid




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah